Friday, September 17, 2010

AKHBAR TIPU IMEJ PRESIDEN MESIR

*Gambar yang disiarkan akhbar Al-Ahram menunjukkan Hosni Mubarak berada di depan barisan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House baru-baru ini.

KAHERAH - Sebuah akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram dikecam kerana mengubah sekeping gambar supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilihat berada di barisan depan pemimpin yang menyertai rundingan damai konflik Israel-Palestin di White House.
Gambar tersebut diubahsuai dengan menggunakan perisian komputer. Akhbar berkenaan dipercayai menggunakan teknik 'potong dan lekat' pada gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin dunia berada di White House.
Gambar itu menunjukkan Hosni berada di hadapan barisan pemimpin berkenaan dan beliau kelihatan seperti mengetuai rundingan damai Palestin-Israel itu.
*Gambar asli yang menunjukkan Hosni Mubarak berada di barisan paling belakang (kiri) manakala Barack Obama mengetuai para pemimpin dunia lain di White House, Washington baru-baru ini.
Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan beberapa pemimpin Asia Barat iaitu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pemerintah Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Washington bagi memulakan pusingan rundingan damai.
Selepas rundingan selesai, jurugambar-jurugambar merakamkan imej kumpulan tersebut dengan Obama berada di hadapan dan Hosni di belakang bersama pemimpin-pemimpin yang lain.
Sebuah akhbar Mesir, Al-Misry Al-Yaum melaporkan bahawa Al-Ahram telah melakukan 'pembedahan' supaya Hosni kelihatan memimpin barisan pemimpin dunia.
Namun, Ketua Pengarang Al-Ahram, Osama Saraya membidas kritikan terhadap gambar berkenaan. Osama dalam satu ruangan rencana pengarang menyatakan, gambar tersebut bertujuan untuk menggambarkan Mesir sebagai negara yang mengetuai rundingan damai Asia Barat.

Thursday, May 20, 2010

PENJARA PALING MEWAH DI DUNIA

*Gambar menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.

OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai USD1.4 juta (RM4.4 juta). Pembinaan penjara bernilai USD22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.
Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.
Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.
Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.
"Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.
Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka.

PELUKIS KARTUN SINDIR NABI MUHAMMAD BERASA TAKUT

*Gambar : Lars Vilks.
STOCKHOLM – Seorang pelukis Sweden, Lars Vilks, yang bertanggungjawab melukis gambar Nabi Muhammad (saw) bersama badan seekor anjing sehingga menaikkan kemarahan umat Islam menyatakan dia berasa tidak selamat semasa berada di rumahnya pada waktu malam.
Dia membuat kenyataan itu seminggu selepas diserang oleh seorang lelaki semasa dia sedang menyampaikan syarahan di sebuah universiti di negara berkenaan.
Vilks berkata, dia mula tidur di kawasan lain selepas terdapat satu percubaan untuk membakar rumahnya baru-baru ini di Nyhamslage, selatan Sweden. Laman webnya turut digodam oleh penggodam.
Vilks berkata, dia memutuskan untuk tidur di tempat lain sebagai langkah berjaga-jaga mengenai keselamatannya.
“Semasa waktu siang, saya tidak fikir berlaku situasi berbahaya kerana saya boleh menjaga diri saya sendiri,” kata Vilks.

Wednesday, April 28, 2010

DEDAH PAYU DARA PUNCA GEMPA BUMI - ULAMA IRAN

*Gambar : Ayatullah Kazem Sadeqi (Ulama Iran).
Isu payu dara tiba-tiba 'meledak' di laman sembang Facebook, apabila seorang penulis blog wanita menggesa 'rakan sejantina' membuktikan dakwaan ulama Iran, Ayatullah Kazem Sadeqi yang berkata wanita seksi dan perbuatan mendedahkan buah dada sebagai punca gempa bumi, adalah salah.
Ketika pengguna internet melayari laman rasmi dikenali 'Boobquake', gempa bumi 6.5 skala Richter yang melanda Taiwan, mencetuskan jenaka online, di kalangan pelayar internet, apabila mereka bertanya sama ada ia adalah bukti kenyataan ulama berkenaan.
Lebih 55,000 orang menyokong laman Boobquake nukilan Jennifer McCreight yang menyifatkan dirinya seorang pejuang wanita yang lantang bersuara dan tidak beragama, menunjukkan gambar payu daranya yang besar.
“Tidak, gempa bumi Taiwan belum lagi menunjukkan kesan ketara. Jika kita dilanda gegaran pada kekuatan yang sama sehingga esok, mungkin kita terpaksa terima pendapat ulama itu ,” kata pelajar senior kolej itu ketika mengemaskini blognya.
McCreight yang tinggal di Indiana, Amerika Syarikat, menggunakan laman sembang sosial Twitter untuk mendapatkan pandangan wanita seluruh dunia untuk menguji sejauh mana kebenaran dakwaan ulama itu bahawa wanita seksi boleh menyebabkan ‘bumi bergegar’.
“Ramai wanita zaman ini tidak memakai pakaian yang sopan sehingga menyebabkan ramai lelaki ‘sesat jalan’ dan mencemar kesucian diri, menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat dan meningkatkan jumlah kejadian gempa bumi,” kata Sadeqi baru-baru ini.

