Showing posts with label Iran dan USA. Show all posts
Showing posts with label Iran dan USA. Show all posts

Monday, November 3, 2008

MOHSEN REZAEI : IRAN NEGARA PENTING DI TIMUR TENGAH DAN DUNIA

Setiausaha Majlis Penentu Dasar Nasional Iran, Mohsen Rezaei mengatakan Iran merupakan negara yang penting di rantau Timur Tengah dan dunia dari aspek politik, keselamatan, ekonomi dan ideologi. Berikut adalah hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh beliau :
  1. Isu Iran turut mempengaruhi kempen para calon Presiden Amerika Syarikat yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi.
  2. Iran memainkan peranan yang penting dalam penentuan dasar luar negara Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, tidak ada masalah di rantau Timur Tengah yang berjaya diselesaikan tanpa penyertaan Tehran.
  3. Contoh lain yang nyata adalah isu Palestin. Tanpa penglibatan Tehran, masalah di negara tersebut tidak mungkin akan dapat diselesaikan.
  4. Di rantau Teluk Parsi, Iran juga menjadi penentu. Ketika minyak dan tenaga menjadi satu isu baru yang kembali menonjol, Iran berperanan penting dalam menyelesaikan isu tersebut.
  5. Di Afghanistan dan Iraq, peranan Iran juga tidak boleh dilupakan kerana tanpa kehadiran Tehran, perdamaian di kedua negara itu tidak mungkin akan dicapai dengan mudah.
  6. Bukti lain yang menunjukkan kepentingan Iran adalah rundingan di antara Iran-Amerika Syarikat berkaitan isu keselamatan di Iraq dan permohonan Washington terhadap Tehran untuk membantu memulihkan kestabilan dan keselamatan di Baghdad.

Thursday, October 30, 2008

AHMADINEJAD : AMERIKA CUBA GLOBALKAN KRISIS EKONOMI NEGARANYA







Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Amerika Syarikat sebagai punca krisis ekonomi di seluruh dunia ketika ini. "Krisis ini terjadi akibat tindakan Amerika dan negara-negara Barat selama ini ke atas negara-negara lemah, sikap menjauhi ajaran Tuhan dan pengabaian akhlak. Sekarang ini yang berlaku sebenarnya bukan krisis ekonomi global tetapi adalah krisis ekonomi Amerika Syarikat. Di Amerika kini terdapat 80 juta orang rakyatnya yang hidup di bawah paras kemiskinan," kata Ahmadinejad di kota Khorramabad, Wilayah Larestan, di bahagian barat Iran.
"Setelah kegagalan politik di Iraq dan Afghanistan, dasar-dasar luar Amerika yang mengelirukan turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi mereka sendiri," kata Ahmadinejad dalam pidato yang disiarkan secara langsung oleh televisyen Iran ke seluruh negara.
Katanya, "Hasrat Amerika dan negara-negara Barat atas dasar hegemoni telah menyebabkan terjadinya krisis ekonomi dunia ketika ini. Amerika adalah punca segala kerosakan di dunia dan tidak ada jalan keluar dari semua masalah tersebut kecuali kembali ke jalan spiritual, akhlak dan keadilan."
Beliau turut mengingatkan kepada negara-negara membangun bahawa Amerika kemungkinan besar akan berusaha untuk menggantikan kerugian besar ekonominya dengan melaksanakan dasar-dasar imperialisme baru.
Tegasnya lagi, "Iran akan terus berusaha ke arah menghentikan agenda jahat Amerika dan negara-negara Barat untuk mengekspoitasi negara-negara lain untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang mereka hadapi."
Beliau turut mengecam Bank Dunia yang menolak permohonan pinjaman dari negara-negara dunia ketiga, padahal ia dengan mudah menyerahkan bantuan kewangan yang amat besar kepada negara-negara Barat yang telah maju.