Tuesday, July 17, 2012
Akibat Desakan Masyarakat Syiah, Kerajaan WAHABI Arab Saudi Terpaksa Mengizinkan Keluarga Syeikh Nemr Menemuinya
-Akibat desakan berterusan masyarakat Syiah di Arab Saudi, pihak kerajaan WAHABI Arab Saudi terpaksa mengizinkan keluarga Syeikh Nemr al-Nemr menemuinya di hospital.
-Buntu dengan desakan para penunjuk perasaan dan protes bertali arus mereka ke atas penangkapan Syeikh Nemr, seorang ulama terkemuka WAHABI telah menggesa para pegawai kerajaan WAHABI Arab Saudi untuk mengizinkan sebahagian ahli keluarga Syeikh Nemr untuk menemuinya di hospital tentera.
-Menurut maklumat daripada salah seorang ahli keluarganya, Syeikh Nemr telah menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya dan beliau kini berada dalam keadaan yang baik.
-Pada 8 Julai 2012 yang lalu, pihak polis Arab Saudi telah menembak kenderaan yang dinaiki oleh Syeikh Nemr al-Nemr di Qatif. Akibat tembakan tersebut, kereta beliau telah merempuh salah sebuah rumah penduduk lalu pihak polis menangkapnya serta merta di tempat kejadian.
-Syeikh al-Nemr adalah seorang pengkritik keras terhadap dasar-dasar rejim kerajaan WAHABI Arab Saudi dan sering mengecam langkah-langkah keselamatan yang zalim dan diskriminasi terhadap masyarakat Arab Saudi yang bermazhab Ahlul Bait.
-Dalam khutbah-khutbahnya, beliau sering menuntut kepada pemerintah Arab Saudi supaya menamatkan diskriminasi terhadap para penduduk di wilayah timur negara itu.
Penterjemah : ROHAIZAD IBRAHIM
Monday, February 20, 2012
ALI STONE : SAYA AKAN MEMBUAT FILEM MENGENAI TRAGEDI KARBALA
Ali Stone, pengarah filem Hollywood yang baru sahaja memeluk agama Islam di Iran baru-baru ini mengatakan, "Di Iran ini saya memiliki perancangan untuk membuat lima filem dokumentari dan masih lagi dalam peringkat tinjauan dan penelitian."
"Di antara filem yang ingin saya buat adalah mengenai biografi Maulana Rumi, seorang tokoh besar Iran yang amat dikagumi di dunia Barat. Maulana Rumi memiliki ramai peminat di seluruh dunia dan tentu sekali sangat bermanfaat jika biografinya difilemkan. Namun bagi saya peristiwa 'Asyura jauh lebih menakjubkan, lebih banyak memiliki pencinta di seluruh dunia dan manfaat pembikinan filemnya jauh lebih besar. Justeru saya bertekad untuk membuat filem mengenai 'Asyura suatu hari nanti."
Sean Stone, 27 tahun yang setelah memeluk Islam menggantikan namanya menjadi Ali Stone mengakui banyak mengenali para mahasiswa Iran dari jurusan Sejarah dan Perbandingan Agama.
Katanya, "Tugas saya ketika di Iran memerlukan banyak interaksi dengan mereka. Sebelum ini saya sudah mengenali agama Yahudi dan Kristien kerana saya membesar dari keluarga yang memadukan antara dua agama besar tersebut. Yang menarik dari ajaran Islam adalah penjelasan mengenai hubungan antara Tuhan dan manusia. Dalam Islam manusia mampu berhubung secara langsung dengan Tuhan tanpa melalui perantaraan. Hal ini sangat menakjubkan bagi saya."
Sewaktu ditanya mengenai ketertarikannya untuk membuat filem mengenai 'Asyura, beliau menegaskan, "Islam tidak boleh dipisahkan dari peristiwa 'Asyura. Oleh kerana itu, umat Islam di Iran sentiasa menghidupkan 'Asyura dengan pelbagai majlis dan perayaan. Dari peristiwa 'Asyuralah saya melihat semangat pembebasan dan cinta keadilan itu lahir dan tumbuh."
Tegas beliau lagi, "Saya kagum terhadap negara Iran yang memberikan kebebasan untuk memiliki keyakinan terhadap setiap rakyatnya. Meskipun majoriti rakyat Iran adalah bermazhab Syiah, namun ada rakyat negara ini yang berpegang dan beramal dengan mazhab lain. Setiap orang melaksanakan sesuatu amalan berdasarkan keyakinan masing-masing tanpa perlu bersengketa. Jika ada yang berselisih faham, ianya bukan disebabkan oleh perbezaan mazhab tetapi sekadar perselisihan peribadi."
Ketika ditanya mengapa beliau memilih nama Ali sebagai nama barunya, Ali Stone menjelaskan, "Imam Ali as adalah tokoh pembebasan yang sangat diagungkan dalam mazhab Syiah. Saya sejak dahulu lagi telah memakai rantai yang berbentuk pedang kecil yang tertulis nama Ali. Saya sudah mengkaguminya sejak sekian lama."
Terjemahan : Rohaizad Ibrahim
ALI STONE : KETIKA MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH, AKU MERASA SEDANG BERHADAPAN DENGAN MANUSIA SUCI
Setelah memeluk Islam dan menggantikan namanya daripada Sean Stone kepada Ali Stone mengatakan,"Menurut saya, sebagaimana pemerintahan Babylon musnah, kekuatan dunia saat ini juga bakal hancur. Masyarakat dengan keimanannya telah memulakan kebangkitan di Timur Tengah."
Sewaktu majlis pembacaan dua kalimah syahadah berlangsung di Esfahan, Sean Stone akhirnya memilih nama Ali Stone setelah memeluk Islam.
