Sunday, November 30, 2008

FATWA AYATULLAH AL-'UZMA SYEIKH WAHID KHORASANI TENTANG HUBUNGAN DAN PERGAULAN DENGAN PARA PENGIKUT AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Ayatullah al-'Uzma Syeikh Wahid Khorasani dalam sebuah fatwanya yang terkini menyeru para pengikut mazhab Ahlul Bait untuk mewujudkan hubungan baik dengan para pengikut mazhab Ahlus Sunnah sama seperti saudaranya yang mukmin.
Tersebarnya fatwa penting itu menunjukkan pandangan jauh beliau dalam isu perpaduan di kalangan ummat Islam. Fatwa itu memuatkan satu tugas yang mesti dilakukan oleh para pengikut mazhab Ahlul Bait terhadap saudara-saudaranya yang seagama dari kalangan mazhab Ahlus Sunnah. Berikut adalah pertanyaan yang diajukan kepada beliau berserta jawabannya :
SOALAN : Dengan nama Allah...Kami adalah para pengikut mazhab Ahlul Bait yang tinggal di sebuah kawasan yang dikelilingi oleh para penduduk dari kalangan mazhab Ahlus Sunnah. Malangnya, mereka menganggap kami sebagai 'kafir' dan menuduh bahawa para pengikut mazhab Ahlul Bait adalah orang-orang yang 'kafir'. Dalam situasi seperti ini, apakah kami dibolehkan untuk bersikap sama seperti yang mereka lakukan ke atas kami? Apakah kami boleh menganggap mereka sebagai kafir sebagaimana tuduhan kafir yang mereka lemparkan ke atas kami? Apakah kami boleh bergaul dengan mereka sama seperti pergaulan kami dengan orang-orang kafir yang lain? Kami memohon penjelasan berhubung tanggungjawab syar’i kami dalam menghadapi serangan seperti ini. Sekian, terima kasih.
JAWABAN DARIPADA AYATULLAH AL-'UZMA SYEIKH WAHID KHORASANI :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sesiapa saja yang bersaksi terhadap keesaan Allah (swt) dan bersaksi terhadap risalah kenabian Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad (saw), maka sesungguhnya dia adalah seorang Muslim. Jiwa, kehormatan diri dan hartanya adalah terpelihara dan wajib dilindungi sama seperti jiwa, kehormatan diri dan harta seorang yang mengikuti mazhab Ahlul Bait.
Kewajiban syar’i anda adalah bersikap baik dan penuh rasa hormat terhadap sesiapa sahaja yang mengucapkan dua kalimah syahadah, meskipun mereka menganggap anda sebagai 'kafir'. Sekiranya mereka memperlakukan anda secara tidak benar, jangan sampai anda menyimpang dari keadilan dan jalan yang lurus.
Jika ada di antara mereka yang sakit, pergilah anda untuk menziarahinya. Jika ada di antara mereka yang meninggal dunia, ikutlah dalam mengiringi jenazahnya. Sekiranya ada dari kalangan mereka yang memiliki hajat dan keperluan di sisi anda, maka penuhilah hajatnya. Pasrahlah anda kepada firman Allah (swt) :
« ولايجرمنكم شنئان قوم علي الا تعدلوا اعدلوا هو اقرب للتقوي »
Maksudnya : "Jangan sampai keingkaran sesuatu kaum menjadikan anda tidak berlaku adil. Berlaku adillah, (kerana) ia terlebih dekat dengan ketaqwaan."
Laksanakanlah perintah Allah (swt) :
« ولاتقولوا لمن القي اليكم السلام لست مومنا »
Maksudnya " Dan jangan sekali-kali anda katakan kepada orang yang mengucapkan 'salam' kepadamu, 'engkau bukan seorang mukmin'."
*Berdasarkan fatwa marji' dan ulama besar dalam dunia mazhab Ahlul Bait itu, ada beberapa pengajaran penting yang boleh diambil :
  1. Isyarat beliau kepada ajaran al-Quran dan Hadis yang merupakan sumber utama ajaran Islam. Dalam ajaran Islam, isu perpaduan ummat Islam amat ditekankan di samping amaran bahawa perpecahan dan perselisihan di antara ummat hanya akan menjerumuskan mereka ke arah kegagalan dan terjebak dengan pelbagai kesulitan.
  2. Fatwa ini menunjukkan kebijaksanaan, kesedaran dan kemampuan para 'ulama dan marji' dalam dunia mazhab Ahlul Bait dalam menangani situasi ummat Islam di seluruh dunia. Mereka memberi perhatian yang besar terhadap nasib ummat Islam. Dalam menghadapi perancangan jahat musuh-musuh Islam yang secara meluas berusaha gigih dalam mewujudkan perselisihan, perseteruan dan perpecahan di kalangan ummat Islam dari berbagai mazhab, para 'ulama bermazhab Ahlul Bait sentiasa menunjukkan sikap dan pendirian yang bertentangan dengan kehendak musuh. Jawaban dan fatwa seperti ini ibarat 'air sejuk' yang memadamkan api fitnah yang dikobarkan oleh musuh-musuh ummat Islam. Ayatullah al-'Uzma Syeikh Wahid Khorasani melalui fatwanya telah menyingkirkan benih-benih perpecahan di antara Syiah dan Sunnah yang disebarkan oleh musuh. Fatwa tersebut menunjukkan kesedaran dan sikap bijaksana beliau yang patut dihargai oleh setiap insan yang cintakan perdamaian dan perpaduan. Dan sememangnya begitu peranan yang perlu dimainkan oleh para 'ulama di sisi ummat Islam.
  3. Pengumuman fatwa yang penuh kesedaran itu dibuat secara telus dan jelas. Langkah ulama besar dan marji' dalam dunia mazhab Ahlul Bait itu adalah berdasarkan keberaniannya yang seiring dengan ketakwaan dalam membela dan memperjuangkan kesinambungan Islam dan para pengikutnya. Makna keberanian ini hanya boleh difahami oleh mereka yang menyaksikan dan benar-benar menyedari tentang wujudnya perancangan jahat secara besar-besaran dari musuh Islam untuk memecah belahkan ummat Islam. Dalam melaksanakan agendanya, pihak musuh disokong oleh pelbagai prasarana dan kemudahan yang dimilikinya. Konspirasi dan agenda jahat musuh itu dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara sekaligus iaitu 'dalaman' dan 'luaran'. Media massa dan pelbagai sumber maklumat yang moden memainkan peranan yang penting ditambah lagi dengan berbagai tipu muslihat dan kaedah-kaedah propaganda yang baru. Semua itu dilakukan oleh musuh dengan memanfaatkan keterbelakangan dan kemunduran sebahagian ummat Islam yang tidak memahami dan menghayati dengan baik isi kandungan ajaran agama yang mereka anuti. Dengan adanya konspirasi tersebut, dunia Islam telah mengalami kerugian dan menerima pukulan yang amat menyakitkan. Akan tetapi, kesedaran sebahagian para pemimpin Islam yang berjaya mendedahkan tentang wujudnya perancangan jahat musuh terhadap Islam dan ummatnya sedikit banyak telah berjaya membela Islam dari menerima pukulan yang lebih teruk. Sikap positif, fatwa yang konstruktif dan menimbulkan kesedaran ummat daripada para 'ulama dan marji' akan menggagalkan semua konspirasi musuh.
  4. Fatwa itu muncul tepat pada masanya ketika sekumpulan 'ulama yang berfahaman Wahabi membuat fatwa yang mengharamkan ummat Islam menjual rumah dan tanah mereka kepada ummat Islam yang bermazhab Ahlul Bait. Fatwa-fatwa para 'ulama Wahabi yang ekstrim itu hanya menyenangkan pihak imperialis yang memusuhi Islam kerana melalui fatwa-fatwa seperti itulah mereka mampu melaksanakan agenda imperialisme dengan cara menyebarkan perpecahan dan perselisihan di kalangan ummat Islam. Apalagi ummat Islam kini sedang menanti pelaksanaan ibadah haji di tanah suci Mekah. Amat malang sekali, ada di kalangan ummat Islam yang menerima dan meyakini fatwa-fatwa yang jelas bermotifkan fitnah itu lalu menyebarkan slogan-slogan yang menghukumkan para pengikut mazhab Ahlul Bait sebagai 'kafir'. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk memancing reaksi negatif dari kalangan para ulama bermazhab Ahlul Bait. Dengan adanya reaksi keras dari mazhab Ahlul Bait, perpecahan di antara dua kelompok terbesar ummat Islam iaitu Syiah dan Sunnah pasti akan wujud. Perkara inilah yang diinginkan oleh golongan imperialis. Namun, tepat pada waktunya, Ayatullah al-'Uzma Syeikh Wahid Khorasani dalam fatwanya telah menyeru para pengikut mazhab Ahlul Bait untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan ummat Islam yang bermazhab Ahlus Sunnah sambil mengajak semua pihak untuk meneladani semangat persaudaraan yang pernah berlaku di kalangan ummat Islam di awal sejarah Islam. Sememangnya itulah yang diwasiatkan oleh al-Quran yang mulia. Fatwa tersebut berperanan besar dalam memadamkan api fitnah yang cuba dikobarkan oleh kelompok ekstrim yang berfahaman Wahabi.
  5. Fatwa tersebut turut membawa pesanan penting yang sering dilaungkan oleh perjuangan revolusi Islam di Iran. Imam Khomeini (qs) yang memimpin revolusi agung Islam di Iran memberikan perhatian yang luar biasa kepada isu perpaduan ummat Islam di seluruh dunia. Dalam banyak fatwanya yang berkenaan dengan pelbagai masalah, Imam Khomeini (qs) sentiasa menekankan peri pentingnya perpaduan di kalangan ummat Islam. Pendirian tersebut dilanjutkan oleh pengganti beliau, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah al-'Uzma Sayyid 'Ali Khamenei. Para maraji' dan ulama besar yang lain dalam mazhab Ahlul Bait juga turut menekankan isu perpaduan ummat Islam dan secara praktikalnya mereka juga mengamalkan prinsip perpaduan itu. Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk menyampaikan seruan ke arah kesatuan Islam dan melangkah ke arah mewujudkan perpaduan di kalangan ummat Islam. Allahu Akhbar!!!


