Tuesday, November 4, 2008

TUBUH ARIEL SHARON MEMBUSUK MESKIPUN IA MASIH HIDUP


Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuhnya yang lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah (swt) dan musuh tegar Islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan berlaku kerosakan di sekujur tubuhnya. Ini adalah akibat dari penindasannya yang tidak berkesudahan terhadap ummat Nabi Muhammad (saw) yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak mampu lagi bergerak walaupun sekadar untuk menggerakkan mata.
Dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon . Dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya. Akhirnya Allah (swt) memperlihatkan kepada kita keadaan 'thaghut' yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah (swt) yang agung iaitu 'membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup'. Demikianlah, mereka (para doktor) akan memotong anggota tubuhnya satu demi satu sehingga yang terakhirnya sedangkan ia masih hidup. Benarlah firman Allah (swt) : "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Dialah yang benar " (Fussilat :53).

Monday, November 3, 2008

KECINTAAN LUAR BIASA RAKYAT IRAN TERHADAP KESYAHIDAN

MEMALUKAN ! APA SUDAH JADI DENGAN SYEIKH DR YUSUF QARADHAWI ???


MOHSEN REZAEI : IRAN NEGARA PENTING DI TIMUR TENGAH DAN DUNIA

Setiausaha Majlis Penentu Dasar Nasional Iran, Mohsen Rezaei mengatakan Iran merupakan negara yang penting di rantau Timur Tengah dan dunia dari aspek politik, keselamatan, ekonomi dan ideologi. Berikut adalah hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh beliau :
  1. Isu Iran turut mempengaruhi kempen para calon Presiden Amerika Syarikat yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi.
  2. Iran memainkan peranan yang penting dalam penentuan dasar luar negara Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, tidak ada masalah di rantau Timur Tengah yang berjaya diselesaikan tanpa penyertaan Tehran.
  3. Contoh lain yang nyata adalah isu Palestin. Tanpa penglibatan Tehran, masalah di negara tersebut tidak mungkin akan dapat diselesaikan.
  4. Di rantau Teluk Parsi, Iran juga menjadi penentu. Ketika minyak dan tenaga menjadi satu isu baru yang kembali menonjol, Iran berperanan penting dalam menyelesaikan isu tersebut.
  5. Di Afghanistan dan Iraq, peranan Iran juga tidak boleh dilupakan kerana tanpa kehadiran Tehran, perdamaian di kedua negara itu tidak mungkin akan dicapai dengan mudah.
  6. Bukti lain yang menunjukkan kepentingan Iran adalah rundingan di antara Iran-Amerika Syarikat berkaitan isu keselamatan di Iraq dan permohonan Washington terhadap Tehran untuk membantu memulihkan kestabilan dan keselamatan di Baghdad.

EJEN MOSSAD DITANGKAP OLEH HIZBULLAH DI LEBANON

*Gambar : Ali Jarrah (kiri)
Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah, Syeikh Naim Qasim menyatakan, Hizbullah akan terus berdiri di belakang tentera Lebanon. Beliau turut memuji tentera Lebanon kerana berjaya menangkap dua orang rakyat Lebanon yang menjadi ejen kepada badan perisikan Mossad Israel di wilayah Bekaa. Kedua mereka dikatakan diberi tugas untuk memantau pergerakan para pejuang Hizbullah Lebanon sejak tahun 1980an lagi. Beliau juga menegaskan tentang azam dan tekadnya untuk memperkuat Hizbullah sehingga mampu membantu tentera Lebanon untuk menghalang sebarang ancaman dari pihak Zionis Israel ke atas negara tersebut.
Menurutnya lagi, selagi semua pihak di Lebanon saling bekerjasama, maka rakyat Lebanon pasti mampu mengalahkan Zionis Israel. Dalam pidatonya, beliau turut mengecam serangan ganas Amerika Syarikat terhadap Syria.
Sementara itu, menurut laporan akhbar harian Lebanon 'al-Akhbar', salah seorang tahanan yang bernama 'Ali Jarrah' dikatakan telah ditangkap oleh pejuang Hizbullah di selatan Lebanon, yang berhampiran dengan kota Dahiyah pada bulan Julai 2008 yang lalu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Lebanon. Akhbar itu turut melaporkan bahawa Ali Jarrah dituduh mengintip setiap pergerakan para pemimpin tertinggi Hizbullah.
Ali Jarrah dikatakan turut mengakui bahawa beliau telah dilatih khas oleh badan perisikan Mossad Israel untuk mengumpulkan maklumat berkenaan setiap pergerakan yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan Palestin yang aktif di Lebanon pada pertengahan tahun 1980an. Menurut Ali Jarrah lagi, adiknya, 'Yusef' turut ditangkap kerana bersubahat membantu kerja-kerja pengintipannya.
Menurut laporan akhbar 'Lebanese Daily Star', penglibatan kedua lelaki tersebut dalam sebarang aktiviti pengeboman atau pengintipan belum lagi disahkan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Lebanon turut menyiasat tentang kemungkinan penglibatan Ali Jarrah dalam operasi pembunuhan ke atas Komander Hizbullah, 'Imad Mughniyah dalam sebuah letupan bom kereta di Damsyik, Syria pada bulan Februari 2008 yang lalu.

