Saturday, February 6, 2010

ADA APA DENGAN 'KEMESRAAN' ?

Ada Apa Dengan 'Kemesraan' & 'Aku' ?

Kalian menyatakan 'Kemesraan' itu keterlaluan,
Kalian merasakan 'Kemesraan' itu tidak berlandaskan keadilan,
Kalian meluahkan 'Kemesraan' itu merosakkan 'iman',
Kalian mengungkapkan 'Kemesraan' itu menggoncang kedamaian.....

Ada Apa Dengan 'Kemesraan' Dan 'Kalian'?

Kemesraan itu kalian bilang :

Mengubah jiwa,
Menyiksa batin,
Merosak sanubari,
Meruntuh akhlak,
Menzalimi saudara seagama.....

Ada Apa Dengan 'Kemesraan' dan 'Aku' ?

Ianya adalah sifatku,
Ianya adalah naluriku,
Ianya adalah keinginanku,
Ianya adalah ibadahku,
Ianya adalah kebahagianku,
Sungguh..... 'Kemesraan' itu adalah diriku.

Wahai 'Kalian' ! Ada apa dengan 'Kemesraan' & 'Aku'?

Apakah 'Kemesraaan' akan membawa diriku ke 'Wail' Ilahi ?
Apakah 'Kemesraan' akan menggiring tubuhku ke 'Jahannam' Ilahi ?
Apakah 'Kemesraan' akan menjamin kalian menuju Firdausi Ilahi ?
Yang pasti ternyata, 'Kemesraan' dan 'aku' tidak menzalimi yang AZALI.
Hakikatnya, 'Kemesraan dan 'Aku' berada di bawah naungan 'Arasy Ilahi',

Jadi,

Ada Apa Sebenarnya Dengan 'KEMESRAAN' & KALIAN ?????

Nukilan : Hanoona, 6 Feb 2010

AMR MOUSSA - SERANGAN KE ATAS IRAN BERERTI MENEMPAH NERAKA

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa dalam sebuah kenyataannya minggu lalu di Paris menepis kemungkinan serangan Zionis Israel ke atas Iran.
Tegasnya, "Berdasarkan pertimbangan akal, baik dari segi strategi mahu pun teknikal, adalah lebih baik tidak ada sebarang pihak yang cuba melancarkan serangan ketenteraan atau mencari nahas."
Menurutnya, ketika ini kita sedang menghadapi pelbagai isu politik, agama serta perkauman yang sangat pelik dan serangan terhadap Iran sama saja dengan menempah neraka.
"Ungkapan perang terhadap Iran tidaklah mudah dan tidak akan ada kata sepakat dalam hal ini, kerana api yang dinyalakan dalam peperangan ini kemungkinan bakal membakar seluruh rantau ini. Tidak ada pihak yang boleh beranggapan bahawa Iran hanya akan membisu di hadapan serangan ketenteraan ke atasnya. Setiap pihak memiliki kekuatan masing-masing."
Menyentuh tentang kemungkinan peranan Iran di Yaman, Moussa mengatakan, "Ada berbagai masalah antara negara-negara Arab dan Iran yang perlu dibahaskan kerana jika keadaan ini berlarutan dalam suasana tegang, ia akan memberikan kesan yang amat negatif dan Liga Arab berulangkali menyeru dialog di antara kedua belah pihak. Sudah sekian lama Yaman menghadapi berbagai masalah yang rumit namun di samping berbagai krisis yang ada, negara-negara Barat hanya campur tangan ketika al-Qaeda aktif di negara tersebut."
Di samping itu, Moussa turut menyifatkan Turki dan Iran memiliki peranan dan pengaruh politik paling aktif di rantau Timur Tengah. Menurutnya, Turki cenderung bersikap kompromi sementara Iran lebih menuju ke arah politik garis keras. Namun peranan keduanya tidak dapat dimungkiri dalam menyelesaikan masalah serantau.