Saturday, November 29, 2008

WANITA IRAN DIHUKUM REJAM SAMPAI MATI

TEHRAN – Mahkamah Agung Iran mengekalkan hukuman rejam sampai mati terhadap seorang wanita yang didapati bersalah kerana berzina, lapor akhbar 'E'temad Melli'.
Afsaneh R. turut didapati bersalah kerana membunuh suaminya dengan bantuan seorang lelaki yang juga kekasihnya.
Bagaimanapun, kekasih Afsaneh, Reza hanya dipenjara 15 tahun kerana bersubahat membunuh dan dijatuhi hukuman sebat 100 kali rotan kerana menjalin hubungan haram.

Thursday, November 27, 2008

DIHUKUM BUTA DI IRAN

TEHRAN – Sebuah mahkamah di Republik Islam Iran telah mengarahkan seorang lelaki dibutakan matanya selepas dia menyebabkan seorang wanita buta apabila menyimbah asid ke muka mangsa yang menolak pinangannya.
Sebuah mahkamah di Tehran menjatuhkan hukuman tersebut menurut undang-undang Islam terhadap tertuduh, Majid, 27 tahun, yang mengaku salah menyimbah asid ke muka seorang wanita, Ameneh Bahrami, empat tahun lalu.
Walaupun menjalani rawatan di Sepanyol sejak beberapa tahun lalu, wanita malang itu hilang penglihatan di kedua-dua belah matanya.

Wednesday, November 26, 2008

IRAN LANCAR ROKET TERBARU KE ANGKASA LEPAS

TEHRAN - Republik Islam Iran mengumumkan kejayaan melancarkan roket kedua, 'Kavosh 2' (penjelajah) ke angkasa lepas selepas kejayaan pelancaran pertama pada Februari 2008 yang lalu, kata sebuah stesen televisyen kerajaan.
"Roket itu mendarat 40 minit kemudian dengan menggunakan sebuah payung terjun khas selepas mencapai objektif penerbangan," kata laporan yang disiarkan di laman web stesen kerajaan tersebut.
"Pencapaian-pencapaian utama pelancaran itu adalah dengan melakukan beberapa ujian atmosfera, menguji sistem pengembalian dan memastikan kelancaran koordinasi antara para saintis dalam sebuah projek akademik," tambahnya.
Pada Februari 2008 yang lepas, Iran mengumumkan pelancaran roket 'Kavosh 1' dan menyatakan ia mencapai ketinggian 200 kilometer sebelum kembali ke Bumi. Pelancaran sulung 'Kavosh 1' itu dikecam oleh Amerika Syarikat yang memberi amaran bahawa Iran akan semakin dipinggirkan ketika meningkatnya ketegangan antara Tehran dan masyarakat antarabangsa berhubung program nuklear negara tersebut.

Tuesday, November 25, 2008

MARKAS AJARAN HAJI ABDUL KAHAR DISERBU DAN DIMUSNAHKAN

* Gambar : Markas Haji Abdul Kahar diserbu dan dimusnahkan dalam operasi melibatkan 65 anggota penguat kuasa pelbagai agensi kerajaan di Gombak.

GOMBAK - Abdul Kahar Ahmad atau Haji Abdul Kahar (HAK) yang pernah menggemparkan negara pada awal tahun 1990-an apabila mendakwa dirinya sebagai Nabi dan Rasul terus diburu oleh pihak berkuasa kerana dikesan masih rancak menyebarkan fahaman dan dakyah songsang.
Tindakan untuk memburunya dibuat berikutan penemuan markas baru kumpulan itu di sebuah resort seluas empat hektar di kaki bukit di sebuah perkampungan Orang Asli iaitu kira-kira lima kilometer dari Kampung Kemensah berhampiran Gombak.
Abdul Kahar pernah menjadikan kediamannya yang terletak bersebelahan sekolah agama di Kampung Kemensah sebagai lokasi menghuraikan hal ehwal al-Quran dan agama sebagai menggantikan solat. Antara ajaran songsang yang menjadi pegangan kumpulan ini ialah solat lima waktu tidak wajib tetapi memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhi perkara mungkar.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dr. Mohd. Mohadis Yassin, fahaman bawaan HAK atau 'Ajaran HAK' telah diaktifkan semula oleh serpihan pengikut-pengikut setianya di sini pada awal tahun 2007 walaupun ajaran itu telah difatwakan haram pada tahun 1991.
Sehingga kini, pengaruh Haji Abdul Kahar dikatakan masih menebal dan dipercayai mempunyai lebih 1,000 pengikut di kawasan Lembah Klang dan ini tidak termasuk di negeri-negeri lain.
Hasil risikan dan maklumat bekas pengikutnya, JAIS bersama 65 anggota dari Pejabat Tanah Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, telah bertindak merobohkan dan membakar sembilan calet di resort berkenaan.
Bagaimanapun, semasa operasi yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir dua jam selepas itu, Haji Abdul Kahar dan para pengikutnya 'lesap' walau pun cubaan menjejaki mereka di dalam hutan dilakukan.