Ali Stone turut menegaskan bahawa Gerakan Occupy Wall Street tidak akan padam kerana ia berada di hati setiap orang.
"Agama Islam adalah lanjutan dari 'firman Tuhan'. Allah swt telah mengutuskan Nabi Ibrahim as dan Musa as serta menyatukan seluruh mazhab dan prinsip-prinsip agama," jelas Ali Stone mengenai alasan mengapa ia memeluk Islam.
Seniman Amerika Syarikat ini juga memaparkan bahawa Nabi Muhammad saw telah berjaya menyatukan seluruh masyarakat yang pada waktu itu penuh dengan kekufuran. Menurutnya lagi,"Saya dapat memahami keberanian dan ketulusan Nabi Muhammad saw. Itulah sebab mengapa saya memeluk Islam."
Ujarnya lagi,"Agama-agama lain menyembah Allah swt sama dengan Islam. Kalimah 'Laa Ilaaha Illa Allah' bukan pengertian yang baru. Kalimah ini sentiasa ada bersama agama-agama yang ada. Perbezaannya hanya pada cara penjelasannya."
Ketika ditanya apakah keluarganya mengetahui tentang hasratnya untuk memeluk Islam dan apa reaksi mereka, Ali Stone mengatakan, "Tidak, mereka tidak banyak mengetahui tentang hal ini. Dengan memeluk Islam, pada dasarnya saya mengikuti seluruh agama. Kita semua satu di mata Allah yang Maha Berkuasa."
Ketika Ali Stone ditanya mengapa di usia 27 tahun ia memutuskan untuk memeluk Islam, beliau tuntas menjawab, "Saya telah membaca al-Quran. Tapi tentu saja orang tidak mungkin menjadi seorang Muslim hanya dengan membaca al-Quran semalaman. Setiap orang harus membaca al-Quran sepanjang hidupnya. Proses saya memeluk Islam merupakan perintah Allah. Saya bukan seorang yang menentukan bila saya perlu menjadi seorang Muslim," ujar anak sutradara terkenal Amerika Syarikat, Oliver Stone.
Ketika menyentuh berkaitan perasaannya sewaktu mengungkapkan dua kalimah syahadah, Ali Stone mengatakan,"Saya berhadapan dengan seorang alim rabbani dan suci. Saya fikir ia memiliki hubungan yang khusus dengan Allah."
Ketika berbicara mengenai masa depan umat Islam di Timur Tengah, Ali Stone menjelaskan,"Sebagaimana kemusnahan yang menimpa pemerintahan Babylon, kekuatan dunia juga akan tumbang. Di sinilah perbezaan antara seorang yang beriman dengan Barat yang tidak memiliki keimanan."
Ketika ditanya mengenai masa depan gerakan Occupy Wall Street, Ali Stone menegaskan, "Occupy Wall Street merupakan sebuah gerakan yang tidak pernah padam kerana ia sentiasa ada di hati setiap orang."
Terjemahan oleh : Rohaizad Ibrahim
AYATULLAH SYEIKH KASHANI : YANG AMAT DIPERLUKAN SAAT INI ADALAH PERPADUAN
Solat Jumaat di Tehran pada 17 Februari 2012 telah dipimpin oleh Ayatullah Syeikh Muhammad Imami Kashani.
Dalam khutbahnya, Ayatullah Kashani menyatakan, "Yang paling diperlukan oleh seluruh rakyat Iran pada ketika ini adalah perpaduan dan perhatian terhadap seluruh ucapan Rahbar. Memelihara perpaduan dan menjauhi perpecahan akan memuliakan bangsa."
Dalam khutbah keduanya, Ayatullah Kashani mengatakan, "Para musuh berniat untuk mengurangkan penyertaan rakyat dalam pilihanraya umum melalui pelbagai analisa mereka."
Beliau turut merujuk pada khutbah Imam Ali as yang ke 127 dalam Nahjul Balaghah berkenaan pentingnya perpaduan dan solidariti. Beliau turut menegaskan, "Ketika rakyat bersatu padu dan menginginkan kebaikan, musuh akan takut dan mundur. Oleh kerana itu Imam Ali as menekankan bahawa "tangan Allah" sentiasa akan bersama rakyat. Oleh kerana rakyat Iran bergerak dengan satu slogan menuju satu tujuan, maka mereka harus berhati-hati dan menghindari perpecahan serta masalah-masalah remeh."
Ketika menyentuh mengenai penyertaan meluas rakyat dalam perhimpunan agung 22 Bahman (11 Februari) bagi memperingati kemenangan Revolusi Islam Iran, Ayatullah Kashani mengatakan, "Kita melihat media-media asing khususnya Amerika Syarikat dan Israel sering menganalisa masalah-masalah remeh dan tidak mendedahkan penyertaan meluas rakyat Iran yang merupakan perkara paling utama."
Tegas beliau lagi, "Perkara terpenting dalam perhimpunan agung 22 Bahman adalah perpaduan dan solidariti rakyat. Meskipun demikian, ada sebahagian media massa asing yang mengungkapkan perkara yang menarik dari perhimpunan agung 22 Bahman itu. Mereka mengakui bahawa keagungan Revolusi Islam dan gelora 22 Bahman itu muncul kerana wujudnya demokrasi di Iran."
