Tuesday, July 17, 2012

Akibat Desakan Masyarakat Syiah, Kerajaan WAHABI Arab Saudi Terpaksa Mengizinkan Keluarga Syeikh Nemr Menemuinya

-Akibat desakan berterusan masyarakat Syiah di Arab Saudi, pihak kerajaan WAHABI Arab Saudi terpaksa mengizinkan keluarga Syeikh Nemr al-Nemr menemuinya di hospital. -Buntu dengan desakan para penunjuk perasaan dan protes bertali arus mereka ke atas penangkapan Syeikh Nemr, seorang ulama terkemuka WAHABI telah menggesa para pegawai kerajaan WAHABI Arab Saudi untuk mengizinkan sebahagian ahli keluarga Syeikh Nemr untuk menemuinya di hospital tentera. -Menurut maklumat daripada salah seorang ahli keluarganya, Syeikh Nemr telah menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya dan beliau kini berada dalam keadaan yang baik. -Pada 8 Julai 2012 yang lalu, pihak polis Arab Saudi telah menembak kenderaan yang dinaiki oleh Syeikh Nemr al-Nemr di Qatif. Akibat tembakan tersebut, kereta beliau telah merempuh salah sebuah rumah penduduk lalu pihak polis menangkapnya serta merta di tempat kejadian. -Syeikh al-Nemr adalah seorang pengkritik keras terhadap dasar-dasar rejim kerajaan WAHABI Arab Saudi dan sering mengecam langkah-langkah keselamatan yang zalim dan diskriminasi terhadap masyarakat Arab Saudi yang bermazhab Ahlul Bait. -Dalam khutbah-khutbahnya, beliau sering menuntut kepada pemerintah Arab Saudi supaya menamatkan diskriminasi terhadap para penduduk di wilayah timur negara itu. Penterjemah : ROHAIZAD IBRAHIM

2 comments:

Unknown said...

Syiah jgn nak temberang konon musuh dgn Israel sebenarnya syiah Dan isreal akan bersatu menentang imam mahadi berfahaman sunnah .

MAGS PREMIUMS said...

Face MaskDi saat CONVID-19 ini MAGS PREMIUM GIFTS menyediakan Ready Stock Face Mask untuk anda. Dapatkan segera dengan Team Sales kami sementara stock masih ad.

Ready Stock Original 3ply
Kualiti terjamin (with CE Certificate)
Tidak serap air
Tapis habuk, virus, air, bakteria
Selesa dipakai dan membolehkan pernafasan yang lebih bebas

Hubungi kami untuk dapatkan facemask sementara stock masih ada:

Mags Premium Gifts Sdn Bhd
Sales Team: 017 300 1977 / 018 299 3097