PM KUWAIT DAN KABINETNYA LETAK JAWATAN GARA-GARA DESAKAN AHLI PARLIMEN BERHALUAN WAHABI KERANA DIDAKWA BENARKAN ULAMA IRAN MASUK KE KUWAIT

KUWAIT – Perdana Menteri Kuwait, Syeikh Nasser Mohammed al-Ahmad al-Sabah dan barisan Kabinetnya telah meletakkan jawatan berikutan konfrontasi dengan beberapa anggota Parlimen.
“Kabinet Kuwait baru sahaja menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Amir Syeikh Sabah al-Ahmad al-Sabah,’’ kata seorang anggota Parlimen, Nasser al-Sane.
Peletakan jawatan itu boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan lebih awal.
Menteri Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri, Syeikh Nasser Mohammed sebelum itu bertindak keluar Parlimen ketika dewan dijadual menetapkan tarikh untuk menyoal beliau.
Parlimen kini menghadapi kemungkinan dibubarkan untuk kali ketiga dalam tempoh tiga tahun ekoran peletakan jawatan tersebut. Kerajaan mengadakan mesyuarat tergempar selepas meninggalkan Parlimen, kata sumber Parlimen.
Mengikut undang-undang Kuwait, jika Amir Syeikh Sabah al-Ahmad al-Sabah menerima peletakan jawatan itu, beliau boleh membentuk Kabinet baru atau membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya awal. Beberapa ahli Parlimen berkata, Syeikh Sabah dijadual mengeluarkan perintah membubarkan Parlimen tidak lama lagi.
Tiga ahli Parlimen berhaluan Islam (baca : Wahabi) pada minggu lepas telah menuntut supaya Perdana Menteri disoal di dewan kerana didakwa membenarkan seorang ulama terkemuka dari Republik Islam Iran memasuki negara itu, sekalipun undang-undang mengharamkan kemasukannya.

CHAVEZ KRITIK OBAMA KERANA TIDAK HORMAT KEPADA AHMADINEJAD

CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengkritik Barack Obama dengan menyifatkan beliau menunjukkan petanda tidak baik kerana memberi reaksi kurang hormat kepada pemimpin Iran. Katanya, Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad telah menghantar surat tahniah kepada Obama tetapi pemimpin Amerika Syarikat itu membalasnya dengan kenyataan kurang menyenangkan mengenai Tehran.
"Mahmoud menghantar surat tahniah kepadanya tetapi Obama memberi reaksi yang kurang hormat. Nampaknya beliau tidak dapat lari daripada 'klise' ini dan berbicara seperti Bush. Ia adalah petanda tidak baik," kata Chavez .
Ahmadinejad menghantar ucapan tahniah kepada Obama kerana kemenangannya pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat awal bulan ini. Bagaimanapun pada sidang akhbar pertamanya selepas menang pilihan raya itu, Obama menyifatkan impian Iran untuk membina senjata nuklear sebagai 'tidak dapat diterima'.
Kata Chavez, Obama sepatutnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu pada sidang media pertamanya apatah lagi selepas mendapat ucapan tahniah daripada Ahmadinejad. Chavez terkenal sebagai pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Bush, dengan hubungan Washington-Caracas sentiasa tegang walaupun Venezuela adalah pembekal utama minyak mentah ke Amerika Syarikat. Menurut Chavez, Amerika Syarikat adalah empayar yang membawa kematian, pengeboman dan pembunuhan.
"Sekiranya Obama dapat menukar mesin neraka itu kepada mesin yang memberi manfaat kepada dunia, ia merupakan sesuatu yang menarik. Kita hanya mahukan rasa hormat dan berharap Obama dikelilingi penasihat yang baik dan sentiasa ingat asal-usulnya. Saya harap mereka tidak akan membunuh Obama tetapi mesin pembunuh itu sanggup berbuat apa saja," tambah Chavez.

Monday, November 24, 2008

REKTOR UNIVERSITI ISTANBUL, TURKI USIR DUTA BESAR ZIONIS ISRAEL

Rektor Universiti Istanbul, Turki Profesor Mas'ud Bar Lag telah mengambil tindakan mengusir Duta Besar Israel dari kampus universiti tersebut. Beliau mengesahkan tentang keputusan itu seraya menegaskan bahawa sikap Duta Besar Israel itu sebagai sombong dan bongkak kerana memasuki kawasan kampus dengan membawa dua orang pengawal peribadi sendiri.
Jelasnya, meskipun negaranya mengiktiraf kewujudan Israel dan menjalin hubungan diplomatik dengannya, beliau tidak rela kampus di universitinya dipelakukan dengan sikap sombong seperti itu. “Turki bukan negara jajahan Israel” tegasnya lagi dalam satu sidang akhbar yang diadakan sebaik selesai membubarkan wawancara yang membabitkan Duta Besar Israel tersebut di salah satu kawasan universiti terbesar di Turki itu.

PBB TIDAK PERCAYA JAMINAN ZIONIS ISRAEL

GAZA : Sekatan Israel terhadap Gaza dianggap membahayakan 750,000 penduduknya serta menyebabkannya dikutuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak yakin dengan jaminan rejim Zionis itu bahawa ia sedia membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin itu.
Israel mengambil tindakan menutup laluan masuk ke Semenanjung Gaza bagi pekerja agensi bantuan dan wartawan sejak awal November 2008 yang lalu selepas mendakwa serangan roket Palestin dilancarkan dari kawasan itu. Oleh sebab itu, 750,000 penduduk Gaza hidup tanpa bekalan makanan dan elektrik pada masa ini dan penduduk Palestin melihatnya sebagai tindakan mencabul perjanjian goyah gencatan senjata yang dipersetujui sejak Julai 2008 yang lalu.
Jacky Rowland, wartawan Aljazeera di kota Baitulmaqdis berkata: "Gencatan senjata tidak lebih daripada nama pada masa ini." Pada 17 November 2008 yang lalu, Israel membenarkan beberapa bantuan makanan PBB melalui sekatannya. Pegawai kanan PBB, Jon Ging yang bercakap mengenai situasi itu berkata : "Penduduk Gaza hilang pergantungan terhadap makanan dan kini kami tidak dapat membawa bekalan masuk ke Gaza. Ia adalah satu bencana." Sebagai tambahan kepada larangan penghantaran bekalan makanan, Israel juga melarang wartawan asing daripada memasuki kawasan itu.
Di New York, bercakap sebelum Perhimpunan Agung PBB, Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon menyampaikan dua laporan mengatakan pendudukan Israel di Tebing Barat dan jajahan lain adalah tidak sah dan 'melanggar Konvensyen Ke-4 Geneva'. Selain itu, ini bukan kali pertama PBB mengutuk Israel yang melanggar konvensyen itu namun ia berlaku ketika masa kritikal sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang menurut al-Jazeera dan Pergerakan Democracy Now, amat membahayakan penduduk Gaza yang bergantung pada bantuan makanan PBB dan Israel untuk meneruskan hidup. Kenyataan Ban itu dibuat selepas dua laporan dihantar semula mengecam penjajahan Israel di wilayah Palestin itu.

SERANGAN BOM DI BAGHDAD, 20 TERBUNUH

BAGHDAD - Sekurang- kurangnya 17 orang terbunuh dalam dua serangan bom termasuk satu serangan berani mati oleh pengebom wanita di luar pekarangan Zon Hijau di Baghdad. Menurut polis, 13 orang terbunuh apabila sebuah bom yang dipasang di tepi sebatang jalan meletup berhampiran sebuah bas yang padat dengan penumpang.
"Bas berkenaan membawa kakitangan Kementerian Perdagangan yang hendak ke tempat kerja,'' kata jurucakap polis. Tidak sampai sejam selepas serangan pertama, seorang wanita dilaporkan bertindak meletupkan dirinya di sebuah pos pemeriksaan di Zon Hijau. Kawasan itu merupakan kompleks pentadbiran yang menempatkan bangunan Parlimen, pejabat kerajaan dan pejabat duta-duta asing. "Serangan itu dilakukan sewaktu para pekerja sedang beratur menunggu giliran untuk melepasi pemeriksaan keselamatan. Letupan itu menyebabkan tujuh terbunuh di tempat kejadian sementara ramai yang cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan,'' kata seorang pegawai polis.
Semua pegawai dan kakitangan perlu melalui beberapa pos pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki Zon Hijau yang dikawal ketat oleh tentera Iraq, Amerika Syarikat dan Uganda.
Walaupun kerajaan Iraq berjaya meningkatkan tahap keselamatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun serangan bom masih berlaku di ibu negara Iraq ini dan beberapa tempat lain.

