Krisis hubungan di antara Amerika Syarikat dan Rusia memiliki hikmah tersendiri bagi Republik Islam Iran. Sekatan ke atas Iran menjadi sesuatu yang hampir mustahil untuk dilaksanakan. Amerika kini hanya sekadar mampu mengungkapkan kata-kata 'gertakan' yang tidak mempunyai sebarang kesan.
Majlis Keselamatan PBB dengan sebulat suara telah mengesahkan sebuah lagi resolusi pada 27 September 2008 untuk memaksa Iran menghentikan segera segala aktiviti nuklearnya.
Namun resolusi tersebut tidak mengandungi sebarang sekatan terbaru seperti yang diinginkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Resolusi itu disepakati oleh 5 negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat serta ditambah dengan Jerman dalam sesi berasingan Persidangan Agung PBB pada 26 September 2008 baru-baru ini.
"PBB menyeru Republik Islam Iran untuk memenuhi tuntutan resolusi Majlis Keamanan PBB sebelumnya secara menyeluruh dan tanpa berlengah. Resolusi tersebut mendesak pemberhentian program nuklear dan memenuhi komitmennya," ungkap resolusi 18 perenggan itu.
Resolusi itu turut mendesak Iran memenuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh Badan Tenaga Atom Antarabangsa PBB (IAEA) di Vienna.
Showing posts with label Isu Nuklear Iran. Show all posts
Showing posts with label Isu Nuklear Iran. Show all posts
Wednesday, October 8, 2008
RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PBB KE ATAS IRAN TERUS GAGAL
Friday, September 26, 2008
ISRAEL INGIN HANCURKAN NUKLEAR IRAN TAHUN INI !
Israel sedang serius menimbangkan untuk mengebom tempat-tempat nuklear Iran dalam tempoh terdekat. Namun, Presiden Amerika Syarikat George W Bush menolak permintaan Israel supaya memberi sokongan terhadap serangan tersebut.Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengemukakan masalah itu kepada Bush dalam pertemuan peribadi mereka pada 14 Mei 2008 yang lalu.
Bush menyatakan bahawa dia tidak menyokong serangan itu kerana bimbang terhadap serangan balas terutama ke atas tentera-tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Bush juga cemas sekiranya Israel akan gagal menghapuskan fasiliti nuklear Iran.
Israel ingin memaksa diri tanpa dukungan Washington namun pesawat-pesawatnya tidak akan mampu sampai ke Iran tanpa melalui ruang udara Iraq yang dikuasai oleh Amerika.
Israel menganggap Iran sebagai ancaman terbesar kerana program nuklear Tehran. Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad juga berulang kali meramalkan bahawa negara Yahudi itu akan lenyap dari peta dunia.
Israel dan Amerika menuduh Iran berusaha memajukan senjata-senjata nuklear, sedangkan Tehran menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa program nuklearnya semata-mata digunakan untuk keperluan awam. Amerika dan Israel terus berkempen supaya program nuklear Iran dimusnahkan meskipun dunia memaklumi bahawa Israel merupakan satu-satunya negara di Timur Tengah yang memiliki senjata nuklear namun tidak pernah mengisytiharkannya.
Jurucakap Olmert, Mark Regev menyatakan, "Tuntutan Israel bagi menghalang Iran dari memiliki senjata-senjata nuklear telah dikemukakan dalam setiap pertemuan di antara Perdana Menteri Israel dan pemimpin-pemimpin luar negara. Israel menggunakan penyelesaian secara diplomasi untuk mengatasi masalah ini namun semua pilihan seharusnya dibuka di meja rundingan.
Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika, Gordon Johndroe menegaskan bahawa beliau tidak akan memberikan sebarang komentar mengenai kenyataan peribadi Presiden Amerika.
Subscribe to:
Posts (Atom)