Sunday, August 31, 2008

PESANAN RAHBAR : ELEMEN UTAMA REVOLUSI ISLAM TIDAK BOLEH BERUBAH

Pemimpin Spiritual Revolusi Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah Al-'Uzma Sayyid 'Ali Khamenei menjelaskan bahawa tuntutan keadilan, kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang sebenarnya adalah asas kepada Revolusi Islam. Kenyataan itu dikemukakan dalam pertemuannya dengan ketua dan ahli-ahli "Majlis Khubregon" (Badan Pakar) di Tehran. Ketika menghuraikan tentang elemen utama Revolusi Islam, Rahbar menegaskan :
  1. Tuntutan keadilan, kemerdekaan, kebebasan yang hakiki, penentangan terhadap imperialisme dan tidak bersikap pasif di hadapan musuh merupakan sebahagian dari prinsip penting Revolusi Islam yang tidak mungkin boleh diubah. Nilai kekuatan dan kemurnian prinsip-prinsip tersebut adalah bersumber dari ajaran al-Quran dan logika Islam.

  2. Sejak 30 tahun yang lalu, pihak musuh sering berusaha untuk menghancurkan Revolusi Islam Iran yang akhirnya menjadi faktor munculnya pelbagai masalah. Semua pihak perlu menyedari peri pentingnya memelihara prinsip-prinsip tersebut.

  3. Politik jahat pihak asing ini telah berlaku sejak awal Revolusi Islam ke atas setiap pemerintahan. Setiap pemerintahan yang menganggap bahawa segala usaha pihak asing itu adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar Revolusi Islam akan bakal menjadi sasaran utama serangan pihak musuh.

  4. Di hadapan musuh imperialis, Republik Islam Iran tidak boleh bersikap lemah bahkan wajib berdiri teguh, kuat dan kebal sehingga musuh merasakan mereka tidak mampu melaksanakan apa jua perancangan jahat.
  5. Prinsip-prinsip asas Revolusi Islam tidak boleh ditentang.

Ketika menyentuh mengenai gerakan serius dalam bidang ilmiah di Iran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Rahbar menyatakan bahawa kini tidak ada satu pun masalah rumit yang tidak dapat dipecahkan oleh para pemuda negara ini dan kemampuan ini merupakan salah satu faktor utama kekuatan Iran.
Rahbar juga menegaskan bahawa "Majlis Khubregon" (Badan Pakar) memiliki kedudukan yang sangat penting dan menjadi tumpuan kepercayaan masyarakat dan pemerintah Republik Islam Iran. Tambahnya, salah satu tugas Badan Pakar adalah melantik seorang Rahbar dan mengawasi secara tetap syarat-syarat kepemimpinan yang merupakan salah satu faktor lain yang mengangkat kedudukan badan tersebut dan atas dasar inilah Badan Pakar merupakan sebuah badan terpenting dalam memecahkan sebarang kebuntuan dalam Republik Islam Iran.

Saturday, August 30, 2008

MUQTADA AS-SADR : JUMAAT PERTAMA RAMADHAN HARI ANTI PENJAJAHAN

Hujjatul Islam, Sayyid Muqtada as-Sadr, pemimpin Gerakan Sadr Iraq meminta seluruh rakyat Iraq agar menjadikan hari Jumaat pertama dalam bulam Ramadhan sebagai Hari Anti Penjajahan peringkat nasional. Dalam sebuah kenyataannya yang ditujukan kepada seluruh rakyat Iraq, dalam dan luar negara, begitu juga kepada mereka yang ingin sekadar berada di dalam rumah agar menyatakan penentangan mereka terhadap penjajahan Amerika Syarikat.
Muqtada as-Sadr adalah seorang ulama Syiah Iraq yang sangat kuat menentang kehadiran tentera asing, khususnya Amerika Syarikat di Iraq. Down With America !

IRAN BERI AMARAN KEPADA AMERIKA SYARIKAT SUPAYA TIDAK TERLIBAT DALAM KEMELUT DI RANTAU KAUKASUS

Iran mengingatkan Amerika Syarikat agar tidak cuba campur tangan dalam krisis di rantau Kaukasus.
"Kuasa besar luar sebaiknya tidak mencari alasan untuk terbabit dalam ketegangan di rantau tersebut," demikikian tegas Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki.
"Percaturan mereka di Kaukasus pasti tidak akan berbeza dengan kemelut yang mereka wujudkan di rantau lain," jelas Mottaki, merujuk kepada kehadiran Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan.
Namun beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap kemelut di Ossetia Selatan yang jelas sedang menuju ke arah 'perang dingin' baru.
"Sengketa di antara kedua negara besar (Amerika Syarikat dan Rusia) itu sememangnya menjadi asas keprihatinan," kata Mottaki.
Beliau juga turut membantah laporan berita yang menyebut bahawa Rusia kemungkinan besar bakal mengeksploitasi isu nuklear Iran untuk memveto hukuman lanjutan ke atas Teheran sebagai tekanan terhadap negara-negara Barat yang cuba campur tangan dalam ketegangan diGeorgia.
Jelas beliau, "Iran sentiasa mendukung perdamaian dan kestabilan di rantau Kaukasus dan krisis yang melanda rantau tersebut seharusnya ditangani sebaik mungkin. Namun Iran berharap kesilapan dalam menyelesaikan krisis tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya sengketa baru."
Para penganalisa percaya bahawa Iran memihak kepada Rusia dalam kemelut di rantau Kaukasus itu.