Sunday, November 23, 2008

TENTERA ISRAEL MAHU RANGKA PELAN SERANG IRAN

BAITULMAQDIS : Barisan Panglima tentera Zionis Israel merangka satu penilaian keselamatan yang mahukan pelan serangan ketenteraan ke atas Iran diwujudkan selain meminta rejim Zionis menghalang sebarang pilihan raya baru Palestin. Mereka mahukan pilihan raya Palestin itu disekat 'dalam apa keadaan pun' biarpun terpaksa berdepan pertikaian baru dengan sekutu rapat, Amerika Syarikat.
Pada masa sama, mereka menyifatkan pentadbiran Presiden baru Amerika, Barack Obama sebagai peluang keemasan bagi membantu mereka melaksanakan rancangan bersesuaian. "Satu operasi besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza perlu dilaksana bagi menggulingkan Hamas jika pelan damai tajaan Mesir gagal dilaksanakan pada Jun 2009 akan datang," kata laporan yang didedahkan oleh akhbar Haaretz baru-baru ini.
Laporan itu adalah penilaian yang bakal dikemukakan kepada Kabinet bulan depan (Disember 2008) yang menjadi sebahagian daripada kajian Majlis Keselamatan Negara Israel. Pemimpin pertahanan itu mendakwa pelan luar jangka berhubung serangan ke atas Iran perlu diadakan kerana menganggap Tehran adalah ancaman utama kelangsungan negara Yahudi berkenaan. Malah, mereka meletakkan Iran di kedudukan teratas senarai ancaman Israel, diikuti kewujudan peluru berpandu jarak jauh serta roket dimiliki negara di rantau itu.
Menurut laporan itu lagi, Israel berdepan dengan semua ancaman itu secara sendirian. Amat penting bagi menggerakkan masyarakat antarabangsa untuk menjayakan pelan ini dan memperoleh kerjasama serantau. Malah pentadbiran baru Washington, menjadi peluang bagi pelaksanaan perkara ini. Kumpulan Panglima tentera Zionis itu turut mendakwa bahawa Israel mempunyai peluang yang terhad untuk bertindak bagi menghalang Iran mengukuhkan kekuatan senjata nuklearnya.

Saturday, November 22, 2008

GEMPAR ! METEOR JATUH DI EDMONTON, KANADA



* Gambar (bawah) : 4 keping gambar di atas menunjukkan rakaman meteor yang jatuh ke bumi sebelum meletup dan mengeluarkan cahaya cerah di Edmonton, Kanada pada 20 Nov 2008 yang lalu.
* Gambar (atas) : Andy Bartlett sempat merakamkan gambar meteor itu dari tingkat 10 apartmennya dengan kamera digital.

EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada 20 November 2008 lepas.
Seorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa. “Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia berwarna hijau, dan biru seterusnya bertukar menjadi merah. Ia sungguh besar,” katanya. Pihak perkhidmatan kecemasan di wilayah Alberta menerima banyak panggilan bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan pada hari kejadian itu dengan terdapat laporan terdengar satu dentuman. Polis juga tidak meragui laporan itu kerana satu rakaman video dari sebuah kereta polis berjaya merakamkan insiden tersebut di Edmonton. Imej video itu menunjukkan satu cahaya kecil menjelma di angkasa sebelum menjunam ke arah bumi dan hilang dalam satu letupan cahaya selama lima saat.
Beberapa orang pakar astronomi akan mengkaji pita rakaman dan laporan saksi bagi menentukan lokasi meteor itu jatuh walaupun seorang saintis di Edmonton, Alister Ling menyatakan ia mungkin berlaku di tengah Alberta. Seorang profesor di Universiti of Alberta, Chris Herd berkata, meteor itu mungkin seberat beberapa tan dan panjang satu meter.

Friday, November 21, 2008

SIAPA "SYIAH TENTERA DAJJAL" YANG SEBENARNYA???

* Oleh : Abu Bakar Juah

Sejak beberapa minggu ini ada seorang hamba Allah yang memperkenalkan dirinya sebagai 'SYIAH TENTERA DAJJAL' telah menceroboh blog ini dengan rakusnya. Walaupun blog ini dilihat mengamalkan dasar terbuka, namun beliau tidak menggunakan kesempatan itu untuk mengemukakan pandangannya secara ilmiah, berhemah dan rasional. Apa yang telah beliau paparkan adalah serangan membuta tuli, tanpa dalil, penuh kebencian, hasad dan langsung tidak bersifat akademik. Sungguh menghairankan, walhal beliau adalah seorang yang terpelajar. Sepatutnya beliau lebih bersikap sebagai seorang yang ilmuwan,bukan 'budak Wahabi' yang menjadi 'orang suruhan' pihak-pihak tertentu.
Barangkali ramai yang tertanya-tanya, siapa 'Syiah Tentera Dajjal' yang sebenarnya? Hasil siasatan saya menemui orang yang begitu misteri cara berfikirnya ini. Melihat kepada raut wajahnya yang tenang, tidaklah menggambarkan sikap dan cara berfikirnya yang penuh keserabutan itu. Sungguh mendukacitakan kita semua kerana orang yang seperti ini telah terpengaruh dengan fahaman-fahaman kolot 'Wahabi' yang sedang menular dengan pesatnya di seluruh Malaysia kini.
Berikut adalah maklumat tentang 'Syiah Tentera Dajjal' untuk tatapan semua pengunjung di blog ini :
# Nama penuhnya : Mohd Samsuddin bin Harun
# Umur : 33 tahun
# Tahap Pendidikan : Pengajian Hadis dan Sejarah Dunia Islam
# Pekerjaan : Guru
# Tempat Lahir : Kg Binjai Bongkok, Bukit Payong, Terengganu
# Tempat Tinggal Sekarang : Bandar Bukit Mahkota, Kajang , Selangor

RAKYAT IRAQ BANTAH PELAN KESELAMATAN TAJAAN AMERIKA SYARIKAT

* Gambar : Ribuan penyokong Hujjatul Islam Sayyid Moqtada al-Sadr berhimpun di Dataran Firdoos di tengah Baghdad selepas menunaikan solat Jumaat, semalam (21 Nov 2008) bagi membantah perjanjian keselamatan yang dimeterai yang membolehkan tentera Amerika Syarikat terus berada di negara ini untuk tempoh tiga tahun lagi.


Baghdad : Iraq yang tidak pernah sunyi dari pergolakan dalaman sejak Amerika Syarikat menduduki negara itu pada tahun 2003 kini bakal merdeka sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi. Perjanjian keselamatan yang baru ditandatangani dengan Amerika Syarikat akan mengundurkan tentera mereka pada tahun 2011 sekali gus membenarkan pemerintahan sendiri sepenuhnya.
Bagaimanapun pelan itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada rakyat Iraq yang beranggapan mereka boleh memerintah sendiri negara itu tanpa bantuan pihak lain. Rakyat terutamanya penyokong pemimpin Syiah terkenal, Hujjatul Islam Sayyid Moqtada al-Sadr berkata mereka telah bosan dengan apa yang berlaku dan menganggap perjanjian keselamatan itu sebagai tidak perlu sama sekali.
Malah bagi mereka segala masalah yang berlaku kini berpunca daripada Amerika Syarikat dan Washington sepatutnya berundur lebih awal bagi membolehkan Iraq memimpin sendiri negara ini tanpa campur tangan asing.