Terjemahan oleh : Rohaizad Ibrahim
Sunday, September 11, 2011
Friday, February 25, 2011
Insiden Menarik Dalam Pertemuan Rahbar dengan Muammar Gaddafi

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei sewaktu menjadi Presiden, pernah berkunjung ke Libya. Seorang ulama Iran, Ayatullah Khazali menghimbau semula lawatan rasmi Rahbar ke Libya itu dan pertemuan beliau dengan Presiden Libya yang bakal tersungkur itu iaitu Muammar Gaddafi. Dalam pertemuan itu, Rahbar melakukan suatu tindakan spontan yang amat mencuit perasaan demi menjaga kehormatan Iran dan kemuliaan Islam. Menurutnya,"Sebuah khemah besar dibina sebagai tempat pertemuan Gaddafi dengan para tetamunya. Pintu masuknya amat rendah sekali dan setiap orang yang ingin memasukinya terpaksa tunduk dan membongkokkan badan. Lebih menjengkelkan, di depan pintu masuk khemah itu telah dipasang foto besar Muammar Gaddafi. Ini bermakna setiap orang yang memasuki khemah tersebut secara tidak disedari seolah-olah akan memberikan penghormatan kepada Muammar Gaddafi dengan membongkokkan badan ke arah beliau. Namun Rahbar ketika memasuki khemah itu, beliau masuk dengan membelakangkan badannya ke arah foto Muammar Gaddafi."
Friday, September 17, 2010
AKHBAR TIPU IMEJ PRESIDEN MESIR
*Gambar yang disiarkan akhbar Al-Ahram menunjukkan Hosni Mubarak berada di depan barisan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House baru-baru ini. KAHERAH - Sebuah akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram dikecam kerana mengubah sekeping gambar supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilihat berada di barisan depan pemimpin yang menyertai rundingan damai konflik Israel-Palestin di White House.
Gambar tersebut diubahsuai dengan menggunakan perisian komputer. Akhbar berkenaan dipercayai menggunakan teknik 'potong dan lekat' pada gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin dunia berada di White House.
Gambar itu menunjukkan Hosni berada di hadapan barisan pemimpin berkenaan dan beliau kelihatan seperti mengetuai rundingan damai Palestin-Israel itu.
*Gambar asli yang menunjukkan Hosni Mubarak berada di barisan paling belakang (kiri) manakala Barack Obama mengetuai para pemimpin dunia lain di White House, Washington baru-baru ini. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan beberapa pemimpin Asia Barat iaitu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pemerintah Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Washington bagi memulakan pusingan rundingan damai.
Selepas rundingan selesai, jurugambar-jurugambar merakamkan imej kumpulan tersebut dengan Obama berada di hadapan dan Hosni di belakang bersama pemimpin-pemimpin yang lain.
Sebuah akhbar Mesir, Al-Misry Al-Yaum melaporkan bahawa Al-Ahram telah melakukan 'pembedahan' supaya Hosni kelihatan memimpin barisan pemimpin dunia.

Namun, Ketua Pengarang Al-Ahram, Osama Saraya membidas kritikan terhadap gambar berkenaan. Osama dalam satu ruangan rencana pengarang menyatakan, gambar tersebut bertujuan untuk menggambarkan Mesir sebagai negara yang mengetuai rundingan damai Asia Barat.
Thursday, May 20, 2010
PENJARA PALING MEWAH DI DUNIA
*Gambar menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai USD1.4 juta (RM4.4 juta). Pembinaan penjara bernilai USD22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.
Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.
Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.
Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.
"Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.
Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka.
PELUKIS KARTUN SINDIR NABI MUHAMMAD BERASA TAKUT
*Gambar : Lars Vilks.STOCKHOLM – Seorang pelukis Sweden, Lars Vilks, yang bertanggungjawab melukis gambar Nabi Muhammad (saw) bersama badan seekor anjing sehingga menaikkan kemarahan umat Islam menyatakan dia berasa tidak selamat semasa berada di rumahnya pada waktu malam.
Dia membuat kenyataan itu seminggu selepas diserang oleh seorang lelaki semasa dia sedang menyampaikan syarahan di sebuah universiti di negara berkenaan.
Vilks berkata, dia mula tidur di kawasan lain selepas terdapat satu percubaan untuk membakar rumahnya baru-baru ini di Nyhamslage, selatan Sweden. Laman webnya turut digodam oleh penggodam.
Vilks berkata, dia memutuskan untuk tidur di tempat lain sebagai langkah berjaga-jaga mengenai keselamatannya.
“Semasa waktu siang, saya tidak fikir berlaku situasi berbahaya kerana saya boleh menjaga diri saya sendiri,” kata Vilks.

Wednesday, April 28, 2010
DEDAH PAYU DARA PUNCA GEMPA BUMI - ULAMA IRAN
*Gambar : Ayatullah Kazem Sadeqi (Ulama Iran).Isu payu dara tiba-tiba 'meledak' di laman sembang Facebook, apabila seorang penulis blog wanita menggesa 'rakan sejantina' membuktikan dakwaan ulama Iran, Ayatullah Kazem Sadeqi yang berkata wanita seksi dan perbuatan mendedahkan buah dada sebagai punca gempa bumi, adalah salah.
Ketika pengguna internet melayari laman rasmi dikenali 'Boobquake', gempa bumi 6.5 skala Richter yang melanda Taiwan, mencetuskan jenaka online, di kalangan pelayar internet, apabila mereka bertanya sama ada ia adalah bukti kenyataan ulama berkenaan.
Lebih 55,000 orang menyokong laman Boobquake nukilan Jennifer McCreight yang menyifatkan dirinya seorang pejuang wanita yang lantang bersuara dan tidak beragama, menunjukkan gambar payu daranya yang besar.
“Tidak, gempa bumi Taiwan belum lagi menunjukkan kesan ketara. Jika kita dilanda gegaran pada kekuatan yang sama sehingga esok, mungkin kita terpaksa terima pendapat ulama itu ,” kata pelajar senior kolej itu ketika mengemaskini blognya.