Wednesday, August 27, 2008

OBAMA MENYERU DUNIA AGAR SELAMATKAN ISRAEL DARIPADA IRAN

Calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokrat, Barack Obama menyeru supaya ditingkatkan tekanan diplomatik ke atas Iran sebelum Israel 'merasa terpencil'.Obama mengemukakan perkara tersebut ketika ditanya apakah Israel akan mengebom kawasan nuklear Iran pada tahun ini, sewaktu berkempen di Iowa.
Tanpa menjawab secara langsung, Obama menyatakan bahawa beliau 'terikat dengan komitmen untuk meningkatkan tekanan secara diplomatik ke atas Iran' sebaik sahaja terpilih sebagai Presiden, sebelum pihak Israel merasa bahawa 'belakangnya mula menyentuh dinding'.
Beliau turut mengakui pendirian Israel untuk tidak membiarkan Iran memiliki senjata nuklear.
"Sekiranya Iran dibiarkan untuk memiliki senjata nuklear, nescaya ia akan menjadi 'penentu percaturan politik di rantau tersebut' sehingga memungkinkan Republik Islam itu untuk 'mencampuri urusan dalaman negara lain seperti di di Iraq dan mengancam penguasaan minyak'," kata calon dari parti Demokrat tersebut di hadapan seramai 250 orang pengundi dalam sebuah pertemuan di Davenport, Iowa.
"Israel merupakan salah satu sekutu paling kuat kita di dunia," tegas beliau sebagai reaksi terhadap janji yang pernah disampaikan oleh Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad untuk menghapuskan negara Yahudi itu dari peta dunia.
"Oleh itu, salah satu tugas saya sebagai Presiden ialah berusaha memastikan bahawa kita akan meningkatkan tekanan ke atas Iran secara diplomatik dengan melaksanakan sekatan sehingga Iran bersedia untuk melakukan perubahan sikap," kata Senator dari Illionis itu.
"Dan kita perlu melakukan perkara tersebut sebelum Israel merasa belakangnya mula menyentuh dinding," kata Obama sebagai jawaban terhadap keraguan yang melanda para pengundi Yahudi mengenai komitmennya untuk membela Israel.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush buat masa ini menentang cadangan serangan ketenteraan terhadap kawasan nuklear Iran.
"Pendirian kita ialah tidak ada pilihan yang akan diketepikan, namun untuk sementara waktu kita perlu melakukan penyelesaian secara diplomatik," kata Obama kepada sebuah stesen radio milik tentera.
Obama menyatakan keyakinannya bahawa pandangan umum di Israel ialah kita tidak akan membiarkan Iran memiliki senjata nuklear.Para pemimpin Israel menyedari betapa mereka 'tidak memiliki kedudukan yang terbaik untuk menggunakan serangan ketenteraan sebagai penyelesaian' namun dalam masa yang sama mereka tidak boleh membiarkan Iran untuk memiliki senjata nuklear.
Obama dan pesaingnya dari parti Republik, John McCain, kedua-duanya mendukung usaha peningkatan tekanan ke atas Iran, namun Obama juga ingin meningkatkan hubungan dua hala dengan negara Islam itu.McCain menentang sebarang hubungan kerjasama yang seumpama itu dan meyakini bahawa cara terbaik untuk menangani isu Iran ialah melalui kerjasama dengan negara-negara sekutu Amerika Syarikat.

Tuesday, August 26, 2008

IRAN PAMERKAN KAPAL SELAM BUATANNYA



Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Mostafa Mohammad Najjar, merasmikan penggabungan 2 lagi kapal selam Iran yang diberi nama “Ghadir” yang dihasilkan sejak 2005 dengan armada angkatan laut Republik Islam Iran.
Najjar juga mengumumkan bermulanya projek pembuatan kapal selam “Qaim” bersaiz sederhana buatan tempatan yang mampu melancarkan peluru berpandu dari laut ke udara dan darat. Pada tahun 2005, Iran telah berjaya mencipta kapal selam berukuran kecil yang berfungsi melakukan pengintaian dan penanaman ranjau.
Iran melabur dalam jumlah yang besar bagi membolehkannya berdikari dan memperkuatkan kelengkapan pasukan bersenjatanya.

Monday, August 25, 2008

NASIHAT AYATULLAH 'ALI TASKHIRI BUAT SEMUA PENGIKUT MAZHAB AHLUL BAIT

Setelah selesai "International Conference Of Islamic Scholar" di Jakarta, ulama besar Iran, Ayatullah 'Ali Taskhiri sempat mengunjungi Islamic Cultural Center (ICC) di Jakarta pada 3 Ogos 2008 yang lepas dan memberikan nasihat kepada para pengikut mazhab Ahlul Bait. Berikut adalah ringkasan ucapannya :
  1. Firman Allah (swt) : "Sesungguhnya Wali (pemimpin) kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah : ayat 55). Anda semua mengetahui bahawa ayat tersebut turun kepada Ahlul Bait iaitu Imam 'Ali bin Abi Thalib (as) yang memberikan cincinnya kepada seorang peminta sedekah ketika baginda (as) sedang rukuk dalam solatnya. Ayat tersebut menjelaskan dengan indah sekali tentang kedudukan Imam 'Ali (as) sekaligus keutamaan Ahlul Bait (as). Banyak sekali hadis-hadis yang mengungkapkan berkenaan keutamaan Ahlul Bait (as), samada dari kitab-kitab Syiah mahupun kitab-kitab Ahlus Sunnah.
  2. Saya menyedari bahawa anda semua memiliki masalah. Para Imam Ahlul Bait (as) pun pernah bersabda, "Urusan kami (Ahlul Bait) adalah sesuatu yang amat sulit dan berat." Namun perkara tersebut merupakan sebuah kurniaan yang perlu disyukuri dengan penuh kesabaran. Itulah yang disabdakan oleh Rasulullah dan Ahlul Baitnya (as), "Barang siapa yang mencintai kami, hendaklah menyiapkan kefakiran sebagai pakaiannya."
  3. Para Imam Ahlul Bait (as) melaksanakan 2 bentuk pendidikan (tarbiyah) kepada manusia. Yang pertama adalah bersifat umum iaitu seluruh manusia akan menerima bimbingannya. Yang kedua pula bersifat khusus iaitu bimbingan khas terhadap para pengikutnya. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja’far ash-Shodiq (as) dan para Imam yang lain, "Syiah kami tercipta dari sisa tanah kami."
  4. Para pengikut mazhab Ahlul Bait perlu memberikan tumpuan penuh terhadap hadis-hadis yang datang daripada Nabi Muhammad (saw) dan para Imam Ahlul Bait (as). Perhatikan hadis tentang "Peristiwa al-Ghadir." Sabda Rasulullah (saw), "Barangsiapa yang menjadikan aku (Rasul) sebagai pemimpinnya, maka ini, Ali adalah pemimpinnya juga." Hadis ini telah diriwayatkan oleh ratusan para sahabat dan tersebar di "Kutub Sittah" milik Ahlus Sunnah dan turut terakam di dalam kitab "Musnad Ahmad bin Hanbal."
  5. Imam Fakhrurrazi, salah seorang mufassir (ulama tafsir) besar Ahlus Sunnah, ketika memberikan komentar terhadap salah satu perbahasan feqah menyatakan bahawa "menjaharkan (menguatkan) bacaan basmalah adalah mazhab 'Ali. Barangsiapa melakukannya, bererti telah melaksanakan kebenaran." Inilah yang Rasulullah sabdakan, "Kebenaran sentiasa berputar bersama 'Ali."
  6. Hadis lain yang sangat penting adalah "Hadis as-Saqolain." Sabda Rasulullah (saw) : "Telah aku tinggalkan kepada anda 2 perkara yang berharga, al-Quran dan Ahlul Baitku (ahli keluargaku)." Hadis ini amat banyak tercatat dalam kitab-kitab Syiah dan Ahlus Sunnah, jauh melebihi jumlah hadis yang menyebut "al-Quran dan Sunnahku." Ahlul Bait telah diletakkan sejajar dan seiring dengan al-Quran yang suci. Sekiranya al-Quran adalah suci dan terpelihara dari segala kesalahan (maksum), maka begitu jugalah dengan Ahlul Bait. Al-Quran yang suci wajib dijelaskan oleh orang-orang yang suci juga. Hadis ini turut menghuraikan berkenaan kedudukan pengganti Rasulullah (saw).
  7. Hadis lain adalah berkaitan dengan 12 orang Khalifah. Sabda Rasulullah (saw) : "Agama Islam akan tetap berdiri sehingga berlalu 12 orang Khalifah, semuanya datang dari golongan Quraisy" (Hadis Muslim). Jumlah mereka sama seperti para pemimpin Bani Israel. Hadis ini juga amat banyak tertulis dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah termasuk al-Bukhari kerana ia hidup sezaman dengan Imam Muhammad al-Jawad (as).
  8. Hiduplah bersama saudara-saudara anda, Ahlus Sunnah. Bekerjasamalah dengan mereka. Salinglah tolong-menolong antara satu sama lain. Milikilah rasa cinta terhadap mereka. Hiduplah dengan cara saling mengasihani. Solatlah bersama mereka. Pandanglah wajah mereka dengan penuh kasih sayang. Bersama-samalah membangunkan negara anda. Inilah wasiat para Imam Ahlul Bait (as) kepada kita semua.
  9. Imam Khomeini (qs) telah menggagaskan "Minggu Perpaduan" di Iran dengan
    melaksanakan pendekatan antara mazhab-mazhab dalam Islam. Begitu juga dengan Ayatullah al-'Uzma Sayyid 'Ali Khamenei yang menggalakkan perjalanan "Taqrîb al-Madzâhib" yang juga berkat kerjasama dengan Universiti al-Azhar.
  10. Amat banyak dana yang dihabiskan oleh para musuh Islam (khususnya Zionis) untuk menghancurkan Islam. Malangnya, ada sebahagian ummat Islam yang bersikap bodoh, membantu para musuh Islam dengan sikap fanatisme tegar. Sebagai pengikut Ahlul Bait, kita perlu lebih cerdas dalam melihat serta menganalisa situasi semasa dan bersikap lebih bijak. Hizbullah di Lebanon sebagai sebuah jema'ah yang amat kecil, misalnya, namun masih mampu mengalahkan kereta kebal "Mirkava" milik Israel, yang
    mereka canangkan sebagai "benteng berjalan". Namun ada sebahagian ummat Islam yang menyatakan "tidak kepada Hizbullah" dan mengharamkan berdoa untuk kemenangan Hizbullah
    . Kelompok-kelompok seperti ini dikirim ke seluruh dunia untuk mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Tapi kita yang bermazhab Ahlul Bait, tidak pernah menginginkan perkara seperti ini berlaku. Oleh itu, ajarkanlah anak-anak kita dengan nilai dan ilmu-ilmu Islam. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah riwayat, "Barangsiapa yang memahami ilmu di zamannya, nescaya ia tidak akan terjerat oleh sebarang permasalahan." Ya Allah ! Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Kuatkanlah kami untuk menuju jalan Ahlul Bait. Ilahi ! Amin !

