Friday, April 9, 2010

SAINTIS NUKLEAR IRAN BERPALING TADAH KE AMERIKA SYARIKAT

WASHINGTON - Seorang saintis nuklear Iran yang dilaporkan hilang sejak musim panas tahun lalu sebenarnya telah berpaling tadah ke Amerika Syarikat, lapor rangkaian televisyen ABC baru-baru ini.
Laporan itu menyatakan saintis berkenaan, Shahram Amiri kini tinggal di Amerika Syarikat dan sedang membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjejaskan program nuklear Iran.
Shahram, yang bekerja di Universiti Malek Asytar di Teheran, Iran hilang Jun tahun lalu semasa mengerjakan haji di Mekah
.
Memetik sumber-sumber perisikan, stesen televisyen ABC menyatakan, kehilangan pakar nuklear itu sudah lama dirancang oleh CIA yang memujuknya supaya belot.
Agensi CIA dilaporkan mendekati Shahram di Iran melalui orang tengah yang menawarkan peluang penempatan semula kepadanya bagi pihak pemerintah Amerika Syarikat.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, beliau berharap sekatan antarabangsa ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu dapat dilaksanakan pertengahan bulan ini.

1 comment:

nabil kiut said...

Sekarang dah pulang ke Iran seletah dilarikan dari saudi kenmudian ke Amerika. Dia diletakkan dalam pengawasan ejen perisikan Iran selama dua tahun.