McCreight yang tinggal di Indiana, Amerika Syarikat, menggunakan laman sembang sosial Twitter untuk mendapatkan pandangan wanita seluruh dunia untuk menguji sejauh mana kebenaran dakwaan ulama itu bahawa wanita seksi boleh menyebabkan ‘bumi bergegar’.
“Ramai wanita zaman ini tidak memakai pakaian yang sopan sehingga menyebabkan ramai lelaki ‘sesat jalan’ dan mencemar kesucian diri, menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat dan meningkatkan jumlah kejadian gempa bumi,” kata Sadeqi baru-baru ini.
Friday, April 9, 2010
SAINTIS NUKLEAR IRAN BERPALING TADAH KE AMERIKA SYARIKAT
WASHINGTON - Seorang saintis nuklear Iran yang dilaporkan hilang sejak musim panas tahun lalu sebenarnya telah berpaling tadah ke Amerika Syarikat, lapor rangkaian televisyen ABC baru-baru ini.Laporan itu menyatakan saintis berkenaan, Shahram Amiri kini tinggal di Amerika Syarikat dan sedang membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjejaskan program nuklear Iran.
Shahram, yang bekerja di Universiti Malek Asytar di Teheran, Iran hilang Jun tahun lalu semasa mengerjakan haji di Mekah.
Memetik sumber-sumber perisikan, stesen televisyen ABC menyatakan, kehilangan pakar nuklear itu sudah lama dirancang oleh CIA yang memujuknya supaya belot.
Agensi CIA dilaporkan mendekati Shahram di Iran melalui orang tengah yang menawarkan peluang penempatan semula kepadanya bagi pihak pemerintah Amerika Syarikat.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, beliau berharap sekatan antarabangsa ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu dapat dilaksanakan pertengahan bulan ini.
Saturday, February 6, 2010
ADA APA DENGAN 'KEMESRAAN' ?
Ada Apa Dengan 'Kemesraan' & 'Aku' ?Kalian menyatakan 'Kemesraan' itu keterlaluan,
Kalian merasakan 'Kemesraan' itu tidak berlandaskan keadilan,
Kalian meluahkan 'Kemesraan' itu merosakkan 'iman',
Kalian mengungkapkan 'Kemesraan' itu menggoncang kedamaian.....
Ada Apa Dengan 'Kemesraan' Dan 'Kalian'?
Kemesraan itu kalian bilang :
Mengubah jiwa,
Menyiksa batin,
Merosak sanubari,
Meruntuh akhlak,
Menzalimi saudara seagama.....
Ada Apa Dengan 'Kemesraan' dan 'Aku' ?
Ianya adalah sifatku,
Ianya adalah naluriku,
Ianya adalah keinginanku,
Ianya adalah ibadahku,
Ianya adalah kebahagianku,
Sungguh..... 'Kemesraan' itu adalah diriku.
Wahai 'Kalian' ! Ada apa dengan 'Kemesraan' & 'Aku'?
Apakah 'Kemesraaan' akan membawa diriku ke 'Wail' Ilahi ?
Apakah 'Kemesraan' akan menggiring tubuhku ke 'Jahannam' Ilahi ?
Apakah 'Kemesraan' akan menjamin kalian menuju Firdausi Ilahi ?
Yang pasti ternyata, 'Kemesraan' dan 'aku' tidak menzalimi yang AZALI.
Hakikatnya, 'Kemesraan dan 'Aku' berada di bawah naungan 'Arasy Ilahi',
Jadi,
Ada Apa Sebenarnya Dengan 'KEMESRAAN' & KALIAN ?????
Nukilan : Hanoona, 6 Feb 2010
AMR MOUSSA - SERANGAN KE ATAS IRAN BERERTI MENEMPAH NERAKA
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa dalam sebuah kenyataannya minggu lalu di Paris menepis kemungkinan serangan Zionis Israel ke atas Iran.Tegasnya, "Berdasarkan pertimbangan akal, baik dari segi strategi mahu pun teknikal, adalah lebih baik tidak ada sebarang pihak yang cuba melancarkan serangan ketenteraan atau mencari nahas."
Menurutnya, ketika ini kita sedang menghadapi pelbagai isu politik, agama serta perkauman yang sangat pelik dan serangan terhadap Iran sama saja dengan menempah neraka.
"Ungkapan perang terhadap Iran tidaklah mudah dan tidak akan ada kata sepakat dalam hal ini, kerana api yang dinyalakan dalam peperangan ini kemungkinan bakal membakar seluruh rantau ini. Tidak ada pihak yang boleh beranggapan bahawa Iran hanya akan membisu di hadapan serangan ketenteraan ke atasnya. Setiap pihak memiliki kekuatan masing-masing."
Menyentuh tentang kemungkinan peranan Iran di Yaman, Moussa mengatakan, "Ada berbagai masalah antara negara-negara Arab dan Iran yang perlu dibahaskan kerana jika keadaan ini berlarutan dalam suasana tegang, ia akan memberikan kesan yang amat negatif dan Liga Arab berulangkali menyeru dialog di antara kedua belah pihak. Sudah sekian lama Yaman menghadapi berbagai masalah yang rumit namun di samping berbagai krisis yang ada, negara-negara Barat hanya campur tangan ketika al-Qaeda aktif di negara tersebut."
Di samping itu, Moussa turut menyifatkan Turki dan Iran memiliki peranan dan pengaruh politik paling aktif di rantau Timur Tengah. Menurutnya, Turki cenderung bersikap kompromi sementara Iran lebih menuju ke arah politik garis keras. Namun peranan keduanya tidak dapat dimungkiri dalam menyelesaikan masalah serantau.