Sunday, August 24, 2008

IRAN BINA REAKTOR NUKLEAR KE-2


Iran mula membangunkan reaktor nuklearnya yang kedua dengan kekuatan 360 Megawatt.
Wakil Badan Tenaga Nuklear Iran, Mohammad Sa'adi menyatakan bahawa reaktor tersebut dibangunkan di Darkhofin yang terletak di barat daya Iran.
Beberapa tahun lalu, Iran telah membangunkan reaktor nuklear di Bushehr dengan bantuan Rusia. Namun kali ini, reaktor kedua tersebut didirikan tanpa bantuan mana-mana negara luar.
Sementara itu, Iran memiliki perencanaan untuk membina reaktor ketiga dengan kekuatan 20,000 Megawatt menjelang tahun 2020 bagi mengurangkan pergantungan terhadap minyak dan gas.

RAHBAR : PEMERINTAHAN AHMADINEJAD ADALAH LAMBANG KESETIAAN TERHADAP REVOLUSI ISLAM

Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-'Udzma Sayyid 'Ali Khamenei, menganggap sikap penentangan di hadapan kuasa besar dunia yang angkuh sebagai lambang kesetiaan pemerintah Iran terhadap slogan dan seruan Revolusi Islam Iran.
Dalam pertemuannya dengan Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad berserta para anggota kabinetnya, Rahbar menegaskan bahawa dekad ke-4 revolusi merupakan dekad kemajuan dan keadilan. Seluruh perencanaan dan usaha perlu dilaksanakan dalam konteks ini. Rahbar menilai usaha mengembalikan kehormatan dan kebebasan hakiki negara Iran dan bangsanya sebagai kebijaksanaan pemerintah Iran yang patut dihargai sambil menekankan bahawa keyakinan dan kebanggaan terhadap kehormatan serta identiti sebenar Iran merupakan asas kepada kebebasan yang hakiki.
Rahbar turut menjelaskan bahawa di peringkat antarabangsa, pemerintahan Islam Iran menganggap bahawa kesetiaan terhadap seruan revolusi Islam sebagai kebanggaannya dan berjaya membendung arus budaya barat yang merosakkan serta melumpuhkan kecenderungan terhadap fahaman sekularisme. Beliau menambah, sikap yang konsisten dan keteguhan bangsa Iran dalam menangani isu nuklear merupakan salah satu bukti perjuangan dalam mempertahankan identiti negara Iran.
Tambah beliau lagi, sejumlah negara kuasa besar dunia mahu memaksakan kehendak mereka terhadap Iran namun bangsa dan pemerintah Republik Islam Iran berdiri tegak menentang sebarang ketamakan dan kerakusan musuh dan melangkah maju ke hadapan.
Rahbar turut menganggap bahawa dokumen prospek pembangunan 20 tahun Iran sebagai sebuah peta kemajuan yang sebenar sambil menekankan betapa perlunya disegerakan pengawasan terhadap seluruh program dan agensi kerajaan yang berkaitan.
Ya Allah ! Peliharalah Negara & Pemimpin Yang Penuh Dengan Keberanian Ini !

AHMADINEJAD : BANGSA IRAN TIDAK MEMERLUKAN BANTUAN NEGARA KUASA BESAR

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menegaskan, meskipun disekat, bangsa Iran masih mampu mencapai kejayaan dalam bidang teknologi tinggi dengan menghasilkan berbagai jenis satelit dan dalam waktu yang terdekat, Iran akan melancarkan satelit telekomunikasinya ke angkasa lepas. Perkara ini dikemukakan oleh Ahmadinejad dalam kunjungan rasminya ke negeri Arak di hadapan puluhan ribu rakyatnya. Kepada musuh-musuh Revolusi Islam Iran, Ahmadinejad memberikan amarannya, "Setiap langkah yang anda ambil untuk mengenakan sekatan, akan membuatkan bangsa Iran menjadi semakin kuat dan teguh serta penuh tekad untuk menuju puncak kemajuan." Tambahnya lagi, para musuh bangsa Iran sentiasa berusaha untuk menjadikan bangsa ini menyerah kalah, namun rakyat dan para cendekiawan Iran mampu menuju satu persatu puncak kejayaan dengan memecahkan tembok sekatan.

