Showing posts with label Iran...11 Nov 2008. Show all posts
Showing posts with label Iran...11 Nov 2008. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

QASHQAVI : SURAT AHMADINEJAD KEPADA OBAMA BUKTI KEMAMPUAN DIPLOMASI IRAN

Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran, Hassan Qashqavi mengatakan, negara-negara barat perlu mengakui bahawa Iran tidak berhasrat untuk memiliki senjata nuklear. Beliau berkata demikian di hadapan para mahasiswa di Tehran baru-baru ini. Tegasnya, "Aktiviti nuklear Iran adalah semata-mata untuk tujuan yang murni. Kejayaan Iran menguasai teknologi nuklear telah memadamkan pujian melangit oleh negara-negara barat selama 60 tahun terhadap rejim zionis Israel yang didakwa sebagai sebuah kekuatan dalam menghadapi ummat Islam."
Beliau turut menambah, "Surat Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad kepada Presiden Amerika Syarikat yang baru terpilih, Barack Obama menjadi bukti terhadap kemampuan diplomasi Iran. Semangat surat itu ditujukan khusus kepada barisan kepemimpinan Amerika Syarikat dengan membawa pesanan bahawa sekiranya mereka ingin melakukan perubahan, Iran sentiasa bersedia untuk membantu. Kemampuan diplomasi Iran kini sudah mencapai tahap yang amat tinggi sehingga tidak boleh lagi dipandang sebelah mata."
Jelasnya lagi, Sokongan Republik Islam Iran terhadap Lebanon dan Palestin adalah bersifat 'maknawi'. Iran juga menurutnya, tidak akan campur tangan dalam urusan dalam negara Iraq, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan penandatanganan 'Perjanjian Keamanan' antara Iraq dan Amerika Syarikat.

IRAN KUKUHKAN SISTEM PERTAHANANNYA UNTUK HADAPI ANCAMAN SERANGAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL

Angkatan Tentera Udara Republik Islam Iran telah mempamerkan peluru berpandu pintarnya yang bernama 'Qased' (sasaran) seberat 2000 paun baru-baru ini.
Menurut Komander Angkatan Tentera Udara Iran, Brigedier Jeneral Ahmad Miqani, "Angkatan Tentera Udara Iran telah berjaya membina 'pertahanan kukuh' bagi mempertahankan setiap inci bumi negara tersebut dari semua bentuk serangan udara pihak musuh dengan menggunakan peralatan moden dan taktik ketenteraan yang unik. Angkatan Tentera Udara Iran sentiasa bersedia untuk mempertahankan ruang udara Iran sekiranya berlaku pencerobohan dari pihak asing. Iran telah mengadakan ujian ke atas peluru berpandunya yang dinamakan 'Shahab-3', yang mampu menjangkau sasaran pada jarak 2,000 km dan menegaskan bahawa kemampuan peluru berpandunya itu adalah merupakan 'alat pertahanan dari sebarang ancaman serangan'."