Showing posts with label Isu Iran dan AS. Show all posts
Showing posts with label Isu Iran dan AS. Show all posts

Wednesday, October 8, 2008

AHMADINEJAD : AMERIKA TIDAK MAMPU MENGAWAL DIRI

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menyatakan, negara yang mendakwa sebagai reformis dunia kini terbukti tidak mampu untuk mengawal diri mereka. Tegas beliau, "Dakwaan bahawa Amerika adalah penyelamat dunia merupakan suatu pembohongan yang amat nyata dan negara ini tidak mampu untuk mengawal dirinya. Bangsa yang maju adalah bangsa yang bersandar pada kemampuan yang dimilikinya secara mandiri."
Sewaktu berbicara tentang krisis ekonomi yang sedang melanda Amerika, beliau menjelaskan, "Kejahatan kerajaan Amerika sepanjang sejarah merupakan salah satu faktor dari krisis ekonomi tersebut. Pemerintahan yang tidak sah dan berasaskan kezaliman tidak akan sama sekali bertahan lama. Amerika dan sekutunya sejak sekian lama menyebarkan inflasi ke negara-negara lain di dunia. Kini kapasiti dunia untuk menerima eksport inflasi dari Washington telah penuh dan akibatnya Amerika perlu menanggung krisis ekonominya secara bersendirian."
Sewaktu menyentuh berkaitan cadangan 'White House' untuk membuka ibu pejabat bagi melindungi kepentingan Amerika di Iran, Ahmadinejad menyatakan, "Amerika sendiri yang tidak mengambil langkah susulan terhadap cadangan tersebut dan jelas sekali bahawa mereka sedang disibukkan dengan pilihanraya presiden yang akan diadakan dalam waktu yang terdekat serta menanti transformasi terbaru. Kerajaan Amerika pada ketika ini 'terpaksa' menempuh jalan untuk menjalin hubungan yang baik dengan Republik Islam Iran akibat tekanan dan tuntutan rakyatnya berhubung pelbagai dasar luar negara Washington yang mengelirukan selama ini. Sikap Iran terhadap Amerika sangat telus dan tegas di samping mengharapkan hubungan dua hala yang saling menghormati serta adil."
Beliau turut menegaskan, "Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang anti-Iran tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Tehran. Resolusi seumpama itu muncul akibat keterdesakan negara-negara kuasa besar dunia untuk mempertahankan keberadaan mereka di atas muka bumi."

Sunday, September 28, 2008

RAHIM SAFAVI : IRAN NEGARA TERKUAT DAN PALING STABIL DI TIMUR TENGAH



Penasihat Ketenteraan Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Jeneral Rahim Safavi menegaskan bahawa Iran memiliki sistem pemerintahan yang terkuat dan paling stabil di rantau Timur Tengah serta menjadi contoh terbaik dari sudut penentangan terhadap negara-negara kuasa besar yang angkuh.
Jelasnya lagi, "Kemampuan bangsa Iran dalam menghadapi pelbagai ancaman dan penindasan musuh telah terbukti dalam 'Perang Pertahanan Suci' menentang pencerobohan Iraq selama 8 tahun. Kejayaan ini berjaya dicapai berkat bimbingan Imam Khomeini (qs) dan Rahbar serta pengorbanan para syuhada'."
Menurutnya, "Kekalahan Amerika Syarikat di Irak dan Afghanistan membuktikan kelemahan ketara sistem ketenteraan Amerika meskipun secara lahiriahnya kelihatan amat kukuh dan fakta ini telah disedari oleh seluruh masyarakat dunia."

Thursday, September 25, 2008

AMERIKA TIDAK IZINKAN AHMADINEJAD BERKUNJUNG KE LOS ANGELES DAN CALIFORNIA

Kerajaan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan visa kepada Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad dan rombongannya untuk membuat lawatan ke Los Angeles dan California.
Ibu Pejabat Perwakilan Iran di PBB telah mengemukakan visa kepada kerajaan Amerika untuk kunjungan Ahmadinejad dan rombongannya ke New York bagi menyertai Perhimpunan Agung PBB serta California dan Los Angeles untuk menghadiri acara-acara lainnya namun pihak kerajaan tidak memberikan visa kepada Ahmadinejad dan rombongannya untuk berkunjung ke California dan Los Angeles.

Tuesday, September 23, 2008

AHMADINEJAD SEDIA BERDIALOG DENGAN CALON PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad dalam wawancaranya dengan akhbar 'Los Angeles Times' menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan calon-calon Presiden Amerika Syarikat.
Tegasnya, "Kami adalah bangsa yang mengutamakan dialog, logika dan keadilan. Kami yakin ia amat bermanfaat bagi seluruh ummat. Kerajaan Amerika perlu mengadakan hubungan dengan negara-negara lain berdasarkan sikap saling menghormati."
Beliau juga menjelaskan, "Kerajaan Amerika bukan sekadar kalah dalam menghadapi bangsa Iran tetapi juga tewas di tangan bangsa Iraq, Afghanistan dan Palestin."
Ketika menyentuh isu nuklear Iran, beliau mengingatkan, "Berdasarkan dokumen yang terdapat di Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Iran merupakan negara yang paling banyak menjalinkan kerjasama dengan IAEA. IAEA sudah mengumumkan sebanyak 12 kali bahawa Iran tidak melakukan sebarang penyimpangan dalam program nuklearnya. Kita perlu melihat kepada fakta bahawa kerjasama di antara Iran dan IAEA adalah berdasarkan undang-undang dan kesepakatan dua hala. Iran merupakan satu-satunya negara yang telah melaksanakan seluruh perjanjiannya dengan IAEA."

Sunday, September 7, 2008

AHMADINEJAD : PENGGANTI BUSH PERLU URUSKAN 'DAPURNYA' SENDIRI

Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menyeru bakal presiden Amerika Syarikat agar tidak lagi campur tangan dalam urusan negara lain.
Presiden yang dikenali sebagai pemimpin garis keras oleh media-media Barat itu malah 'mengajar' calon pemimpin baru Amerika untuk menguruskan 'dapurnya' sendiri.
Beliau turut berjanji untuk membuka pintu dialog dengan pemerintahan baru Amerika kelak dengan syarat bakal pengganti George W Bush itu bersedia mengubah dasar luar negara yang sering campur tangan dalam urusan negara lain. Syarat lain adalah tidak lagi menekan Iran supaya tunduk dengan kehendak Amerika.
Beliau turut menegaskan bahawa Iran tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan calon yang bakal menerajui Amerika kelak, samada Barack Obama atau John McCain.