*Gambar yang disiarkan akhbar Al-Ahram menunjukkan Hosni Mubarak berada di depan barisan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House baru-baru ini.
KAHERAH - Sebuah akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram dikecam kerana mengubah sekeping gambar supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilihat berada di barisan depan pemimpin yang menyertai rundingan damai konflik Israel-Palestin di White House.
Gambar tersebut diubahsuai dengan menggunakan perisian komputer. Akhbar berkenaan dipercayai menggunakan teknik 'potong dan lekat' pada gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin dunia berada di White House.
Gambar itu menunjukkan Hosni berada di hadapan barisan pemimpin berkenaan dan beliau kelihatan seperti mengetuai rundingan damai Palestin-Israel itu.
*Gambar asli yang menunjukkan Hosni Mubarak berada di barisan paling belakang (kiri) manakala Barack Obama mengetuai para pemimpin dunia lain di White House, Washington baru-baru ini.
Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan beberapa pemimpin Asia Barat iaitu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pemerintah Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Washington bagi memulakan pusingan rundingan damai.
Selepas rundingan selesai, jurugambar-jurugambar merakamkan imej kumpulan tersebut dengan Obama berada di hadapan dan Hosni di belakang bersama pemimpin-pemimpin yang lain.
Sebuah akhbar Mesir, Al-Misry Al-Yaum melaporkan bahawa Al-Ahram telah melakukan 'pembedahan' supaya Hosni kelihatan memimpin barisan pemimpin dunia.
Selepas rundingan selesai, jurugambar-jurugambar merakamkan imej kumpulan tersebut dengan Obama berada di hadapan dan Hosni di belakang bersama pemimpin-pemimpin yang lain.
Sebuah akhbar Mesir, Al-Misry Al-Yaum melaporkan bahawa Al-Ahram telah melakukan 'pembedahan' supaya Hosni kelihatan memimpin barisan pemimpin dunia.
Namun, Ketua Pengarang Al-Ahram, Osama Saraya membidas kritikan terhadap gambar berkenaan. Osama dalam satu ruangan rencana pengarang menyatakan, gambar tersebut bertujuan untuk menggambarkan Mesir sebagai negara yang mengetuai rundingan damai Asia Barat.
2 comments:
Salam. Ada masalah nak memasuki blog ini. Setiap kali loading akan berlaku web jentayu.com yg muncul. Ini disebabkan web hijriah.jentayu.com dah expired. Sila buangkan kod html (script kalendar hijrah dari web berkenaan). Ini bukan masalah virus. Harap maklum. wasalam
Tuan,
Ramai yang tersinggung dan marah dengan tragedi penangkapan saudara-saudara kita di Hauzah Gombak tempoh hari. sila beri komen...
Harap agar mereka yang ditangkap itu sepakat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap JAIS atas tuduhan-tuduhan yang terlalu banyak unsur khayal.
Post a Comment