Ketika menyentuh tentang kejayaan rakyat Iran di bidang teknologi angkasa lepas dan pelancaran satelit telekomunikasi, Ahmadinejad menyatakan, "Roket ini merupakan salah satu hasil teknologi paling canggih di dunia dan para ilmuwan Iran berjaya membina satelit ini dan melancarkannya ke angkasa lepas meskipun menghadapi pelbagai sekatan." Tambah beliau, bangsa Iran sama sekali tidak memerlukan bantuan daripada negara-negara kuasa besar dunia. Meskipun begitu, bangsa Iran selalu mengutamakan dialog dan perundingan.Menurutnya, dalam rundingan, kredibiliti dan kedudukan Iran perlu dihormati dan ia harus dilakukan dengan penuh etika.
Ahmadinejad juga mengingatkan kuasa besar dunia bahawa era penjajahan telah berakhir dan mereka kini sedang berada di tepi jurang kehancuran dan kemusnahan. Berkaitan keganasan regim Zionis Israel, Ahmadinejad melaungkankan bahawa Israel adalah sebuah regim yang angkuh, jahat dan sedang menuju kebinasaan. Down With Israel ! Allahu Akbar !

IRAN AKAN KIRIM ANGKASAWAN DALAM TEMPOH 10 TAHUN

Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, Badan Angkasa Lepas Iran akan mampu mengirimkan seorang angkasawannya ke angkasa lepas.
Ketua Badan Angkasa Lepas Iran, Reza Taghipour menyatakan bahawa tarikh misi itu akan diputuskan pada tahun depan. Laporan itu adalah pengumuman kedua dari Badan Angkasa Lepas Iran.
Sebelumnya Taghipoor menjelaskan, Iran telah melakukan ujian terhadap sebuah roket yang mampu membawa sebuah satelit ke orbit. Roket dua tingkat itu melepaskan kelengkapan yang bakal memberikan data penerbangan kembali ke bahagian kawalan di darat. Iran sudah lama memiliki keinginan kuat untuk mengembangkan program angkasa lepasnya yang menimbulkan kebimbangan besar ke atas para pemimpin dunia barat yang turut gusar terhadap program nuklear dan persenjataan balistiknya.

Saturday, August 23, 2008

ISRAEL BIMBANG LEBANON MENJADI NEGARA HIZBULLAH

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert memberi amaran bahawa Israel tidak akan berdiam diri sekiranya Lebanon berubah menjadi negara Hizbullah.
Olmert yang mengunjungi Pusat Komando Dalam Negeri Israel di Ramle menegaskan, "Israel menghindari penggunaan senjata berat dalam peperangan 'Lebanon Kedua' (33 hari) kerana Israel berperang menentang 'sebuah kelompok pengganas (Hizbullah) dan bukan sebuah negara. Namun jika Lebanon bertukar menjadi negara Hizbullah, Israel akan membatalkan pembatasan tersebut."
Beliau juga mengingatkan Komando Dalam Negeri Israel, "Jika peperangan dengan Hizbullah meletus lagi, anda akan memainkan peranan yang terpenting kerana musuh-musuh kita akan turut mensasarkan serangan ke atas bandar-bandar besar dan penduduknya."
Pada 12 Ogos 2008, Parlimen Lebanon dengan sebulat suara telah bersetuju dengan keputusan kabinet setelah berlangsung perdebatan selama lima hari mengenai keputusan kontroversi pihak kerajaan yang mengesahkan hak pertubuhan Hizbullah untuk memiliki senjata.
Keputusan tersebut menyebutkan, "Hak Lebanon, rakyatnya, tenteranya dan gerakan penentangan Hizbullah untuk membebaskan tanah air mereka yang dijajah dan diduduki oleh Zionis Israel." Allahu Akbar !


Friday, August 22, 2008

MENYEDIHKAN...SALAFI (WAHABI) LEBANON BATALKAN PERJANJIAN DAMAI DENGAN HIZBULAH

Sikap sebahagian golongan Wahabi semakin menunjukkan wajah sebenar mereka yang tidak menginginkan sebuah kerukunan dan kedamaian. Kelompok Salafi ( panggilan 'mesra' untuk golongan Wahabi yang ekstrim) secara sepihak telah membekukan persetujuannya mengadakan perjanjian damai dengan Hizbullah, hanya 24 jam selepas persetujuan ditandatangani oleh kedua belah pihak.
Pada 18 Ogos 2008, Hizbullah telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan gerakan Salafi di Lebanon yang menghimpunkan pelbagai kumpulan pejuang Muslim yang beraliran 'Sunnah'. Antara matlamat yang termaktub dalam perjanjian tersebut ialah "untuk memelihara perpaduan nasional dan mencegah penghasutan."
Gerakan Salafi yang tidak pernah menghalakan sebutir peluru pun ke arah tentera Zionis Israel, tiba-tiba mengumumkan pembekuan MoU dengan Hizbullah untuk jangkamasa yang tidak ditetapkan.
Syeikh Hasan Syahhal yang menandatangani perjanjian tersebut dengan wakil Hizbullah, Sayyid Ibrahim Amin mengumumkan pembekuan MoU itu sehingga tiba waktu yang sesuai dan memungkinkan pelaksanaannya.
Syeikh Hassan membuat pengumuman tersebut setelah mengadakan pertemuan dengan para pemimpin gerakan Salafi yang diketuai oleh pemimpin tertinggi mereka "Syeikh Da'i al-Islam asy-Syahhal yang telah mengkritik dan mencela perjanjian dengan Hizbullah itu hanya beberapa minit setelah perjanjian tersebut dimeterai.
Pembatalan itu diumumkan di bandar Tripoli, Lebanon Utara, pusat kekuatan gerakan Salafi.
"Gerakan Salafi menolak sepenuhnya dokumen perjanjian ini dan sesiapa yang menandatanganinya, tidak berhak mendakwa dirinya sebagai anggota gerakan Salafi atau mewakilinya," kata Syeikh Da'i al-Islam asy-Syahhal yang sudah tua usianya."
Sementara itu laman web rasmi Hizbullah
"Wa’ad" mempamerkan kesabaran dengan memberikan kesempatan kepada gerakan Salafi untuk merenungkan kembali seluruh isi kandungan dan butir perjanjian tersebut seraya mengajak mereka untuk mengutamakan perpaduan ummat Islam dan rakyat Lebanon.

