Showing posts with label Iran...1 Dis 2008. Show all posts
Showing posts with label Iran...1 Dis 2008. Show all posts

Monday, December 1, 2008

IRAN CADANG KERJASAMA NUKLEAR DI RANTAU TELUK

TEHRAN – Kerajaan Republik Islam Iran mencadangkan satu usaha sama dengan negara-negara jiran di Teluk untuk memajukan loji janakuasa nuklear.
“Saya mencadangkan negara-negara di rantau ini menumpukan agenda pada satu konsortium bagi membina dan memajukan loji janakuasa nuklear air ringan,” kata Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Gholam Reza Aghazadeh.
“Iran bersedia mengemukakan satu cadangan komprehensif sekiranya negara-negara Teluk bersetuju dengan prinsip itu,” katanya.

3 PENYERANG MASJID DIHUKUM GANTUNG DI IRAN


TEHRAN : Mahkamah Revolusi Republik Islam Iran memutuskan tiga orang lelaki yang terbabit dalam serangan bom dalam sebuah masjid yang penuh sesak sehingga mengorbankan 14 orang mangsa pada April 2008 yang lalu, sebagai bersalah dan dihukum gantung sampai mati di khalayak umum berhampiran lokasi serangan.
Mahkamah turut mendapati tiga tertuduh tersebut bersalah kerana memiliki hubungan dengan Amerika dan menerima arahan untuk mencetuskan ketidakstabilan di dalam Iran menerusi kempen pengeboman dan pembunuhan. Dilaporkan, ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah. “Tertuduh yang dibicarakan pada 22 November 2008 yang lalu dihukum gantung berdasarkan seriusnya tragedi dalam operasi keganasan itu dan adalah perlu untuk hukuman itu dijalankan di tempat umum di sebelah masjid terbabit,” lapor dokumen mahkamah.
Mengikut dokumen mahkamah, semua tertuduh itu turut mengaku menjadi ahli Persatuan Diraja Iran iaitu kumpulan monarki yang berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan Islam di Iran dan merancang untuk mengebom beberapa tempat lain di negara itu.

IRAN DAN IRAQ MELAKUKAN PERTUKARAN MAYAT TENTERA

BAGHDAD - Iraq dan Iran hari ini bertukar- tukar mayat tentera masing- masing yang terkorban semasa perang Iraq-Iran dari tahun 1980 hingga 1988.
Pertukaran mayat-mayat tentera antara kedua-dua negara itu dilakukan berdekatan sempadan kedua-dua negara di selatan bandar Basra.
Seramai 200 mayat tentera Iraq dan 41 mayat tentera Iran dikembalikan ke negara asal mereka semasa upacara tersebut.
Menurut kenyataan bersama, hanya 23 mayat tentera Iraq dan 10 mayat tentera Iran yang telah dikenal pasti.
Ratusan ribu askar daripada kedua-dua negara itu telah terbunuh atau hilang sepanjang perang selama lapan tahun itu.