HUGO CHAVEZ : GORDON BROWN TIDAK BERETIKA

Gordon Brown, Perdana Menteri Britain mengadakan lawatan ke negara-negara kaya di Timur Tengah iaitu Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Kuwait.
Tujuan utama kunjungannya adalah untuk merayu kepada para pemimpin negara-negara pengeluar minyak itu supaya tidak mengurangkan penghasilan minyak di samping menyumbangkan dana ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat dengan alasan bagi menyelamatkan dunia dari krisis ekonomi global.
Sementara itu di Caracas, Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengkritik sikap Brown yang mengemis bantuan dana dengan alasan untuk menyelamatkan dunia dari krisis ekonomi global dan menyifatkannya sebagai 'tidak beretika'. Menurutnya, krisis ekonomi dunia ketika ini adalah berpunca dari sikap tamak, haloba dan rakus Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Sunday, November 2, 2008

WANITA IRAN...ANTARA SOLEHAH DAN TOLEHAH


Kalau anda bercita-cita untuk berkahwin dengan wanita Iran, lebih baik lupakan buat masa ini. Wanita Iran sememangnya antara makhluk Tuhan yang dikurniakan dengan kecantikan. Itu tidak dapat dinafikan. Namun untuk memilih mereka sebagai pasangan hidup, bukan sekadar perlu berfikir 1000 kali, bahkan kena buat istikharah berkali-kali supaya tidak kecewa di kemudian hari. Perbezaan budaya, gaya hidup, makanan, cuaca menjadi antara faktor yang menyumbang ke arah permasalahan dalam perkahwinan antara dua benua ini.
Namun bukan semua wanitanya bermasalah. Kalau anda temui mukminah Iran yang solehah, berjiwa revolusioner dan menjiwai ajaran sebenar dalam mazhab Ahlul Bait, anda pasti akan mengenali wajah Iran yang sebenarnya. Jumlah mereka juga tidaklah sedikit di negara yang penuh bersejarah itu. Bayangkan, dari rahim merekalah lahirnya para pejuang Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka ketika bertempur dengan tentera-tentera ganas Saddam Husein antara tahun 1980-1988. Dari rahim wanita Iranlah lahirnya para syuhada' sehebat Dr Mustafa Chamran, Murtadha Muthahhari, Beheshti, Ali Rajai dan Bahonar. Dari rahim wanita Iran juga berjaya melahirkan manusia luar biasa seperti Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei dan Dr Mahmoud Ahmadinejad yang sedang memimpin dan memacu negara Iran ke arah menjadi "Negara Maju" di dunia dan akhirat. Apa pun, ikuti dulu berita berikut sebagai sumber iktibar dan pengajaran.
Akhbar 'Harian E'temad' terbitan Tehran, Iran melaporkan, seorang lelaki mengajukan permohonan untuk bercerai dengan isterinya di mahkamah. Namun, dalam permohonannya, lelaki tersebut yang tidak menyebutkan namanya turut meminta perlindungan mahkamah dari ancaman isterinya.
Rupanya, permintaan yang terakhir itu agak serius kerana memang si isteri yang hendak diceraikannya itu adalah seorang yang 'bertubuh besar dan tegap'. Si suami yang 'malang' itu sering kali diancam dan dituduh sebagai 'curang' sewaktu pulang ke rumahnya setiap malam.
"Saya hanya seorang pencuci di hotel dan sering pulang ke rumah pada waktu malam. Namun, isteri saya selalu menuduh saya melakukan perkara yang bukan-bukan selepas waktu kerja," ujar Behrouz, nama depan si suami itu seperti yang dipetik oleh akhbar 'Harian E'temad'.
"Setiap kali tiba di rumah, isteri saya yang berbadan tinggi dan besar itu selalu memukul saya," kata Behrouz yang memang mempunyai tubuh yang kurus.
Kepada hakim, Behrouz menegaskan bahawa dirinya tidak ingin lagi pulang ke rumahnya dan meminta pihak mahkamah agar membantu dirinya supaya tidak disiksa lagi oleh isterinya.
Hakim bercadang memanggil si isteri ke muka pengadilan untuk menyampaikan pendapatnya sebelum beliau memutuskan permohonan cerai dari Behrouz.