Thursday, August 21, 2008

SOKONGAN TERHADAP KESEPAKATAN HIZBULLAH & KELOMPOK SALAFI (WAHABI) DI LEBANON




'Allamah Ayatullah al-Uzma Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah, marji' dan tokoh ulama Syi'ah di Lebanon menyokong kuat perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Hizbullah dan kelompok-kelompok Islam yang beraliran Salafi (Wahabi) di Lebanon untuk bekerjasama bagi menghadapi pelbagai fitnah ke atas Islam di negara tersebut.
'Allamah Sayyid Husain Fadhlullah menegaskan bahawa beliau mendukung segala usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah perselisihan di antara ummat Islam, menghapuskan fenomena pengkafiran sesama mereka dan mewujudkan pendekatan di antara mazhab Ahlus Sunnah dan Syi'ah.
Perjanjian persefahaman itu merangkumi 8 fasal, antaranya :
1-Pengharaman membunuh sesama Muslim.
2-Pencegahan munculnya fitnah.
3-Menentang setiap perancangan Amerika Syarikat dan regim Zionis Israel yang sering memanfaatkan fitnah yang berunsur keagamaan.
4-Menolak sebarang usaha pengkafiran di antara pengikut mazhab Syiah dan Ahlus Sunnah.
5-Pembentukan Majlis Jawatankuasa Ulama dari kedua mazhab untuk membahas dan menyelesaikan sebarang perselisihan yang berlaku.
Dengan termeterainya perjanjian persefahaman tersebut ianya diharapkan akan dapat mencegah munculnya konflik dalaman di kalangan ummat Islam di Lebanon yang bakal dieksploitasi oleh pihak musuh. Lebih kurang 2 tahun yang lalu, pihak Hizbullah juga pernah menandatangani perjanjian yang sama dengan Parti Pembebasan Kebangsaan Lebanon yang dipimpin oleh Michel Aoun.
Allahu Akhbar !

Monday, August 18, 2008

TERKINI : SEMPENA WILADAH IMAM MAHDI (AF), IRAN BERJAYA MELANCARKAN ROKET PEMBAWA SATELIT "SAFIR" KE ANGKASA LEPAS



Republik Islam Iran berjaya melaksanakan ujian pelancaran roket pembawa satelit "SAFIR" (Utusan) yang disaksikan secara langsung oleh Presidennya, Dr. Mahmoud Ahmadinejad. Pelancaran roket pembawa satelit Iran ini dijalankan bertepatan dengan hari kelahiran Imam Mahdi (af) dan dikendalikan sepenuhnya oleh para pakar dalam negara Iran. Roket ini mampu diguna pakai untuk menempatkan satelit di orbit bumi.
Ujian itu dilancarkan untuk menguji kemampuan roket, pengaturan jarak jauh, perangkat pusat bumi, stesen telemeter bumi, kawalan jarak jauh dan penentuan posisi orbit satelit. Ujian tersebut juga berjaya memenuhi seluruh matlamat yang telah ditetapkan sebelumnya.
Dengan kejayaan itu, Iran bakal mampu menempatkan satelit "OMID" (Harapan) buatannya sendiri di orbit bumi dan akan meletakkan negara Republik Islam Iran sebagai salah satu dari 10 buah negara pemilik teknologi pelancar satelit di dunia. YA SAHIBAZ ZAMAN ! ADRIKNA !

Sunday, August 17, 2008

PRESIDEN IRAN : IRAN AKAN LANCARKAN SATELIT BUATAN SENDIRI

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad memaklumkan pelancaran satelit pertama buatan Iran ke angkasa lepas dalam masa yang terdekat. Beliau mengisytiharkan perkara tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan sekumpulan elit intelektual Iran yang bermukim di Turki. Beliau juga mengumumkan bahawa Iran turut akan melancarkan roket dan pelancarnya ke angkasa lepas.
Tegasnya, "Meskipun berlaku pemboikotan ke atas Iran selama 28 tahun oleh Amerika Syarikat, namun Iran masih terus mampu menghasilkan kejutan-kejutan ilmiah. Pada tahun 2007 sahaja, tercatat lebih daripada 7,000 penemuan sains dan teknologi yang terkini telah dipatenkan di Iran. Rakyat Iran bukanlah merupakan bangsa yang mudah menyerah kalah. Rakyat Iran juga akan terus mempertahankan seluruh hak mereka dalam menghasilkan teknologi nuklear."
Beliau menambah lagi, "Kini, Amerika Syarikat mula menyedari hakikat bahawa Iran tidak lagi mampu untuk dipinggirkan kedudukannya di persada dunia. Bahkan Amerika sendirilah yang semakin terpencil. Para pegawai tinggi Amerika sering terpaksa mendapat kawalan tambahan yang ketat dalam setiap kunjungan rasmi ke pelbagai negara. Sebaliknya, para pegawai Iran dalam kunjungannya ke berbagai negara sering disambut dengan baik oleh masyarakat setempat. Ini semua disebabkan kecintaan mereka terhadap Republik Islam Iran."

Allahu Akbar !

PESERTA WANITA IRAN DI SUKAN OLIMPIK,BEIJING 2008



















Friday, August 15, 2008

SAYYID HASAN NASRULLAH : KONFLIK DI GEORGIA ADALAH AKIBAT MENJADI BONEKA AMERIKA DAN ISRAEL


Pemimpin Tertinggi Hizbullah Lebanon, Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah menilai bahawa krisis yang berlaku baru-baru ini di Ossetia Selatan, Georgia merupakan hasil dari permainan politik jahat Amerika Syarikat. Sayyid Hasan Nasrullah menegaskan, "Kejadian yang berlaku di Ossetia Selatan merupakan pengajaran bagi Georgia yang selama ini menjadi anak didik regim Zionis Israel dan menjadikan dirinya sebagai boneka Amerika.
Sayyid Hasan Nasrullah berucap sempena menyambut ulangtahun kedua kemenangan Hizbullah dalam peperangan selama 33 hari menentang tentera regim Zionis Israel. Beliau juga mengungkapkan bahawa Georgia berperang dengan menggunakan persenjataan regim Zionis Israel dan Tel Aviv juga mengirimkan ke Georgia para pakar ketenteraannya yang pernah memimpin operasi perang ke atas Hizbullah di Lebanon.
Beliau juga berkata bahawa rencana Amerika untuk mewujudkan perpecahan di rantau Timur Tengah bagi memenuhi kepentingan Israel telah gagal.

