Siapa Imam Khomeini Yang Sebenarnya?
Imam Khomeini bukan sekadar mengadakan sebuah revolusi yang mengubah sebuah negara tetapi beliau dengan kepimpinan Ilahi, merubah kerohanian, minda, keyakinan dan amalan manusia.Kesan dari kewujudan beliau bukan hanya dirasakan oleh ummat Islam bahkan lebih jauh dari itu...kemanusiaan. Beliau menunjukkan kepada manusia bahawa dengan keyakinan kepada Allah segala sesuatu menjadi mungkin. Tercerna dari wajahnya fokus kepada Penciptanya yang melahirkan kecintaan sebagaimana yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan dijadikan oleh yang Maha Penyayang bagi mereka kecintaan.”(Surah Maryam:96). Kecintaan padanya dijadikan motivasi untuk menuju Allah. Pelajaran pengorbanan darinya menggerakkan semua peringkat masyarakat, dari kalangan anak-anak muda sehingga golongan tua untuk berkorban mempertahankan negara dan ajaran Islam. Ingatan berterusan kepada Allah akan mensuci dan mengeluarkan diri dari sifat nifaq serta mewujudkan keikhlasan dalam setiap amal. Beliau memberikan kefahaman tentang nilai insan yang sangat mulia di sisi Allah. Kehormatan insan sangat-sangat diberikan perhatian oleh Imam Khomeini (qs). Sayang dan hormat kepada kemanusiaan menjadi perjuangannya dan menentang segala kezaliman menjadi agenda utamanya. Beliau adalah pemimpin mustad'afin dari Palestin sehingga ke Afrika. Beliau mendapat sanjungan dari setiap pelusuk dunia. Namun beliau tidak berubah menjadi sombong atau bongkak, malahan bertawakkal pada Allah dalam usahanya menjatuhkan musuh-musuhNya. Itulah Khomeini lambang “ruhamaa bainahum wa asyiddaa 'alal kuffar”. Dia melihat manusia ibarat anak-anak yang harus dipimpin dan dibawa bersama menuju Allah sambil segala halangan ditentang dengan ketegasan.
Hati-hati yang terpaut pada Imam Khomeini (qs) menjadi gagah sebagaimana gagahnya beliau dalam menghadapi musuh-musuhNya. Keyakinan kepada Allah memasukkan rasa takut yang bukan kepalang ke dalam hati musuh-musuhNya. Takutnya hanya pada Allah, jangan sampai apa yang dilakukan tidak mendapatkan keredhaanNya,mengundang kemurkaan Rasulullah, Amirul Mukminin dan para Imam (as) serta merosakkan ummat. Beliau gagah dalam menentang syahwat dan hawa nafsu, tegar dalam berjihad dengan diri dan jiwa sehingga akhirnya mencapai kemerdekaan dan kemenangan.
Kehidupan sederhananya hasil ikutan kepada Nabi yang mulia dan Amirul Mukminin. Beliau hidup sebagaimana kehidupan masyarakat sekelilingnya. Kesusahan mereka dirasai bersama. Ketika berlaku pengeboman ke atas kota Tehran, Imam dipujuk untuk masuk ke tempat persembunyian yang selamat, tetapi beliau menolak sambil berkata, apakah orang-orang di keliling kita memiliki tempat berlindung? Kalau tidak, maka kita harus bersama dengan mereka. Inilah Imamul Ummah.
Taqwa,keimanan dan amal soleh menjadi tunggak dalam pergerakan beliau. Masyarakat menjadi teman perjuangan. Kesatuan menjadi sumber kekuatan. Keikhlasan dan keredhaan pada Allah menjadi tujuan. Itulah Imam Khomeini (qs) yang kehidupannya berjalan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Usaha keras beliau adalah untuk memastikan segala apa yang dilakukan demi untuk mencari keredhaan Allah (swt). Beliau benar-benar berusaha gigih untuk mencontohi Rasulullah (saw) dan Imam-Imam Ahlul Bait (as) dalam kehidupan spiritual dan masyarakat. Ilmu dijadikan penyuluh jalan. Tidak ada keraguan dan tidak ada ketakutan. Berapa ramai pemimpin Syaitan Besar yang gugur dengan ketegasannya, berapa banyak hati yang cair melihat wajah nuraninya. Ingatan buat beliau tidak akan luput. "Beliau adalah sebuah hakikat yang sentiasa akan kekal hidup. Begitulah kata penggantinya, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei. Beliau adalah kebenaran yang abadi. Sementara segala kebohongan akan binasa.
Yang lebih penting lagi, bagaimana kita menghidupkan ajaran Imam Khomeini (qs) sebagaimana usaha beliau menghidupkan Islam yang dilihatnya berada dalam situasi yang merbahaya ketika itu. Politik bukan barang mainan buat dirinya. Politik menurut Imam Khomeini (qs) adalah mengatur kehidupan manusia dengan sebaik mungkin menurut sistem dan peraturan Allah untuk menujuNya.
Imam Khomeini (qs) menganggap bahawa kesatuan adalah suatu kewajipan agama dan sesiapa yang menimbulkan perpecahan dianggap sebagai pengkhianat kepada agama. Agama tidak boleh dijual beli. Agama tidak patut digunakan untuk kepentingan peribadi. Agama tidak harus dimanfaatkan untuk memperoleh pujian dan perhatian. Imam Khomeini (qs) tidak pernah meremehkan amal perbuatan orang lain malahan sering melihat amal kecil mereka sebagai besar sambil menganggap amal besar darinya sebagai kerdil. Beliau sentiasa melihat orang mukmin lain lebih baik dari dirinya. Semoga ajaran Islam yang beliau praktikkan akan sentiasa kekal dalam kehidupan kita.
Akhir kata, berkat usaha gigihnya yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, Imam Khomeini (qs) telah mencapai apa yang pernah disebut oleh Amirul Mukiminin Imam Ali bin Abi Talib (as) :
"Tidak disembah Allah dengan sesuatu yang lebih mulia dari akal. Tidak sempurna akal sehingga terdapat kualiti-kualiti tertentu. Kekufuran dan kejahatan jauh sekali dariNya. Jalan lurus dan kebaikan diharapkan dariNya. Lebihan harta dibelanjakan di jalan menujuNya, dan lebihan kata-kata ditahan. Makanan hanya untuk kehidupan. Tidak merasa puas dengan ilmu sepanjang kehidupan. Kehinaan di sisi Allah lebih disukai dari kebesaran di sisi selainNya. Kerendahan lebih disenangi dari kemuliaan. Menganggap sedikit kebaikan dari orang lain sebagai banyak dan menganggap kebaikan yang banyak dari diri sendiri sebagai sedikit. Melihat manusia semuanya lebih baik dari diri sendiri dan merasakan paling buruk bila dibandingkan dengan semua manusia".
Semoga Allah (swt) memberikan taufiq pada kita untuk menurut jejak langkah dan amalan Imam Khomeini (qs) dan tidak sekadar membesarkan cerita kehidupannya namun tidak melaksanakannya dalam kehidupan kita. Kata Amirul Mukminin Imam Ali (as) : "Mereka cinta kepada Ulama tetapi tidak beramal dengan amalan mereka".
Ust Mohammad Rosli Hassan (Presiden HBI, Singapura)