MALAYSIA KUTUK REJIM ZIONIS ISRAEL


KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas. Sehubungan itu, Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
Wisma Putra dalam kenyataan akhbar di sini berkata, langkah itu perlu supaya rejim tersebut segera menghormati undang-undang antarabangsa, akur dengan resolusi PBB dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha damai oleh pelbagai pihak.
''Pengepungan berterusan ini memburukkan lagi krisis kemanusiaan di kawasan terbabit dan akan menyebabkan bencana kemanusiaan. Tindakan agresif Israel yang berlarutan dan mencengkam penduduk wilayah Gaza, menafikan hak asasi mereka untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan tenaga, secara amnya menjadikan kehidupan yang sengsara dan tidak bermakna di Gaza,'' katanya.
"Malaysia melahirkan rasa sedih dan hairan apabila melihat masyarakat antarabangsa terus berdiam diri, lesu dan tidak berusaha untuk menangani situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza. Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis itu,'' tegasnya.

Thursday, November 20, 2008

SAMBUTAN RAKYAT IRAN TERHADAP AHMADINEJAD (BAHAGIAN : 1)
















PENDATANG YAHUDI CEMARKAN MASJID DAN HINA NABI MUHAMMAD (saw)

HEBRON - Sekumpulan pendatang haram Yahudi yang membantah perintah mahkamah Israel supaya mereka diusir dari sebuah rumah milik Palestin di bandar tersebut bertindak mencemarkan kesucian sebuah masjid dan merosakkan beberapa batu nisan.
Pendatang itu menconteng kata-kata penghinaan terhadap Nabi Muhammad (saw) dan orang Arab pada dinding depan sebuah masjid dan melukis lambang Israel, 'Bintang David' pada beberapa batu nisan di sebuah tanah perkuburan Islam, kata saksi.
Masjid dan tanah perkuburan itu terletak berdekatan dengan rumah yang terus diduduki oleh berpuluh-puluh pelampau Yahudi tanpa menghiraukan perintah Mahkamah Tinggi Israel yang memberi tempoh sehingga Rabu lepas (19 Nov 2008) untuk mereka beredar atau berhadapan dengan tindakan pengusiran dari situ.
Pendatang itu mendakwa rumah empat tingkat itu telah dibeli dengan harga USD 700,000 (RM2.45 juta) daripada seorang penduduk Palestin, Faez Rajabi. Bagaimanapun Faez menafikan dia telah menjual rumah tersebut malah menegaskan dia mempunyai dokumen yang boleh membuktikan dia adalah pemilik sah dan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian jual beli. Mahkamah juga menyatakan, dokumen yang dikemukakan oleh pendatang Yahudi untuk membuktikan pemilikannya 'didapati oleh penyiasat polis sebagai palsu'.

Wednesday, November 19, 2008

SOLAT MEMBENTUK JIWA YANG SIHAT - RAHBAR

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-'Uzma Sayyid 'Ali Khamenei menyebut pelaksanaan ibadah solat dengan benar dan khusyu' adalah unsur utama untuk memperbaiki jiwa seseorang insan. Beliau berkata demikian di hadapan para peserta Konferensi Solat ke-17 di Universiti Tehran.
Jelasnya, "Syiar Islam khususnya solat perlu mendominasi semua aspek dalam kehidupan masyarakat. Menunaikan ibadah solat dengan benar dalam sesebuah masyarakat dapat menumbuhkan ketenangan di sisi individu dan masyarakat. Solat yang benar bergantung kepada badan dan jiwa yang sempurna."
Menurutnya lagi, "Kebahagiaan dan kesengsaraan manusia terletak pada kaedah pengendalian hawa nafsu mereka. Sekiranya hawa nafsu dikendalikan dengan zikir dan mengingati Tuhan, maka manusia akan mencapai titik kesempurnaan, namun jika hawa nafsu terlepas dari kawalan, maka yang akan berlaku adalah kezaliman, kemungkaran dan perbuatan keji."
Sebelum Rahbar menyampaikan pidatonya, Ayatullah Syeikh Muhsin Qiraati yang mengetuai penganjuran konferensi ini melaporkan bahawa konferensi kali ke 17 yang diadakan di Universiti Tehran itu berjaya mengumpulkan 900 artikel ilmiah dan 700 karya seni yang berkaitan dengan solat.

AMERIKA SYARIKAT TIDAK MAMPU BENDUNG SUARA RAKYAT IRAQ - AHMADINEJAD

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad mengatakan, Amerika Syarikat tidak akan mampu menghalang kehendak dan tuntutan rakyat Iraq dan kerajaan Baghdad perlu bersiap sedia untuk mengambil alih pemerintahan negara itu dari tangan penjajah. Beliau berkata demikian sewaktu bertemu dengan Akram al-Hakim, Menteri Dalam Urusan Dialog Kebangsaan Iraq.
Jelasnya, "Masalah utama di Iraq adalah kewujudan tentera-tentera Amerika Syarikat dan campurtangan negara kuasa besar dunia itu dalam urusan dalaman Baghdad. Kini Amerika sudah kehilangan kekuatannya dan semakin hari negara tersebut menjadi kian lemah. Akhir-akhir ini berbagai sektor penting di Amerika termasuk ekonomi, politik dan ketenteraan mengalami kebuntuan dan situasi tersebut amat sulit untuk dipulihkan pada masa kepemimpinan Barack Obama."
Tegasnya lagi, "Rakyat Iran dan Irak adalah bersaudara. Keduanya memiliki ikatan agama dan sejarah yang kuat."
Sementara itu, Akram al-Hakim turut menekankan pengukuhan hubungan dua hala antara kedua buah negara itu. Katanya, kini peranan penting Iran di Iraq semakin jelas dan rakyat Iraq sangat menghargai peranan jirannya itu.

TEHRAN JADI TUANRUMAH FORUM DATUK BANDAR PERINGKAT ASIA

Forum Datuk Bandar Asia yang pertama (Asian Mayors Forum) telah dirasmikan pada 19 November 2008 di Dewan Besar Milad Tower, Tehran. Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad diberi penghormatan untuk merasmikan majlis tersebut. Forum tersebut membawa tema 'Penyatuan Langkah Bandaraya Asia' dan dijangka akan membincangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengurusan bandaraya kosmopolitan, pertumbuhan penduduk bandar, pengangkutan awam, pencemaran alam sekitar, pemodenan bandar dan kerjasama antara bandaraya di Asia. Kebanyakan peserta forum itu adalah dari kalangan Datuk Bandar dari Asia, Ketua Dewan Bandaraya dan beberapa perwakilan khas dari Eropah dan Afrika.

ABBAS AHMADI DARI IRAN JUARA TOMOI ANTARABANGSA 2008 DI KELANTAN

Petinju Iran, Abbas Ahmadi membuktikan kehebatannya apabila muncul juara sekali gus merangkul tali pinggang World Muay Thai Council (WMC) Asia Telekom Malayisa (TM) pada Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan yang berakhir baru-baru ini. Juara World Professional Muay Thai Organization (WPMO) yang mewakili kelab Boxx Warriors itu telah menewaskan pencabarnya, Kudin Raja Jerung dari Tumpat, Kelantan bagi kategori 67.5 kilogram.
Abbas menang dengan kiraan mata pada pertarungan lima pusingan itu yang disaksikan kira-kira 3,000 penonton di gelanggang Dewan Jubli Perak di Kota Bharu. Walaupun dijangka memenangi perlawanan itu dengan mudah, dia telah dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menundukkan Kudin yang juga pemegang ranking kedua tomoi Kelantan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Boxx Warriors berkata kejohanan yang diadakan buat kali pertama di negeri Kelantan itu turut mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Boxxevent, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan kerajaan negeri serta menampilkan 24 petinju bertaraf dunia. Antaranya ialah petinju dari Perancis, Rusia, Afghanistan, Iran, Thailand, Switzerland dan Amerika Syarikat selain petinju ternama Kelantan dan petinju kelab Boxx Warriors.
Katanya, ini merupakan satu langkah positif bagi mendedahkan kehebatan peserta daripada pelbagai negara sekali gus menyemarakkan lagi suasana sukan kegemaran penduduk di negeri Kelantan yang dikenali sebagai 'boksing'. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang turut menyaksikan kejohanan aksi lasak itu.