KEZUHURAN SEORANG PENYELAMAT AKHIR ZAMAN MENURUT AHLUL BAIT

Sekiranya penantian itu adalah sejati, maka ia akan membina perjalanan kehidupan seorang insan dan menjelma sebagai keyakinan hati yang kesannya dapat dirasai secara teori dan praktikal. Menaruh harapan terhadap masa depan yang gemilang dan bahagia akan menjadi penggerak dan pencetus semangat dalam setiap gerakerja seseorang insan. Sebaliknya sifat putus asa akan mewujudkan insan yang pasif dan malas berusaha. Oleh itu, di mana harapan yang sejati tersebut berada dan boleh dicapai?
Menurut keyakinan yang dianut oleh beberapa agama, seorang “Penyelamat” akan pasti muncul. Agama Yahudi meyakini bahawa “Messiah” adalah “Penyelamat” yang akan muncul. Namun ketika ditanya berkenaan ciri dan identitinya, mereka akan menjawab, “Kami tidak tahu.”
Di dalam kitab Injil disebutkan bahawa ‘Isa al-Masih (as) akan datang namun ketika ditanya berkaitan agenda yang akan dilaksanakan di bumi, mereka akan menjawab, “Kami tidak tahu.” Bahkan mereka turut menyatakan bahawa tercatat di dalam kitab Injil bahawa hari Kiamat akan berlaku ketika Nabi ‘Isa (as) muncul. Dengan demikian, penganut agama Kristian merasa bingung menghadapi masa depan mereka. Ini bererti penantian mereka tidak bersifat hakiki dan sejati. Pada hakikatnya, mereka sedang menanti kematian kerana hari kiamat yang akan menjelang tiba.
Majoriti pengikut Ahlus Sunnah juga menyatakan bahawa Imam Mahdi (af) akan datang. Cuma baginda belum lahir di muka bumi ini. Ketika ditanya tentang identiti baginda dan para pembantunya, mereka tidak dapat menjawab dengan benar dan meyakinkan. Atas dasar ini, penantian mereka juga tidak hakiki dan masih membingungkan.
Inilah penantian dari pelbagai aliran dan penganutnya yang selalu diliputi dengan keraguan, kecemasan dan ketidakpastian.
Sedangkan lain halnya dengan penantian yang dilakukan dan dirasakan oleh pengikut Ahlul Bait. Mereka meyakini bahawa Imam Mahdi (af) telah lahir ke dunia. Kedudukan ayah dan ibunya juga sudah jelas. Sekarang baginda wujud di balik tabir ghaib (Ghaib Kubra). Allah (swt) sentiasa memeliharanya. Tidak sedikit para solihin yang telah melihat, bertemu dan membuktikan keberadaannya. Atas dasar ini, penantian di kalangan pengikut Ahlul Bait adalah merupakan penantian yang positif dan menyumbang banyak motivasi diri dalam kehidupan mereka. YA SAHIBAZ ZAMAN ! ADRIKNA !

Wednesday, August 13, 2008

PANDANGAN PROF DR HARUN DIN TENTANG PEPERANGAN SIFFIN & MU'AWIYAH

Profesor Datuk Dr Harun Din telah menghuraikan tentang sejarah pahit Perang Siffin dalam sebuah ceramah beliau di Perlis pada 27 Disember 2000. Beliau mengingatkan supaya ummat Islam tidak melupakan sejarah tersebut yang telah memberi pengajaran penting dan perlu mengambil iktibar daripadanya. Tegas beliau, antara punca utama masalah yang dihadapi oleh ummat Islam adalah adanya golongan yang tidak senang dengan Islam yang sebenar. Ini bukanlah merupakan perkara yang baharu. Sejak zaman Sayyidina ‘Ali lagi sudah ada golongan yang tidak senang dengan Islam yang sebenar. Peperangan Siffin tercetus apabila Mu'awiyah, Gabenor Syam telah menentang pelantikan Sayyidina 'Ali sebagai khalifah yang sah dan sebaliknya telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai khalifah. Dalam peperangan tersebut, tatkala tentera Mu'awiyah berada di ambang kekalahan kepada tentera-tentera Sayyidina 'Ali, maka Mu'awiyah telah dinasihatkan oleh 'Amru bin 'As (yang terkenal dengan putarbelitnya ) untuk menggunakan tipu helah dengan menyeru kepada perdamaian dan perpaduan semula ummah. Maka tentera Mu'awiyah telah meletakkan al-Quran di hujung pedang mereka lalu meminta dihentikan peperangan dan kembali kepada hukum Allah (swt). Pihak Mu'awiyah yang hampir kalah itu meminta diadakan rundingan untuk menyatupadukan semula ummah. Mu'awiyah yang hendak kalah itu yang meminta.Penasihat kepada Sayyidina Ali adalah seorang tua yang warak, 'alim dan lurus yang bernama Abu Musa al-Asy'ari. Memandangkan kononnya Mu'awiyah hendak kembali ke jalan Allah (swt), maka Abu Musa telah menasihatkan supaya diterima cadangan tersebut. Sayyidina Ali pada mulanya hendak meneruskan peperangan kerana beliau sedar ianya sekadar taktik perang si Mu'awiyah. Lagi pun Sayyidina Ali kenal wajah-wajah yang tidak ikhlas dan putarbelit itu ( iaitu Mu'awiyah dan 'Amru bin 'As). Namun begitu, sebagai seorang yang berpegang kuat kepada hukum, Sayyidina Ali telah menerima nasihat Abu Musa. Maka berlakulah gencatan senjata dan rundingan perdamaian yang dicadangkan itu. Sekumpulan tentera Sayyidina Ali tidak bersetuju kerana dalam firasat mereka Mu'awiyah dan 'Amru bin 'As adalah dari kalangan orang yang tidak jujur dan hanya mahu melepaskan diri dari keadaan terdesak yang dihadapi. Melihat kepada wajah-wajah Mu’awiyah dan 'Amru bin 'As pun sudah dapat diagak bahawa mereka adalah manusia yang tidak boleh dipercayai. Pasukan tentera di bawah Sayyidina Ali yang tidak bersetuju itu telah keluar dari barisan dan telah menubuhkan kumpulan Khawarij.
Wakil Mu’awiyah adalah penasihat beliau, 'Amru bin 'As yang muda, licik dan terkenal dengan putarbelitnya. Sayyidina 'Ali pula diwakili oleh Abu Musa al-Asy'ari, seorang tua yang alim, warak dan lurus orangnya. Dalam pertemuan tersebut, 'Amru bin 'As telah mengutarakan cadangan yang sangat menarik tetapi mempunyai agenda jahat yang tersembunyi. Menurut 'Amru bin 'As, oleh kerana perpecahan ummat Islam berpunca dari adanya dua orang khalifah pada satu masa, maka perlu dipecat kedua-duanya dan setelah itu dilantik semula salah seorang dari mereka. Orang yang akan dilantik semula sebagai khalifah itu adalah 'Ali. Cadangan yang memihak kepada 'Ali itu memanglah menarik dan telah diterima oleh Abu Musa al-Asy'ari. Maka diaturkanlah majlis untuk memecat kedua-duanya, 'Ali dan Mu'awiyah dan seterusnya melantik semula 'Ali yang dilakukan di hadapan khalayak ramai. Tetapi apa yang telah dilakukan oleh 'Amru bin 'As sebagai wakil Mu’awiyah dalam majlis tersebut berlainan sama sekali dengan apa yang beliau sendiri telah cadangkan sebelum itu. Dalam majlis tersebut, 'Amru bin 'As yang licik telah berkata, dengan berpegang kepada adab dalam Islam yang memberi keutamaan kepada orang tua, maka wajarlah kalau Abu Musa al-Asy'ari yang lebih tua itu untuk memulakan dulu pengisytiharan. Abu Musa tanpa mensyakki apa-apa telah naik ke atas pentas dan mengisytiharkan pemecatan 'Ali. Ketika tiba gilirannya pula, 'Amru bin 'As tidak memecat Mu'awiyah bahkan telah memutarbelit. 'Amru bin 'As telah berkata, oleh kerana punca perpecahan adalah disebabkan adanya dua orang khalifah dalam satu masa dan memandangkan Abu Musa telah pun memecat 'Ali maka kini hanya tinggal seorang khalifah iaitu Mu'awiyah dan dengan itu Mu'awiyah kekal sebagai khalifah. Jelas pihak Sayyidina 'Ali telah ditipu secara nyata sekali. Akibat dari penipuan puak Mu'awiyah itu maka peperangan dan perpecahan telah tercetus semula dengan lebih hebat lagi. Peperangan Siffin adalah merupakan sebuah sejarah yang amat pahit.

