Sunday, September 11, 2011
Friday, February 25, 2011
Insiden Menarik Dalam Pertemuan Rahbar dengan Muammar Gaddafi
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei sewaktu menjadi Presiden, pernah berkunjung ke Libya. Seorang ulama Iran, Ayatullah Khazali menghimbau semula lawatan rasmi Rahbar ke Libya itu dan pertemuan beliau dengan Presiden Libya yang bakal tersungkur itu iaitu Muammar Gaddafi. Dalam pertemuan itu, Rahbar melakukan suatu tindakan spontan yang amat mencuit perasaan demi menjaga kehormatan Iran dan kemuliaan Islam.
Menurutnya,"Sebuah khemah besar dibina sebagai tempat pertemuan Gaddafi dengan para tetamunya. Pintu masuknya amat rendah sekali dan setiap orang yang ingin memasukinya terpaksa tunduk dan membongkokkan badan. Lebih menjengkelkan, di depan pintu masuk khemah itu telah dipasang foto besar Muammar Gaddafi. Ini bermakna setiap orang yang memasuki khemah tersebut secara tidak disedari seolah-olah akan memberikan penghormatan kepada Muammar Gaddafi dengan membongkokkan badan ke arah beliau. Namun Rahbar ketika memasuki khemah itu, beliau masuk dengan membelakangkan badannya ke arah foto Muammar Gaddafi."
Subscribe to:
Posts (Atom)