KERETA KEBAL ISRAEL MULA CEROBOH GAZA



















Beberapa buah kereta kebal Israel telah mula menceroboh wilayah selatan Semenanjung Gaza lalu disambut dengan tembakan mortar oleh para pejuang Palestin. Kedatangan kereta kebal itu diramal bakal meningkatkan keganasan yang mengancam gencatan senjata di antara pihak Hamas dan Israel.
Israel dan Hamas masih berada dalam suasana gencatan senjata dalam tempoh 2 minggu yang terakhir ini setelah hampir 5 bulan situasi di rantau ini agak tenang. Gencatan senjata yang dicapai pada 19 Jun 2008 yang lalu akan tamat tempohnya bulan depan
. Israel dan Hamas dijangka mengemukakan isi perjanjian yang lebih menguntungkan pihak masing-masing apabila perjanjian gencatan senjata itu diperbaharui.
Kereta kebal Israel yang dikawal oleh buldozer dan jip tentera menceroboh sehingga 1/2 kilometer ke dalam wilayah Semenanjung Gaza. Ini merupakan serangan darat pertama yang dilancarkan oleh tentera Israel dalam tempoh seminggu.
Kereta kebal Israel itu tidak memberi reaksi terhadap serangan bersenjata dari Palestin. Pihak tentera Israel menyifatkan aktiviti tersebut sebagai operasi rutin untuk mengesan bahan letupan di pagar sempadan di selatan Semenanjung Gaza.
Para pejuang Palestin menembak dengan mortar dan roket ke arah tentera-tentera Israel. Namun, 2 buah mortar yang dilepaskan itu tidak menyebabkan sebarang kematian ataupun kerosakan harta benda.
Lebih kurang 17 orang para pejuang terbunuh sejak gencatan senjata mula tidak dipedulikan. Sejak itu, menurut pihak tentera zionis Israel, para pejuang Palestin telah melepaskan 140 buah roket dan mortar ke wilayah Israel.

RUSUHAN DI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI GREECE

ATHENS - Polis anti-rusuhan Greece melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membaling batu dan bom petrol di luar Kedutaan Amerika Syarikat di sini baru-baru ini. Keganasan itu meletus semasa perarakan tahunan bagi memperingati hari ulang tahun pemberontakan pelajar 35 tahun lalu.
Tiga anggota polis cedera dalam pertempuran manakala 11 penunjuk perasaan ditahan. Dua cawangan bank di tengah bandar raya ini, sebuah bilik pameran kereta dan tiga buah kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan.
Kira-kira 10,000 orang berarak tanpa menghiraukan ribut petir untuk memperingati hari ulang tahun ke-35 pemberontakan pelajar menentang kerajaan diktator tentera yang memerintah Greece pada 1967-1974. Mereka berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk memprotes sokongan Washington terhadap junta tentera pada waktu itu.
Sekumpulan 100 pemuda yang berpecah daripada perarakan yang berlangsung secara aman itu, membaling batu dan bom petrol terhadap polis yang ditempatkan di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat. Kumpulan pemuda itu bersurai apabila polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Tuesday, November 18, 2008

IRAN KECAM SIKAP ANTI-TEHRAN KANADA DI PBB


Sikap anti-Iran yang diambil oleh Kanada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disifatkan bakal menjadi batu penghalang kepada Ottawa untuk menjalin hubungan yang baik dengan Tehran. Pegawai dari Jabatan Luar Negara Iran menyifatkan langkah Kanada yang menyokong resolusi Hak Asasi Manusia (HAM) yang bersifat anti-Iran di PBB adalah akibat dari sikap Ottawa yang mengikut secara membuta tuli dasar Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel.
Majoriti para penganalisa politik dan diplomat Kanada menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta. Pegawai Jabatan Luar Negara Iran itu juga menyebut bahawa langkah kerajaan Kanada itu amat tidak rasional dan bertentangan dengan realiti semasa. Ia juga menegaskan bahawa Iran akan menjawab dengan tegas terhadap sikap Kanada itu.

BEBASKAN TAWANAN ADALAH SENJATA TERBARU ISRAEL UNTUK TUTUP KEJAHATANNYA

Perdana Menteri rejim Zionis Israel, Ehud Olmert berusaha untuk ‎mengelabui perhatian seluruh dunia terhadap kejahatannya di Gaza dengan ‎mengumumkan pembebasan beberapa orang tawanan Palestin dalam waktu yang terdekat. Selepas selesai pertemuan dengan Presiden Autoriti Palestin, Mahmoud ‎Abbas, Olmert mengatakan bahawa untuk membuktikan niat baik Israel, ia telah ‎memerintahkan pembebasan 250 orang tawanan Palestin.‎ Tawanan tersebut adalah anggota Jabatan Keselamatan bagi kerajaan Abbas ‎yang ditangkap oleh pihak Israel. Sementara itu, di penjara Israel masih terdapat lebih kurang 12,000 orang tawanan Palestin termasuk perempuan dan kanak-kanak. Pegawai Penjara ‎Israel menyatakan, dalam senarai tawanan yang bakal dibebaskan ‎itu tidak terdapat sebarang nama dari kalangan anggota HAMAS atau Jihad Islami.‎

LAGI 50,000 PEKERJA CITIGROUP DIBUANG


NEW YORK - Gergasi perbankan Amerika Syarikat, 'Citigroup' mengumumkan bahawa ia akan menghentikan 50,000 kakitangan ketika keadaan krisis kewangan global semakin meruncing.
Pengumuman tersebut menyusul pengakuan kerajaan Jepun bahawa negara kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia itu turut dicengkam kemelesetan.
Sebelum ini, 'Citigroup' yang memiliki 358,000 kakitangan di 12,000 cawangannya di seluruh dunia sudah mengumumkan bahawa ia membuang 22,000 pekerja. Bank yang beribu pejabat di New York itu merupakan bank terbesar di dunia dari segi perolehan dan memiliki 200 juta pelanggan di 107 buah negara.
Rancangan tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai 'Citigroup', Vikram Pandit di laman web syarikat itu. 'Citigroup' merekodkan kerugian empat suku kewangan termasuk kerugian USD 2.8 bilion (RM10 bilion) pada suku ketiga. Pengerusi 'Citigroup', Win Bischoff dalam satu forum di Dubai berkata, beliau akan bertanggungjawab terhadap prestasi syarikat itu. Bischoff tidak menolak kemungkinan para pegawai 'Citigroup' tidak mendapat sebarang bayaran bonus pada bulan depan (Disember 2008).

36 JUTA PENDUDUK AMERIKA SYARIKAT TIDAK CUKUP MAKAN - USDA

WASHINGTON – Lebih 36 juta penduduk Amerika Syarikat menghadapi masalah tidak cukup makan dengan satu pertiga daripadanya, untuk tempoh-tempoh tertentu, turut mengalami masalah kebuluran. Jumlah tersebut dilaporkan meningkat lebih 50 peratus berbanding tahun 2006.
Kajian tahunan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada tahun 2007 turut menunjukkan, kira-kira 700,000 kanak-kanak di negara ini terpaksa berlapar untuk tempoh-tempoh tertentu kerana tiada bekalan makanan.
“Secara keseluruhan, 11.1 % atau 36.2 juta penduduk mengalami masalah tidak cukup makan sepanjang tahun 2007. Jumlah itu meningkat daripada 10.9 % atau 35.5 juta penduduk pada tahun 2006,” kata jabatan itu dalam laporannya yang dikeluarkan baru-baru ini.