Sunday, January 10, 2010
AKHBAR 'HAARETZ' MERAGUI KEMAMPUAN ISRAEL UNTUK HADAPI HIZBULLAH & HAMAS
Akhbar Israel, 'Haaretz' meragui kemampuan Israel untuk menyerang para pejuang di Palestin dan Lebanon. Akhbar tersebut dalam edisi terbarunya menyentuh ketidakmampuan Israel dari aspek ketenteraan untuk membendung serangan roket daripada pihak Hamas dan Hizbullah. Menurut 'Haaretz' lagi, "Dalam situasi seperti ini, rakyat Israel tidak boleh mempercayai kenyataan para pegawai Tel Aviv tentang kemampuan hebat mereka untuk mewujudkan peperangan baru ke atas para pejuang di Palestin dan Lebanon."
'Haaretz' turut mengulas, "Meskipun Badan Keselamatan Israel menjangka akhir tahun 2010 sebagai waktu terbaik untuk menyerang para pejuang tersebut, namun melihat kepada ketidakmampuan Israel dalam menangkis serangan roket mereka, maka Tel Aviv tidak diyakini memiliki kesediaan dan kemampuan yang memadai untuk mencipta peperangan baru."

Friday, November 13, 2009
JAIS TOLAK 7 PENCERAMAH WAHABI?
Tujuh ilmuan Islam yang tidak diberikan tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) beberapa bulan lalu dipercayai kerana mereka disyaki membawa aliran Wahabi dan dekat dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Penolakan terhadap permohonan ketujuh-tujuh mereka, selepas diwawancara sebelum bulan Ramadhan lalu, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan. Soalan-soalan tiga pegawai JAIS yang menemuduga mereka menjurus kepada usaha menyelidik sikap mereka terhadap beberapa isu fekah dan akidah yang boleh dikaitkan dengan aliran Wahabi. Soalan-soalan itu, antaranya, isu lafaz niat solat, marhaban dibolehkan atau tidak, aliran teologi asy-Asy'ari dan perdebatan isu 13 sifat-sifat Allah yang menjadi pengetahuan umum bagi para penganut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Ketujuh-tujuh diwawancara pada hari yang sama setelah permohonan mereka untuk mendapatkan tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disokong oleh ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. Menurutnya, pada 19 Ogos lalu, JAIS mengeluarkan surat menolak permohonan tauliah mengajar atau berceramah kepada tujuh pemohon ini.
Dalam persidangan DUN Selangor baru-baru ini, wakil rakyat PAS itu mendedahkan nama tujuh penceramah agama tersebut, yang dipercayai daripada aliran pemikiran agama yang sama iaitu Fathul Bari Mat Jahya - kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Khairi Anwar Abdul Latif - BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Razak Mutalib - BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Muzairi Mustafa - BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat Sarjana, Fathlan Mohd Osman - BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA, Dr Azwira Abd Aziz - BA (Univeristi Madianah) MA (Universiti Madinah), PhD (Universiti Jordan), Ketua Jabatan al-Quran dan Sunnah di UKM, Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi - BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA).
Saari, mantan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), mencadangkan anggota majlis fatwa dan ahli akademik ini dikecualikan daripada tauliah seperti diperuntukkan dalam bahagian kesembilan Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008. Dalam ucapan sama, beliau mendedahkan Fathul Bari pernah ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah tiga tahun lalu.
Fathul Bari, anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin dan Dr Azwira, ahli Majlis Fatwa Perlis yang pernah dicalonkan untuk memegang jawatan Mufti di negeri itu, dikenali rapat dengan Dr Mohd Asri. Bekas Mufti Perlis yang kontroversi itu sering dikaitkan dengan aliran Wahabi walaupun beliau berkali-kali menafikannya. Penangkapannya awal bulan ini dan pendakwaannya di mahkamah minggu depan, atas kesalahan mengajar tanpa tauliah turut membangkitkan semula isu Wahabi.
Dr Azwira juga terlibat dalam Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM), kumpulan untuk membela Dr Mohd Asri yang turut disertai bekas Menteri Besar Perlis dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim. KIMM mengemukakan lapan tuntutan, antaranya:
1-Meminta layanan yang adil kepada semua pendakwah tanpa prasangka seperti menolak permohonan tauliah dan ceramah tanpa sebab.
2-Meminta supaya dibuang senjata tuduhan Wahabi kepada golongan agama atau tokoh agama hanya kerana berbeza pendapat.
3-Mendesak stigma negatif terhadap aliran Wahabi, yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan juga ulama-ulama lain dari Arab Saudi dihentikan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Ahmad Zaki Arshad menafikan ketujuh-tujuh ilmuan Islam ditolak tauliah mereka kerana disyaki beraliran Wahabi. Jelasnya, permohonan itu ditolak kerana ia dibuat tanpa mengikut "prosedur mengisi borang" yang tepat, antaranya, ia seharusnya disokong oleh Ketua Jabatan jika kakitangan awam, Penghulu atau Ketua Pegawai Eksekutif jika bekerja swasta. Permohonan melalui ADUN tidak mengikut peraturan, tambahnya.
Friday, October 9, 2009
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM
Ilmu merupakan salah satu nilai luhur yang dibawa oleh ajaran Islam dan yang tegak di atasnya kehidupan manusia, baik secara moral maupun material, duniawi mahupun ukhrawi. Islam menjadikannya sebagai jalan menuju keimanan dan yang memotivasi amal. Nikmat ilmulah yang menyebabkan manusia diberikan amanah oleh Allah sebagai 'khalifah' di atas mukabumi ini. Sesungguhnya Islam adalah agama ilmu dan al-Quran adalah kitab ilmu. Ayat al-Quran yang pertama sekali turun kepada Rasulullah (saw) adalah "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu."(surah al-'Alaq,ayat:1)
Membaca adalah kunci untuk memahami ilmu dan al-Quran merupakan "Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang berilmu."(surah al-Fushshilat,ayat:3)
Al-Quran telah menjadikan ilmu sebagai asas dan kayu ukur kemuliaan di kalangan manusia.
