Showing posts with label Israel...21 Mac 2009. Show all posts
Showing posts with label Israel...21 Mac 2009. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

PEMBUNUHAN GAZA ADALAH PERANG SUCI YAHUDI

*Gambar : Seorang kanak-kanak Pelestin duduk di atas runtuhan bangunan setelah ia musnah dibedil tentera Israel di Gaza Januari lalu.

BAITULMAQDIS - Paderi-paderi Yahudi memberitahu anggota tentera Israel yang terlibat dalam serangan ke atas Gaza pada Januari lalu bahawa peperangan tersebut adalah perang suci agama untuk menentang orang bukan Yahudi, demikian menurut kenyataan seorang pemerintah tentera.
"Kami orang Yahudi, Tuhan membawa kami kembali ke bumi ini (Palestin) dan kini kami perlu memerangi dan mengusir orang-orang bukan Yahudi yang cuba merosakkan pegangan kami ke atas tanah suci ini," katanya.
Kenyataan oleh pegawai tentera yang menggunakan nama samaran Ram itu disiarkan oleh akhbar Haaretz pada hari kedua ia menyiarkan beberapa pendedahan yang menjerumuskan tentera Israel dalam kontroversi.
Maklumat itu dibocorkan ketika satu pertemuan anggota tentera pada 13 Februari untuk bersama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam perang Gaza. Beberapa veteran perang itu memberitahu, tentera Israel dengan sengaja membunuh orang awam dan kebencian terhadap penduduk Palestin tersemat dalam hati askar-askar rejim Zionis tanpa mengira pangkat.
Kata Ram pula, setiap anggota pasukannya diberikan kitab suci Yahudi dan mereka diberitahu perang ke atas Gaza itu adalah perang suci. Kenyataannya itu bertentangan dengan dasar kerajaan Israel sebelum ini bahawa perang terhadap Palestin bermotifkan politik dan keselamatan. "Kami diberitahu supaya membunuh setiap orang yang kami temui di Gaza, setiap penduduk wilayah itu ialah pengganas," kata seorang lagi anggota tentera.

Friday, April 3, 2009

ISRAEL SIASAT PEMBUNUH ORANG AWAM PALESTIN

BAITULMAQDIS - Tentera Israel mengarahkan satu siasatan dijalankan selepas menerima laporan daripada askar-askarnya yang mendakwa ada tentera Israel membunuh penduduk awam Palestin termasuk kanak-kanak dengan melepaskan tembakan rambang semasa melancarkan serangan ke atas Gaza.
Kenyataan tersebut yang disiarkan melalui buletin institut ketenteraan, mengulangi dakwaan rakyat Palestin selain untuk memuaskan hati kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa Israel mencabul undang-undang perang.
Askar-askar turut dilapor melakukan kerosakan sewenang-wenangnya ke atas harta benda penduduk awam. Dakwaan tentera Israel itu dibuat semasa kursus persediaan ketenteraan bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftar di institut itu.