KETUA MAFIA ISRAEL MATI DIBOM

BAITULMAQDIS – Satu letupan bom kereta di tengah Tel Aviv menyebabkan seorang ketua kumpulan samseng Israel terbunuh sekali gus meningkatkan lagi kemungkinan tercetusnya peperangan antara kumpulan samseng.
Pihak polis enggan mendedahkan identiti ketua samseng itu tetapi media melaporkan mangsa dikenali sebagai 'Yaakov Alperon' atau 'Don Alperon' di kalangan mafia.
Pertempuran dan pembunuhan antara kumpulan-kumpulan samseng sering tercetus melibatkan serangan bom dan juga peluru berpandu pemusnah kereta kebal.

PRESIDEN IRAN BERDAKWAH KEPADA OBAMA

*Sumber : Blog Roslan SMS Corner (www.n32.blogspot.com)

Ramai masih memperkatakan darihal kemenangan besar Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Rakyat dan pemimpin kita juga masing-masing turut tidak ketinggalan memberikan komen dan ulasan terhadap kemenangan bersejarah ini yang akan menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah dunia seorang berkulit hitam akan mengangkat sumpah dan berkhidmat sebagai Presiden Amerika mulai 20 Januari 2009 ini. Dalam hal ini saya mahu berkongsi dengan satu lagi sejarah, iaitu perutusan ucapan tahniah dari Presiden Republik Islam Iran iaitu Presiden Dr Mahmoud Ahmadinejad. Mengapa ia bersejarah? Kerana tidak pernah sebelum ini Presiden Iran mengutuskan perutusan sedemikian kepada Presiden Amerika sejak Revolusi Islam Iran 1979.
Presiden Iran itu memulakan suratnya dengan kalimah mulia iaitu “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” dan di perenggan pertama suratnya beliau terus menyampaikan dakwahnya : "As you know, the chances that God gives to his subjects pass swiftly. They can be used for the perfection of humanity and to the benefit of nations or, God forbid, to the detriment of nations."("Sebagaimana yang Tuan tahu, peluang yang diberikan oleh Allah swt kepada hambaNya bergerak deras. Peluang itu boleh digunakan untuk kebaikan manusia sejagat dan manfaat negara-negara lain atau, pohon dijauhkanNya, untuk kemusnahan dunia"). Untuk makluman sejak hampir 30 tahun lalu, Iran tiada hubungan diplomatik dengan Amerika. Melalui kemenangan Obama ini barangkali Ahmadinejad melihatkan bahawa di sana ada peluang untuk Amerika berbincang kembali dengan Iran demi kebaikan dunia. Dan surat beliau ini juga mencerminkan keikhlasan negaranya dan jiwa besar seorang pemimpin Islam. Surat beliau kepada Obama ini sungguh cantik susunan bahasanya dan ternyata merupakan suatu permulaan yang baik ke arah kestabilan dunia dan menggugurkan sebarang dakyah dan prasangka jahat terhadap Islam. Beliau menambah :
"The great civilization-building and justice-seeking nation of Iran would welcome major, fair and real changes, in policies and actions, especially in this region."("Negara Iran yang merupakan negara pembina tamadun dan pencetus keadilan akan mengalu-alukan sebarang perubahan yang besar dan adil terutama dalam dasar dan pelaksanaan terhadap rantau sebelah sini").
"If steps are taken in the path of righteousness, toward the goal of carrying out the teachings of the holy prophets, it is hoped that almighty God will help and that the enormous damage done in the past will be somewhat diminished."("Sekiranya langkah-langkah ini diambil menuju ke arah yang hak, ke arah pelaksanaan apa yang diajar oleh para Rasul, adalah diharapkan Allah Yang Maha Berkuasa akan membantu kita dan segala pergeseran yang lampau akan akhirnya berjaya diatasi"). Demikianlah besarnya harapan dan impian Presiden Iran terhadap bakal Presiden baru Amerika Syarikat ini. Memang tinggi harapannya tetapi bagi sebuah negara yang telah sekian lama disenaraihitamkan oleh Amerika, ia barangkali satu permulaan dan percubaan yang baik. Apa yang menarik perhatian saya adalah kekuatan mesej dakwah yang terkandung dalam surat tersebut. Sepatutnya kekuatan seumpama ini turut dipamerkan oleh sesiapa sahaja yang berjuang untuk memartabatkan Islam. Di penghujung suratnya Presiden Iran itu menyebut :
"I ask the high God to grant all of humanity and all nations health and happiness, honor and prosperity, and to grant rulers and officials the ability to learn from the past and to use every chance to serve, to spread love and kindness, to eradicate oppression, to do justice and to follow the holy guidelines." ("Saya memohon agar Allah mengurniakan kepada semua negara dan bangsa kesihatan dan kebahagian, penghormatan dan kesejahteraan serta mengurniakan kepada semua pemimpin dan para pegawai mereka kemampuan untuk belajar dari peristiwa yang lepas dan agar menggunakan setiap peluang memerintah yang diberi untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan, menghapuskan penindasan dan memberikan keadilan serta mengikuti garis panduan yang Mahasuci yang telah ditetapkan"). Sama-samalah kita menunggu surat balasan dari Obama pula. Allahu Akbar !!!

ZIONIS ISRAEL TERUS 'DERA' GAZA

*Gambar (kanan) : Seorang lelaki Palestin menyalurkan minyak dari sebuah terowong di kem pelarian Rafah. *Gambar (kiri) : Wanita Palestin menunjukkan kad bantuan makanan PBB ketika menunggu bekalan di pejabat badan dunia itu di kem pelarian Khan Younis, Gaza.

BAITULMAQDIS : Lebih 750,000 penduduk Gaza tidak mendapat bantuan makanan daripada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Israel memutuskan untuk mengekalkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu.Mereka juga terpaksa bergelap apabila satu-satunya stesen jana kuasa di wilayah itu terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan api. Di sebalik tekanan antarabangsa yang semakin meningkat agar bekalan dipulihkan semula, Israel menunjukkan kedegilannya dengan terus menutup pintu masuk ke Gaza sebelum membenarkan penghantaran secara terhad. Ia juga tidak membenarkan Agensi Bantuan Kerja PBB (UNRWA) dan agensi lain untuk membawa sebarang bekalan sejak 4 November lalu apabila askarnya menceroboh kawasan pantai dan memusnahkan apa yang didakwa sebuah terowong yang digunakan untuk menculik askar Israel.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa Menteri Pertahanan Ehud Barak mengambil keputusan itu selepas mengadakan rundingan dengan beberapa anggota kanan pasukan keselamatan Israel. “Keputusan diambil selepas serangan roket dilakukan ke wilayah Israel,” kata kenyataan itu. Roket yang dilancarkan ke Israel menyebabkan seorang cedera dan segera dibalas dengan serangan udara Zionis yang menyebabkan empat orang pejuang Palestin terkorban. Lebih 12 orang pejuang Palestin maut sejak dua minggu pertempuran di sempadan Gaza dan Israel, sekali gus menjejaskan perjanjian damai lima bulan yang bakal berakhir Disember 2008 ini.

CERAI ISTERI MELALUI SMS...???

KUALA LUMPUR – Pelukis, Raja Azhar Raja Lop Idris telah menceraikan isterinya, Charmaine Winifred Idris dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Mahkamah memutuskan menerima lafaz taklik Raja Azhar yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya yang kini berada di negara asal, Australia adalah lafaz berbentuk kinayah atau kiasan.
Lafaz kinayah menurut hakim adalah sah kerana disertai dengan niat Raja Azhar untuk menceraikan isterinya. Oleh itu, mahkamah mensabitkan berlaku perceraian kali pertama pada 8 Ogos lalu selepas mendapati lafaz taklik yang dibuat melalui SMS tersebut adalah sah kerana disertai niat.

Monday, November 17, 2008

IRAN BIAYAI PEMBINAAN KOMPLEKS IMAM BUKHARI DI SAMARKAND, UZBEKISTAN

*Gambar : Beberapa pelancong mengambil kesempatan membaca surah al-Fatihah di Makam Imam al-Bukhari di Kompleks Imam Bukhari di Samarkand.