Allah (swt) berfirman: "Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?."(surah az-Zumar,ayat:9)
Sebagaimana juga al-Quran telah menjadikan 'ahlul ilmi'(ahli ilmu) sebagai syuhada' (orang-orang yang bersaksi) terhadap keesaan Allah bersama para Malaikat. Firman Allah (swt): "Allah telah bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,(demikian pula) para Malaikat dan orang-orang yang berilmu, yang menegakkan keadilan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(surah Ali 'Imran,ayat:18)
Demikian juga 'ahlul ilmi' adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah (swt) dan bertaqwa kepadaNya. FirmanNya: "Sesunggungnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu ('ulama)."(surah Fathir,ayat:28)
Maka tidak ada yang takut kepada Allah kecuali orang-orang yang bermakrifat kepadaNya. Allah (swt) itu boleh dikenal melalui tanda-tanda kekuasaanNya dan rahmatNya kepada para makhlukNya. Oleh kerana itu, secara umumnya masalah ini dimasukkan dalam perbahasan tentang alam semesta, sebagaimana firmanNya:
1-"Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah telah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka ragam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat. Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu ('ulama). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."(surah Fathir,ayat:27-28)
2-"...Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu."(surah al-Baqarah,ayat:282)
Rasulullah (saw) bersabda: "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap lelaki dan perempuan."(al-Majlisi,Bihar al-Anwar, Jilid 1,ms 177)
Menurut Islam, menuntut ilmu itu adalah suatu bentuk ibadah yang agung yang mampu membawa pelakunya ke syurga. Namun, tujuan di sebalik menuntut ilmu itu adalah lebih utama dari menuntut ilmu itu sendiri.
Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Ilmu itu ada tiga bahagian: pemahaman dalam agama, pengetahuan tentang kesihatan tubuh badan dan kemampuan dalam mengendalikan lidah ketika berbicara."(Kunuz al-Hikmah,ms 365)
Mencari ilmu dengan niat yang ikhlas, demi mencapai keredhaan Allah dan berbakti kepada makhlukNya, bakal membawa seseorang itu menuju ke syurga dan ditemani oleh para Anbiya' dan Auliya'.
Nabi (saw) bersabda: "Dunia ditegakkan dengan 4 perkara: orang berilmu yang mengamalkan ilmunya, orang bodoh yang tekun belajar, orang kaya yang tidak bakhil dengan kebaikan dan orang fakir yang tidak menjual akhiratnya."
Imam Ali ar-Ridha (as) bersabda: "Sahabat setiap orang adalah kearifannya dan musuhnya adalah kejahilannya."(Ushul al-Kafi,Jilid:1,ms:11)
Nabi (saw) bersabda: "Ketahuilah bahawa ilmu itu lebih baik dari amal. Seorang alim ialah yang mengamalkan ilmunya meskipun sedikit."(Madinah al-Balaghah,Jilid:1,ms:106)
Nabi (saw) bersabda: "Manusia yang paling lapar adalah orang yang mencari ilmu, manusia yang paling kenyang adalah orang yang tidak mahu mencarinya."(Kanz al-Ummal,no:28932)
Sebaliknya, menuntut ilmu demi untuk tujuan peribadi, bermegah-megah atau memiliki tujuan-tujuan duniawi hanya menjerumuskan seseorang itu ke lembah kehancuran, kejahilan, kerosakan dan akhirnya akan membawa seseorang itu ke neraka.
Nabi (saw) bersabda: "Sesiapa yang mempelajari ilmu untuk dipamerkan, kebanggaan dan duniawi, Allah akan menghilangkan keberkatannya, menyempitkan hidupnya dan membiarkannya sendirian."(Wahj al-Balaghah)
Nabi (saw) bersabda: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, ia akan lebih banyak merosak daripada memperbaiki."(Wahj al-Fashahah)
Imam Ali bin Ali (as): "Orang yang paling celaka ialah orang yang dikenal ilmunya tapi tidak dikenal amalnya."(Ghurar al-Hikam)

Kelebihan Menuntut Ilmu :
Nabi Muhammad (saw) bersabda: "Mereka yang melangkah di jalan pencarian ilmu, Allah akan membawanya terus ke jalan syurga. Sesungguhnya, para Malaikat merasa gembira menebarkan sayap mereka untuk menaungi para pencari ilmu, bahkan seluruh makhluk termasuk ikan di laut memohon keampunan buat para pencari ilmu. Kedudukan orang yang alim ke atas orang yang 'abid(ahli ibadah) adalah seperti kelebihan bulan purnama ke atas bintang-bintang pada malam bulan purnama. Para ulama' adalah pewaris para Anbiya' kerana para Anbiya tidak meninggalkan kekayaan tetapi ilmu pengetahuan. Maka beruntunglah mereka yang menelusuri di jalan ini."(al‑Kulaini,al‑Kafi,Jilid:1,kitab fadl al‑'ilmi,hadith:1)
Ciri-ciri Orang Yang Berilmu :
Ilmu apabila diraih dan diamalkan dengan tulus dan ikhlas kerana Allah, mampu mengubah seseorang itu menjadi 'manusia malaikat' yang mana amalan dan ucapannya adalah manifestasi alam yang tinggi.
Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Wahai para pencari ilmu! Ilmu itu memiliki banyak keutamaan. Jika anda membayangkan ilmu sebagai manusia, kepalanya adalah kerendahan hati, matanya adalah kebebasan dari dengki, telinganya adalah kefahaman, lidahnya adalah kebenaran, ingatannya adalah pemikiran, hatinya adalah niat yang tulus, kebijaksanaannya adalah ilmu (ma'rifat) akan segala sesuatu, tangannya adalah kasih sayang, kakinya adalah perjalanan kepada ulama', azamnya adalah kejujuran, hikmahnya adalah kewarakan, gerakannya adalah menuju keselamatan, nakhodanya adalah tingkah yang baik, tunggangannya adalah keimanan, senjatanya adalah bicara yang sopan, pedangnya adalah keredhaan, busurnya adalah tolak ansur, tenteranya adalah musyawarah dengan ulama', kekayaannya adalah akhlak yang terpuji, simpanannya adalah menjauhi dosa, perniagaannya adalah sifat-sifat baik, minumannya adalah kelembutan, ikutannya adalah petunjuk Tuhan dan temannya adalah cinta kepada yang terpilih."(al‑Kulaini,al-Kafi,kitab fadl al-‘ilmi,bab al‑nawadir,hadith:3)
Nabi (saw) pernah ditanya: "Apakah ilmu?," baginda (saw) menjawab, "Diam," baginda (saw) ditanya lagi, "Kemudian?," baginda (saw) menjawab, "Mendengar dengan penuh perhatian," baginda (saw) ditanya lagi, "Lalu?," baginda (saw) menjawab, "Mengamalkan apa yang dipelajari," baginda (saw) ditanya lagi, "Setelah itu?," baginda (saw) menjawab, "Menyebarkannya."(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:28)
Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Tiga tanda orang berilmu: Ilmu, Sabar dan Diam."(Ibid, Jilid:2,ms:59)

Larangan Menuntut Ilmu Untuk Tujuan Duniawi :
Menurut ajaran Ahlul Bait (as), adalah dilarang bagi seseorang itu menuntut ilmu untuk tujuan duniawi mahupun peribadi.
Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Janganlah mencari ilmu kerana 4 sebab berikut:
1. Untuk membangga diri di hadapan orang yang alim,
2. Untuk berdebat dengan orang yang jahil,
3. Untuk mempamerkan diri kepada manusia,
4. Untuk menarik perhatian manusia demi menjamin kedudukan."(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:31)
Seseorang yang berminat mencari ilmu, sebagai langkah permulaan, perlu menjalani proses penyucian jiwa (Tazkiyah an-Nafs), mencambahkan taqwa di dalam jiwanya, membebaskan dirinya dari niat yang tidak baik dan tidak benar, bertujuan duniawi serta sentiasa bermuhasabah diri. Harus diingat bahawa takut kepada Allah adalah ciri khusus para ulama' dan barangsiapa yang tidak memiliki ciri-ciri ini, ia dianggap berada di luar lingkungan mereka yang berilmu tanpa mempedulikan apapun kelebihan ilmu yang ia miliki.
Pada setiap langkah menuntut ilmu, seseorang itu haruslah memperbanyakkan meditasi dan merenung tujuan utama ia mencari ilmu. Bertanyalah kepada diri sendiri, mengapa kita menuntut ilmu? Adakah ianya bertujuan untuk menjamin kedudukan jawatan dan pangkat, bersaing dengan orang lain, meraih ganjaran duniawi atau status sosial? Apakah ilmu yang kita pelajari itu dicari semata mata untuk mengharapkan pujian dari orang lain? Atau adakah ianya demi mencari keredhaan Allah (swt) dengan berbakti kepada makhlukNya?
Ilmu yang diraih seharusnya menjadikan kita lebih berakhlak, ikhlas dalam perbuatan dan membuatkan kita semakin mencintai dan takut kepada Allah. Ilmu yang tidak disertai oleh tindakan dan perbuatan yang baik bukanlah ilmu dalam ertikata yang sebenar. Ilmu yang terbatas semata mata pada kata-kata dan tidak digunakan untuk berkhidmat kepada makhluk Allah adalah serendah-rendah ilmu dan akan hilang bersama berlalunya masa.
Perhatikanlah tingkah laku kita sepanjang menuntut ilmu. Adakah ianya membuatkan kita semakin rendah hati dan sabar terhadap orang lain? Atau adakah ianya menjadikan kita semakin angkuh, bangga diri dan suka berdebat? Adakah dengan ilmu yang kita cari, menjadikan kita sulit menerima kebenaran dan mengakui kesalahan? Adakah kita memusuhi mereka yang lebih berilmu dari kita?
Imam Ali bin Abi Thalib (as) berkata: "Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukkan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil sentiasa memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menuntut ilmu supaya kita dapat hidup selamanya kerana pada hakikatnya, manusia itu semuanya mati sedangkan orang-orang yang berilmu akan terus hidup."

Monday, October 5, 2009
SAYA BUKAN WAHABI - DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi Mufti Perlis. Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman Wahabi juga tidak sama dengan 'Sunnah Perlis' yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang. 'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya lagi.
"Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku tokoh Wahabi seperti Syeikh Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk. Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal," katanya.
Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan istilah 'Wahabi' bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain. Dr Mohd Asri turut menjelaskan, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah 'Kaum Muda'. Katanya, gerakan pembaharuan 'Kaum Muda' dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Syeikh al-Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957. Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita.
Beliau berpendapat, pendekatan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab di Arab Saudi pada tahun 1701 tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia kerana cirinya yang keras, akibat 'situasi padang pasir' ketika itu.