Tuesday, August 12, 2008

MASIH INGAT SALMAN RUSHDIE? SEKADAR MENGINGATKAN SEMULA....

Menurut buku yg ditulis oleh al-marhum Ikhwan Nasir, Anwar Ibrahim pernah menentang keputusan al-marhum Imam Khomenei yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penulis buku 'The Satanic Versus' iaitu Salman Rushdie. Dalam satu temubual dengan seorang wartawan Roger Mitton yang tersiar dalam majalah 'ASIAWEEK' pada 11 November 1993, Anwar berkata : "Saya telah membaca buku 'The Satanic Verses'. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai 'The Satanic Verses'. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan sebuah hasil karya sastera. Kedua, bagi saya apa-apa hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang-undang. Keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bila mana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif."
Antara isi kandungan 'The Satanic Verses' karya Salman Rushdie :

1-Wahyu yang diturunkan ke atas Rasulullah (saw) telah dihantar oleh syaitan malah Rasulullah (saw) tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian Rasulullah (saw) menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam al-Quran.
2-Pusat pelacuran di kota Mekah diuruskan oleh semua isteri Rasulullah.
3-Salahuddin al-Ayyubi, panglima perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
*Ini antara sebab Salman Rushdie dijatuhkan hukuman mati oleh Imam Khomeini.
*Sedikit maklumat mengenai Salman Rushdie :

1-Kerajaan British telah menganugerahkan pingat 'Knight Bachelor' (yang membawa gelaran 'Sir') kepada penulis novel 'Surah Syaitan' kelahiran India itu. Salman yang menghina Islam dan Rasulullah (saw) menerima anugerah tersebut dalam satu majlis sempena ulangtahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81. Salman Rushdie, 60 tahun, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King College, Cambridge. Pada tahun 1988, ia menulis novel 'The Satanic Versus' (surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Republik Islam Iran, Imam Khomeini mengeluarkan fatwa supaya Salman Rushdie dihukum bunuh. Sejak itu, Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.
*Kronologi Penghinaan Terhadap Rasulullah (saw) :
1-1969 : Salman Rushdie menghina Nabi (saw) dalam karyanya 'The Satanic Verses'.
2-1990-an : Taslima Nasreen (warga Bangladesh) menghina Nabi (saw) dalam karyanya dan hidup mewah hasil jualan karyanya.
3-Haidar Bin Haidar (rakyat Syria dan bermastautin di Mesir) telah memasukkan Ahli Keluarga Nabi sebagai watak dalam novelnya dan menghina mereka.
4-Seorang editor akhbar 'Nigeria This Day' telah menghina Nabi (saw) dalam kolumnya dengan menyatakan Nabi (saw) akan membenarkan pertandingan ratu cantik di Nigeria dan memilih salah seorang pemenang sebagai isterinya.
5-1997 : Tatyana Suskin (wanita Yahudi) membuat dan menyebarkan 20 poster yang menghina Islam dan Nabi (saw) , antaranya gambar seekor babi.
6-2000 : Farish Noor menulis artikelnya 'Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality' dalam New Straits Times dengan menghina Nabi (saw).
7-2002 : Islama Daniel (wartawan Nigeria) menulis tentang Rasul (saw) dan Miss World. Pertandingan itu adalah untuk memperlekehkan pelaksanaan syari'ah Islam di Nigeria.
8-2004 : Theo Van Gogh (penerbit filem) menghina Islam dan Nabi (saw) dalam sebuah dokumentari atas dasar kebebasan berkarya.
9-2005 : Akhbar Denmark 'Jylands Posten' menerbitkan watak kartun Nabi (saw) sebagai pengganas yang tidak berakhlak. Akhbar-akhbar dari Jerman, Perancis, Belanda, Itali dan Sepanyol turut menghasilkan kartun yang sama untuk menyokong tindakan akhbar Denmark itu.
10-Akhbar 'Sarawak Tribune' menyiarkan kartun yang menghina Nabi (saw) .
11-Akhbar 'Guang Ming Daily' turut menyiarkan foto akhbar yang menyiarkan karikatur itu.
12-Akhbar 'New Straits Times' menyiarkan kartun lain yang menghina Islam dan Nabi (saw).
13-2007 : Salman Rushdie mendapat gelaran 'SIR' daripada kerajaan Britain atas karyanya 'The Satanic Verses'.
* Artikel ini sekadar untuk dijadikan bahan kajian oleh semua pihak.
* Ya MAHDI ! Adrikna !

MENTERI PERTAHANAN ISRAEL AKUI KALAH PERANG DENGAN HIZBULLAH

Menteri Pertahanan Zionis Israel, Ehud Barak mengakui bahawa regim Israel sama sekali tidak mencapai kejayaan dalam serangan ke atas Lebanon pada tahun 2006. Wartawan IRIB di Beirut melaporkan, Barak telah menyentuh tentang kelemahan yang amat ketara di kalangan para pegawai politik Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan menegaskan, "Serangan ke atas Lebanon pada tahun 2006 sekadar menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti Israel. Bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon dan para pegawai politik serta ketenteraan lainnya tidak menggunakan akal dan pikiran ketika menghadapi gerakan Hizbullah di Lebanon."
Beliau menambah lagi, "Ketika perang bermula, Israel tidak mempunyai sebarang persiapan." Dengan memetik pandangan mantan Perdana Menteri Israel, Ben Gurion berkenaan peperangan Israel dengan musuh-musuhnya, Barak menyatakan, "Ben Gurion meyakini bahawa perlu mensasarkan peperangan ke rumah musuh.Peperangan perlu

diwujudkan dalam kawasan musuh dan diusahakan untuk ditunda. Sekiranya peperangan tetap berlaku, kita mesti berperang dalam jangkamasa yang pendek dan patut menang dalam peperangan tersebut. "
Sementara itu, Syeikh Nabil Qawuk, seorang pegawai Hizbullah Lebanon ketika diwawancara oleh akhbar asy-Sharq al-Awsath menyatakan bahawa segala ancaman dari Zionis Israel sama sekali tidak akan membuatkan gerakan Hizbullah gentar dan takut kerana Hizbullah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia. Allahu Akbar ! Ya Aba Saleh al-Mahdi! Adrikna!

