Rahbar Tekankan Soal Spiritual Terhadap Angkatan Bersenjata Iran
Rahbar atau Pemimpin Agama Tertinggi Republik Islam Iran, Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei menekankan bahawa angkatan bersenjata Republik Islam Iran perlu meningkatkan disiplin ilmu dan mempersiapkan segala sesuatu untuk membuat peralatan ketenteraan yang serba canggih dengan memanfaatkan segala sumber tempatan. Kenyataan tersebut disampaikan hari ini oleh Rahbar ketika menerima kunjungan hormat oleh sekumpulan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran. Beliau mengatakan, Angkatan Bersenjata Iran hari ini memiliki kelengkapan tentera yang jauh lebih kuat dan sumber tenaga manusia yang lebih jauh handal serta lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan zaman awal revolusi dan semasa perang suci dengan Iraq. Oleh kerana itu, selain harus memelihara persediaannya di semua bidang, angkatan bersenjata juga perlu lebih memperdalamkan lagi nilai-nilai spiritual dan mengambil langkah untuk merekrut tenaga-tenaga yang mukmin, kreatif dan aktif.
Dalam pertemuan tersebut, Rahbar menjelaskan bahawa sejak kemenangan revolusi Islam pada tahun 1979, angkatan bersenjata Iran telah berubah jatidiri menjadi kekuatan yang berasaskan agama dan revolusioner. Beliau juga berkata, keadaan ini harus dipertahankan dan langkah untuk menguatkan semangat keagamaan, revolusi, kreativiti, kebulatan tekad, hubungan baik dengan masyarakat awam, kepercayaan diri, keberanian untuk masuk ke medan-medan yang besar serta membuka peluang bagi mengembangkan potensi generasi muda juga harus dipertingkatkan.
Rahbar juga menyebut bahawa tugas utama para pegawai tentera ialah memacu kesinambungan langkah ke arah kemajuan negara, sambil menambah bahawa pemerintahan Republik Islam Iran dengan sistem politik dan sosialnya yang berlandaskan ajaran Islam adalah sistem pemerintahan baru. Inovasi baru ini yang dipaparkan dengan landasan demokrasi agama serta semangat anti keangkuhan dan penjajahan, begitu mendapat tempat di seluruh dunia termasuk di sisi ummat Islam, terutama di kalangan cendekiawan dan pemikir Muslim. Negara-negara kuasa besar dunia mahu tidak mahu perlu menerima kenyataan ini.
2 comments:
salam ya akhi..
ana bertukar alamat blog...
http://mardihah.blogspot.com
ini alamat blog baru ana...
sukran ya akhi!!
salam sungguh menraik nukilan boleh kita bertukar email untuk bertukar pendapat?
-karam
Post a Comment