Friday, April 9, 2010

SAINTIS NUKLEAR IRAN BERPALING TADAH KE AMERIKA SYARIKAT

WASHINGTON - Seorang saintis nuklear Iran yang dilaporkan hilang sejak musim panas tahun lalu sebenarnya telah berpaling tadah ke Amerika Syarikat, lapor rangkaian televisyen ABC baru-baru ini.
Laporan itu menyatakan saintis berkenaan, Shahram Amiri kini tinggal di Amerika Syarikat dan sedang membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjejaskan program nuklear Iran.
Shahram, yang bekerja di Universiti Malek Asytar di Teheran, Iran hilang Jun tahun lalu semasa mengerjakan haji di Mekah
.
Memetik sumber-sumber perisikan, stesen televisyen ABC menyatakan, kehilangan pakar nuklear itu sudah lama dirancang oleh CIA yang memujuknya supaya belot.
Agensi CIA dilaporkan mendekati Shahram di Iran melalui orang tengah yang menawarkan peluang penempatan semula kepadanya bagi pihak pemerintah Amerika Syarikat.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, beliau berharap sekatan antarabangsa ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu dapat dilaksanakan pertengahan bulan ini.

Saturday, February 6, 2010

ADA APA DENGAN 'KEMESRAAN' ?

Ada Apa Dengan 'Kemesraan' & 'Aku' ?

Kalian menyatakan 'Kemesraan' itu keterlaluan,
Kalian merasakan 'Kemesraan' itu tidak berlandaskan keadilan,
Kalian meluahkan 'Kemesraan' itu merosakkan 'iman',
Kalian mengungkapkan 'Kemesraan' itu menggoncang kedamaian.....

Ada Apa Dengan 'Kemesraan' Dan 'Kalian'?

Kemesraan itu kalian bilang :

Mengubah jiwa,
Menyiksa batin,
Merosak sanubari,
Meruntuh akhlak,
Menzalimi saudara seagama.....

Ada Apa Dengan 'Kemesraan' dan 'Aku' ?

Ianya adalah sifatku,
Ianya adalah naluriku,
Ianya adalah keinginanku,
Ianya adalah ibadahku,
Ianya adalah kebahagianku,
Sungguh..... 'Kemesraan' itu adalah diriku.

Wahai 'Kalian' ! Ada apa dengan 'Kemesraan' & 'Aku'?

Apakah 'Kemesraaan' akan membawa diriku ke 'Wail' Ilahi ?
Apakah 'Kemesraan' akan menggiring tubuhku ke 'Jahannam' Ilahi ?
Apakah 'Kemesraan' akan menjamin kalian menuju Firdausi Ilahi ?
Yang pasti ternyata, 'Kemesraan' dan 'aku' tidak menzalimi yang AZALI.
Hakikatnya, 'Kemesraan dan 'Aku' berada di bawah naungan 'Arasy Ilahi',

Jadi,

Ada Apa Sebenarnya Dengan 'KEMESRAAN' & KALIAN ?????

Nukilan : Hanoona, 6 Feb 2010

AMR MOUSSA - SERANGAN KE ATAS IRAN BERERTI MENEMPAH NERAKA

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa dalam sebuah kenyataannya minggu lalu di Paris menepis kemungkinan serangan Zionis Israel ke atas Iran.
Tegasnya, "Berdasarkan pertimbangan akal, baik dari segi strategi mahu pun teknikal, adalah lebih baik tidak ada sebarang pihak yang cuba melancarkan serangan ketenteraan atau mencari nahas."
Menurutnya, ketika ini kita sedang menghadapi pelbagai isu politik, agama serta perkauman yang sangat pelik dan serangan terhadap Iran sama saja dengan menempah neraka.
"Ungkapan perang terhadap Iran tidaklah mudah dan tidak akan ada kata sepakat dalam hal ini, kerana api yang dinyalakan dalam peperangan ini kemungkinan bakal membakar seluruh rantau ini. Tidak ada pihak yang boleh beranggapan bahawa Iran hanya akan membisu di hadapan serangan ketenteraan ke atasnya. Setiap pihak memiliki kekuatan masing-masing."
Menyentuh tentang kemungkinan peranan Iran di Yaman, Moussa mengatakan, "Ada berbagai masalah antara negara-negara Arab dan Iran yang perlu dibahaskan kerana jika keadaan ini berlarutan dalam suasana tegang, ia akan memberikan kesan yang amat negatif dan Liga Arab berulangkali menyeru dialog di antara kedua belah pihak. Sudah sekian lama Yaman menghadapi berbagai masalah yang rumit namun di samping berbagai krisis yang ada, negara-negara Barat hanya campur tangan ketika al-Qaeda aktif di negara tersebut."
Di samping itu, Moussa turut menyifatkan Turki dan Iran memiliki peranan dan pengaruh politik paling aktif di rantau Timur Tengah. Menurutnya, Turki cenderung bersikap kompromi sementara Iran lebih menuju ke arah politik garis keras. Namun peranan keduanya tidak dapat dimungkiri dalam menyelesaikan masalah serantau.

Sunday, January 10, 2010

AKHBAR 'HAARETZ' MERAGUI KEMAMPUAN ISRAEL UNTUK HADAPI HIZBULLAH & HAMAS

Akhbar Israel, 'Haaretz' meragui kemampuan Israel untuk menyerang para pejuang di Palestin dan Lebanon. Akhbar tersebut dalam edisi terbarunya menyentuh ketidakmampuan Israel dari aspek ketenteraan untuk membendung serangan roket daripada pihak Hamas dan Hizbullah.
Menurut 'Haaretz' lagi, "Dalam situasi seperti ini, rakyat Israel tidak boleh mempercayai kenyataan para pegawai Tel Aviv tentang kemampuan hebat mereka untuk mewujudkan peperangan baru ke atas para pejuang di Palestin dan Lebanon."
'Haaretz' turut mengulas, "Meskipun Badan Keselamatan Israel menjangka akhir tahun 2010 sebagai waktu terbaik untuk menyerang para pejuang tersebut, namun melihat kepada ketidakmampuan Israel dalam menangkis serangan roket mereka, maka Tel Aviv tidak diyakini memiliki kesediaan dan kemampuan yang memadai untuk mencipta peperangan baru."