“Di Barat, Wahabi ini selalu dikaitkan dengan keganasan,” jelas beliau yang dilantik sebagai ahli Majlis Agama Islam Perlis baru-baru ini. Ditanya kenapa perdebatan agama di Perlis hanya melibatkan isu-isu kecil fekah semata-mata, Dr Mohd Asri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tidak banyak tokoh-tokoh besar Kaum Muda di negeri itu.
“Mungkin kita banyak tokoh-tokoh kecil di Perlis. Bukan hendak kata mereka salah. Tetapi tokoh-tokoh kecil ini melihat perkara-perkara yang kecil. “Sebab itu, waktu saya dulu (ketika jadi Mufti), saya cuba menimbulkan isu-isu yang lebih besar dan sejagat,” jelasnya.
Perdebatan agama sentiasa tercetus di Perlis apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.
Pada 7 Oktober 2008, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat 'tidak selesa dengan permainan politik' oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya. Tempatnya itu digantikan oleh Timbalan Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya yang dikatakan mempunyai pandangan agama yang sealiran dengannya.
Friday, October 2, 2009
IMAM MASJID BUKAN WAHABI DITUKAR DI PERLIS?
Arahan pertukaran beberapa orang Imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai 'Wahabi'. Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafi'i dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum. Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman ‘Sunnah Perlis'; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan basmalah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafi'i.
Walaupun Perlis menerima ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi'(baca: Wahabi) dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Bagaimanapun, sehingga ini difahamkan sebahagian besar atau 65% daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan ‘Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafi'i.
Dua orang Imam di sebuah masjid di Kangar iaitu Masjid al-A'la Behor Temak yang tidak mengamalkan fahaman ‘Sunnah Perlis' telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.
Menurut sumber, fahaman ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis. Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang, Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.
Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandatangani oleh Pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula Imam di Perlis.

"Sekarang mereka mula dengan Masjid al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya. "Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.
Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini. Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan 'fatwa' supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan Imam masjid. Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga Imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.
Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs.
Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO, Institut Sunnah Perlis telah dikaitkan dengan usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.
Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania. Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957. Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah, tokoh kontroversi pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad (saw), yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dalam Islam.
Monday, September 7, 2009
REMAJA MURTAD CETUS PERBALAHAN DI FLORIDA
*Gambar: Rifqa memasuki mahkamah Florida di Orlando. Gambar kecil menunjukkan ibu Rifqa, 'Aisha, menangis dalam mahkamah melihat anaknya.ORLANDO: Seorang remaja perempuan Muslimah yang lari dari rumah dan murtad untuk memeluk agama Kristian mencetuskan perebutan hak penjagaan di mahkamah Florida di antara muballigh Kristian dan keluarga Islam remaja itu. Kes membabitkan hak penjagaan remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Sri Lanka itu akan diputuskan di mahkamah Florida.
Kumpulan muballigh Kristian terbabit menganggap kes itu membabitkan isu kebebasan beragama, manakala kumpulan Islam berkata ia hanyalah masalah keluarga. "Kami kesal (kes ini diperbesarkan) kerana ia hanyalah satu masalah keluarga,” kata Pengarah Pusat Islam Orlando,” Imam Tariq Rasheed. "Cara ia dipaparkan media lebih mirip kepada usaha memburukkan Islam dengan memberi gambaran negatif mengenai agama ini,” katanya.
Remaja berkenaan, Rifqa Mohamed Bary, meninggalkan keluarganya di Ohio Julai lalu dan pergi ke Orlando untuk memeluk agama Kristian. Rifqa yang kini tinggal di rumah keluarga seorang paderi berkata beliau bimbang tentang keselamatannya jika pulang ke pangkuan keluarganya. Bagaimanapun, bapa remaja itu berkata anak perempuannya itu tidak perlu bimbang kerana beliau bebas untuk mengamalkan agama barunya. Katanya, keluarga itu hanya mahu remaja itu pulang. Aktivis Kristian di Florida sedang melancarkan kempen untuk membenarkan remaja itu tinggal di negeri itu dengan menyatakan ia membabitkan isu kebebasan beragama kerana mereka mendakwa al-Quran memerintahkan hukuman mati terhadap mereka yang murtad.
Kumpulan Islam menafikan hujah berkenaan. "Tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran yang menghalang seseorang daripada menggunakan haknya untuk memilih agama yang dianutinya. Juga tidak disentuh mengenai hukuman terhadap orang yang murtad,” kata Imam Rasheed.

Seorang Profesor Madya dalam bidang agama di Universiti Florida, Gwendolyn Zoharah Simmons, berkata isu itu mungkin berpunca daripada kebimbangan yang tidak rasional di kalangan mereka yang tidak memahami Islam. Menurutnya, "Apa yang lebih memalukan dalam isu ini ialah mereka yang sepatutnya lebih berilmu dan mempunyai nilai yang tinggi, sanggup menggunakan tanggapan salah untuk memperdayakan yang jahil dan menggalakkan keganasan.”
PENDUDUK UIGHUR TIDAK DIGALAKKAN BERPUASA
URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan notis tidak menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan. Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang menempatkan penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa mereka tidak mematuhi amalan agama ketika Ramadan. "Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak berkuasa sebagai 'sagu hati daripada kerajaan' atau elaun sara hidup ditawarkan dalam jabatan dan syarikat tempatan. Bagaimanapun, ia sebenarnya satu usaha mengenal pasti siapa yang berpuasa," kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Dunia Uighur. Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang dipaksa menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau melaksanakan aktiviti agama yang lain. Buat pertama kali, operasi berkenaan diperluas kepada ahli Parti Komunis bersara. Pekerja sedia ada dikehendaki melawat mereka untuk menggalakkan mereka tidak berpuasa. Pemilik restoran juga didakwa diarah membuka perniagaan ketika Ramadan atau lesen perniagaan dibatalkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)