Monday, August 11, 2008

UCAPAN BERSEJARAH AL-MARHUM SYEIKH AHMAD DEEDAT BERKAITAN IRAN

video

SYEIKH YUSUF QARDHAWI : IRAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA "DARUL ISLAM"

"Saya yakin bahawa ummat Islam dan negara-negara Islam merupakan sebuah kesatuan yang utuh yang dalam istilah para fuqaha' dinamakan sebagai "Darul Islam". Atas dasar ini, menjaga seluruh kepentingan ummat Islam hukumnya adalah wajib dan Republik Islam Iran adalah sebahagian daripada “Darul Islam”."
Demikian penegasan Syeikh Yusuf Qardhawi, salah seorang ulama besar Ahlus Sunnah dan Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa sambil menambah, "Kita menentang segala bentuk kewenangan dan kezaliman daripada negara-negara dunia ke atas negara-negara Islam ataupun bukan."
Wawancara dan pernyataan penting Yusuf Qardhawi ini telah dimuatkan dalam akhbar “al-'Arab” di negara Kuwait. Ketika menjawab pertanyaan "al-'Arab" tentang apakah dengan memiliki reaktor nuklear, Iran menimbulkan ancaman dan berbahaya terhadap negara-negara serantau, beliau menjawab : "Sekiranya Iran merupakan ancaman dan berbahaya terhadap negara-negara serantau, nescaya Presiden Iran tidak akan menghadiri Persidangan Kerjasama Negara-Negara Teluk Parsi (GCC)."
Tambah beliau, "Malah ketika Dr Mahmoud Ahmadinejad berpidato di Persidangan Kerjasama Negara-Negara Teluk Parsi, beliau telah mengusulkan kepada semua ketua negara-negara serantau supaya bekerjasama dalam membina perpaduan dan persatuan di kalangan negara-negara Teluk Parsi. Oleh kerana itu, kenapa Iran perlu menjadi ancaman?."
Untuk kesekian kalinya Syeikh Yusuf Qardhawi menegaskan dukungannya ke atas hak Iran untuk memiliki reaktor nuklear.
Katanya lagi, "Iran berhak memiliki reaktor nuklear sebagaimana negara-negara lain juga berhak untuk memilikinya. Kenapa Iran yang perlu dinafikan haknya? Apakah kerana Iran adalah sebuah negara Islam? Ketika ini, Israel tidak sekadar memperkuatkan bala tenteranya, bahkan Israel turut memiliki dan memajukan teknologi senjata-senjata pemusnah massa dan bom atom. Kenapa tidak ada sebuah negara pun yang memprotes dan membantah mengenai isu bom nuklear Israel? Lantas, kenapa hanya kepada Iran kita harus memprotes?."
Dalam wawancara tersebut, beliau turut menegaskan bahawa : "Saya sering ditanya berkenaan isu nuklear Iran dan didesak untuk menganggap bahawa Iran adalah ancaman besar terhadap negara-negara serantau, sedangkan Amerika Syarikat memeras keringatnya setiap saat untuk memperbesarkan isu dan masalah ini dan dijadikan alasan untuk menyerang Iran, akan tetapi apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Amerika Syarikat adalah suatu kesalahan yang nyata dan dalam hal ini saya menyokong Iran sepenuhnya."
Beliau seterusnya dengan lebih tegas menyatakan bahawa, "Iran yang bermazhab Syiah tidak menjadi sebarang penghalang sama sekali atas sokongan saya terhadap hak mutlak Iran. Oleh kerana itu, saya berkeyakinan bahawa musuh ummat Islam adalah musuh kita semua, samada Sunni ataupun Syi'i. Menjaga kelangsungan Islam dan memelihara perpaduan dari gangguan serta konspirasi jahat musuh-musuh Islam hukumnya adalah wajib."






Doa Ziarat Imam Mahdi (af)

video

PERENANG IRAN ENGGAN BERTANDING DENGAN PERENANG ISRAEL

Perenang Iran, Mohammad Ali Rezaei, telah membatalkan penampilannya dalam acara 100 meter gaya kuak dada di Sukan Olimpik Beijing 2008 setelah diundi untuk bertanding dengan perenang Israel, Tom Beeri.
Keputusan membatalkan penyertaan Ali Rezaei berlaku hanya beberapa minit sebelum acara tersebut bermula. Lorong pertama yang sepatutnya diduduki oleh Ali Rezaei kosong ketika acara dimulakan.
Atlet-atlet sukan Iran selama ini sering menolak setiap pertandingan yang membabitkan atlet-atlet sukan dari Israel sebagai lambang perpaduan terhadap perjuangan bangsa Palestin. Akibat penarikan diri dalam pelbagai acara sukan antarabangsa itu, para atlet Iran sering menghadapi pelbagai sekatan. Meskipun demikian, pasukan Iran menyatakan pembatalan penyertaan Ali Rezaei adalah disebabkan perenang itu sakit dan perlu dibawa segera ke hospital.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Iran, 'Ali Kafashian menegaskan bahawa tidak ada masalah untuk atlet Iran tampil dalam acara renang tersebut kerana beliau tidak berada dalam posisi "berhadapan satu lawan satu" dengan perenang Israel. Ali Rezaei sepatutnya berada di lorong pertama sementara perenang Israel Tom Beeri berada di lorong ke tujuh.
"Ali Rezaei berenang di lorong pertama dan wakil negara regim zionis itu berada di lorong ke tujuh. Jadi, mereka tidak berhadapan antara satu sama lain," tegas Kafashian. Ali Rezaei adalah perenang pertama Iran yang layak ke Sukan Olimpik.

Pada Sukan Olimpik di Athen pada tahun 2004, seorang atlet Judo Iran yang memegang status juara dunia ketika itu, Arash Miresmaeili telah menolak untuk bertanding menentang peserta Judo dari Israel, Ehud Vaks pada pusingan yang pertama. Penolakan itu dilakukan sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada bangsa Palestin yang hingga ke saat ini masih terus berada di bawah cengkaman Zionis Israel.
Demi perpaduan yang ditunjukkan itu, Iran rela kehilangan potensi untuk meraih pingat emas yang menjadi idaman setiap atlet di Sukan Olimpik termasuk Arash Miresmaeili. Allahu Akbar !