Showing posts with label Isu Al-Quds. Show all posts
Showing posts with label Isu Al-Quds. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

IRAN KUTUK PEMBINAAN 'SYNAGOGUE' YAHUDI DI MASJID AL-AQSA



Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran, Hassan ‎Qashqavi mengutuk keras langkah regim Zionis Israel yang merancang untuk membina 'Synagogue' (rumah ibadat Yahudi) berhampiran Masjid al-Aqsa. Beliau turut mengingatkan kesan buruk dari langkah tersebut. Projek tersebut dilancarkan baru-baru ini selepas operasi pemulihan selesai dijalankan yang dibiayai sepenuhnya oleh masyarakat Yahudi di Ukraine.
Tegasnya, "Ketika ini Israel sedang berusaha untuk mengubah sejarah, mazhab dan susunan ‎masyarakat di Baitul Maqdis. Tehran ‎menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghalang langkah Tel Aviv ‎itu.‎"
Beliau juga menyeru ummat Islam di seluruh dunia supaya sentiasa berwaspada terhadap ‎kelicikan regim Zionis. Katanya, "Israel ketika ini sedang berusaha membina '‎Synagogue' lebih kurang 97 meter dari Masjid Qubbah as-Sakhrah (Dome of the Rock). Jika projek ini terlaksana, maka ‎Masjid al-Aqsa dan Masjid Qubbah as-Sakhrah tidak akan kelihatan lagi. Peninggalan warisan penting Islam itu juga akan turut musnah." ‎

Friday, September 26, 2008

PEMIMPIN HAMAS UCAP TERIMA KASIH KEPADA IRAN

Perdana Menteri pilihan rakyat Palestin, Ismail Haniyeh mengungkapkan penghargaannya di atas sokongan yang berterusan dari Republik Islam Iran terhadap seluruh cita-cita bangsa Palestin. Dalam perutusan khasnya kepada Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei, beliau memuji Imam Khomeini (qs) kerana telah menetapkan hari Juma'at terakhir dalam bulan suci Ramadhan sebagai 'Hari al-Quds Sedunia'. Beliau menganggap sokongan yang berterusan dari Iran terhadap bangsa dan cita-cita Palestin merupakan suatu kegembiraan dan kebahagiaan bagi rakyat Palestin seluruhnya.
Pada hari Juma'at terakhir dalam bulan Ramadhan setiap tahun, ummat Islam di seluruh pelusuk dunia akan memperingati 'Hari al-Quds Sedunia' dengan menganjurkan perarakan dan tunjuk perasaan di jalan raya bagi menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestina.

Thursday, September 25, 2008

RAHBAR : MARI BERGABUNG BERSAMA PERARAKAN HARI AL-QUDS

Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei menyeru ummat Islam di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi 'Hari al-Quds Antarabangsa' secara besar-besaran sempena hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan.
"Negara dan rakyat Iran yang berani dan prihatin terhadap 'hari al-Quds' akan menumpahkan perasaannya di jalanan dan membela hak-hak negara bangsa Palestin yang tertindas bersama-sama dengan ummat Islam di seluruh dunia yang cintakan kebebasan," tegas Rahbar dalam khutbah Juma'at kedua di hadapan jema’ah di kampus Universiti Tehran.
Sambil menganggap isu Palestin sebagai masalah utama serantau, Rahbar mengatakan, "Hari al-Quds memberikan kesempatan kepada dunia Islam untuk meningkatkan tahap kekuatannya dalam menentang penjajah al-Quds yang mulia."
Rahbar turut menjelaskan, "Regim Zionis yang menyerang dan berlaku tidak adil terhadap bangsa Palestin, baik di Gaza ataupun di Tebing Barat, merupakan bukti nyata kelemahan dalaman mereka di samping kekalahan yang memalukan mereka hadapi ketika berhadapan dengan para pejuang Hizbullah dan Palestin."
Katanya lagi, "Kerajaan Hamas di Gaza adalah sebuah kerajaan yang sah dan popular, yang terbentuk melalui pilihanraya umum. Namun, mereka yang kononnya adalah pembela peradaban dan demokrasi menolak kenyataan tersebut bahkan menyokong kejahatan dan kekejaman regim Zionis Israel."
Sambil memuji inisiatif al-Marhum Imam Khomeini (qs) yang mengisytiharkan hari Juma’at terakhir bulan Ramadhan sebagai 'Hari al-Quds Antarabangsa', Rahbar mengatakan, "Insya-Allah, masyarakat Islam di Iran dan negara-negara Islam yang lain akan memberikan perhatian mereka terhadap Palestin dan berusaha membantu kerajaan Hamas dan pembentukan negara Palestin. Allahu Akhbar !!!