SAMARKAND (Uzbekistan) - Kira-kira 1,000 pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, menziarahi makam ulama hadis terkenal Imam Al-Bukhari di sebuah kampung bernama Khartang di Samarkand.
Sejarawan tempatan Abdul Ghani Mukmin berkata, bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal makam Imam Al-Bukhari yang ada sekarang telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran.
"Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian Imam Al-Bukhari," katanya semasa ditemui di kompleks Imam Al-Bukhari di sini. Beliau berkata, kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada tahun 1991, yang sebelum itu mengharamkan ummat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan.
Kompleks Imam al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Oktober 1998. Bagaimanapun, menurut beliau, kebanyakan pengunjung hanya dibenarkan melawat bangunan itu sahaja, manakala makam asal Imam Bukhari yang terletak di bawah bangunan berkenaan, hanya boleh diziarahi dengan melalui satu pintu khas setelah mendapat keizinan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus kompleks itu.
Selain makam ulama terkenal ini, kompleks berkenaan mengandungi Masjid al-Bukhari dan sebuah muzium yang mempamerkan kitab suci al-Quran dari beberapa negara Islam.
Nama sebenar Imam al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. Beliau dilahirkan pada tahun 194 Hijrah, bersamaan 810 Masehi di Poyikent, sebuah kampung di Bukhara. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi.

Friday, November 14, 2008

WAKIL TETAP IRAN DI PBB : KEHADIRAN PRESIDEN ISRAEL HANYA MERUGIKAN

Wakil Tetap Republik Islam Iran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammad Khazaee menegaskan bahawa Iran turut menyertai usaha ke arah mewujudkan dialog serta persefahaman antara agama dan peradaban berdasarkan prinsip agama Islam. Dalam Persidangan Antara Agama yang diadakan di Dewan PBB di New York baru-baru ini, beliau mengatakan, "Berkat ajaran Islam dan budayanya yang kaya, rakyat Iran sentiasa menghormati ajaran agama Ilahi dan kebudayaan Islam. Di Iran, masyarakat agama yang minoriti turut memiliki persamaan hak dengan yang lain."
Ketika menyentuh tentang wujudnya propaganda jahat yang cuba untuk meminggirkan Iran dan agama-agama yang lain serta merendahkan tokoh-tokoh dan pemimpin agama, beliau mengatakan, "Amat dikesalkan kerana tindakan seperti ini dibiarkan berlaku dengan alasan 'memerangi keganasan' atau 'kebebasan bersuara'."
Beliau turut memberi komentar berhubung kehadiran Presiden rejim Zionis Israel, Shimon Peres dalam Persidangan Antara Agama dengan merujuk kepada kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tambahnya, "Kehadiran Presiden rejim Zionis Israel dalam persidangan ini bukan sekadar tidak akan membantu untuk merealiasasikan cita-cita bersama ummat manusia bahkan bakal mewujudkan penyelewengan dan penyalahgunaan dialog antara agama."

KETUA STAF 'WHITE HOUSE' MINTA MAAF BAGI PIHAK BAPA

CHICAGO : Ketua Staf 'Rumah Putih' yang dipilih oleh Barack Obama, Rahm Emanuel, meminta maaf kepada masyarakat Arab-Amerika atas kenyataan yang dibuat oleh bapanya yang berbangsa Yahudi kepada akhbar Israel, baru-baru ini yang dianggap bersifat perkauman. Bapa Rahm, Benjamin Emanuel ketika menceritakan mengenai tugas baru anaknya itu kepada akhbar Ma’ariv berkata: “Jelas sekali beliau akan mempengaruhi Presiden supaya pro-Israel. Kenapa pula dia tidak akan berbuat demikian? Beliau bukannya berbangsa Arab. Tugasnya bukan mengelap lantai Rumah Putih.” Kenyataan itu mencetuskan kemarahan Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika yang menggesa Rahm Emanuel supaya menyelar ‘penghinaan yang tidak dapat diterima itu’.
Rahm Emanuel telah bertemu dengan presiden pergerakan itu, Mary Rose Oakar, untuk meminta maaf bagi pihak keluarganya. “Ini bukanlah nilai yang diajar ketika saya atau ahli keluarga saya membesar,” demikian jelas Emanuel kepada kumpulan itu. Oakar berkata, permintaan maaf itu diterima oleh pihaknya.
Jurucakap Emanuel, Nick Papas, mengesahkan perkara itu dan berkata Emanuel menawarkan diri untuk bertemu dengan wakil masyarakat Arab-Amerika pada masa sesuai di masa depan.

REPUBLIKAN KALAH KERANA PENENTANGAN YANG BERTERUSAN DI TIMUR TENGAH

Ketua Perhubungan Antarabangsa Hizbullah, Nawaf al-Musawi menyifatkan kekalahan parti Republikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini adalah akibat dari penentangan yang berterusan di rantau Timur Tengah terhadap dasar-dasar luar Amerika yang dilaksanakan oleh George W. Bush.
Jelas Nawaf, "Kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika itu tidak akan mengubah arah tuju dan lanskap politik Amerika. Perubahan yang bakal berlaku, sekiranya ada, itu pastinya hanya bersifat sementara dan muslihat semata-mata."
Beliau turut mengkritik jemputan ke atas Presiden rejim Zionis Israel, Shimon Peres untuk menghadiri Sidang Perundingan Antara Agama yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.
Menurutnya, jemputan tersebut adalah tidak tepat kerana Shimon Peres bukan merupakan seorang tokoh agama dan bukan juga wakil dari agama Yahudi, tetapi seorang 'penjenayah perang' dan 'penyembelih rakyat Palestin dan Lebanon'.

Thursday, November 13, 2008

PELURU BERPANDU IRAN "SIJJIL" MAMPU SASAR ISRAEL DAN EROPAH

*Peluru berpandu 'Sijjil' sedia untuk diuji pada majlis pelancarannya di Teheran baru-baru ini.

TEHRAN - Iran berkata mereka berjaya menguji peluru berpandu jarak jauh generasi baru yang mampu mensasarkan serangan sejauh Israel sehingga tenggara Eropah. Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammed Najjar, dalam siaran televisyen berkata, peluru berpandu 'Sijjil' itu adalah peluru berpandu bahan bakar padu yang mampu mencapai jarak 2000 kilometer. Peluru berpandu bahan bakar padu adalah lebih tepat berbanding peluru berpandu bahan bakar cecair dalam jarak sama yang dibangunkan Iran.
Negara itu turut memiliki peluru berpandu bahan bakar padu dengan jarak dekat iaitu 'Fateh' yang mampu mencapai sasaran 200 kilometer. Najjar berkata, peluru berpandu dua fasa dengan dua enjin bahan bakar padu itu memiliki 'kemampuan luar biasa' tetapi beliau enggan mengulas lanjut. Katanya, peluru berpandu itu akan digunakan sebagai senjata pertahanan terhadap ancaman dihadapi Iran dan bukan bertujuan untuk serangan.
Beliau berkata, peluru berpandu itu adalah sebahagian 'strategi pertahanan dan pencegahan dengan objektif utama mempertahankan negara'. Tentera Amerika dan agensi perisikan luar turut memantau ujian peluru berpandu itu pada jarak 360 kilometer dari tenggara Tehran dan seorang pegawai kanan tentera Amerika berkata, peluru berpandu itu terbang sembilan saat dan mencapai jarak 290 kilometer sebelum berubah haluan dan meletup.
Presiden Dr Mahmoud Ahmadinejad dalam ucapannya sempena pelancaran peluru berpandu itu memberi amaran bahawa kerajaannya akan bertindak balas terhadap sebarang ancaman yang dihadapi oleh mereka. Beliau berkata, adalah tidak penting siapa yang menjadi Presiden Amerika kerana soalan yang lebih penting adalah bagaimana corak pentadbiran negara itu pada masa akan datang.