Monday, February 20, 2012

AYATULLAH SYEIKH KASHANI : YANG AMAT DIPERLUKAN SAAT INI ADALAH PERPADUAN

Solat Jumaat di Tehran pada 17 Februari 2012 telah dipimpin oleh Ayatullah Syeikh Muhammad Imami Kashani.
Dalam khutbahnya, Ayatullah Kashani menyatakan, "Yang paling diperlukan oleh seluruh rakyat Iran pada ketika ini adalah perpaduan dan perhatian terhadap seluruh ucapan Rahbar. Memelihara perpaduan dan menjauhi perpecahan akan memuliakan bangsa."
Dalam khutbah keduanya, Ayatullah Kashani mengatakan, "Para musuh berniat untuk mengurangkan penyertaan rakyat dalam pilihanraya umum melalui pelbagai analisa mereka."
Beliau turut merujuk pada khutbah Imam Ali as yang ke 127 dalam Nahjul Balaghah berkenaan pentingnya perpaduan dan solidariti. Beliau turut menegaskan, "Ketika rakyat bersatu padu dan menginginkan kebaikan, musuh akan takut dan mundur. Oleh kerana itu Imam Ali as menekankan bahawa "tangan Allah" sentiasa akan bersama rakyat. Oleh kerana rakyat Iran bergerak dengan satu slogan menuju satu tujuan, maka mereka harus berhati-hati dan menghindari perpecahan serta masalah-masalah remeh."
Ketika menyentuh mengenai penyertaan meluas rakyat dalam perhimpunan agung 22 Bahman (11 Februari) bagi memperingati kemenangan Revolusi Islam Iran, Ayatullah Kashani mengatakan, "Kita melihat media-media asing khususnya Amerika Syarikat dan Israel sering menganalisa masalah-masalah remeh dan tidak mendedahkan penyertaan meluas rakyat Iran yang merupakan perkara paling utama."
Tegas beliau lagi, "Perkara terpenting dalam perhimpunan agung 22 Bahman adalah perpaduan dan solidariti rakyat. Meskipun demikian, ada sebahagian media massa asing yang mengungkapkan perkara yang menarik dari perhimpunan agung 22 Bahman itu. Mereka mengakui bahawa keagungan Revolusi Islam dan gelora 22 Bahman itu muncul kerana wujudnya demokrasi di Iran."

Terjemahan oleh : Rohaizad Ibrahim

3 comments:

refah00 said...

sapa yang baca blog ni hati2.Syiah dah makin aktif sebarkan sebaran sampai sanggup fitnah ulama.Tobatlah puak Syiah.Sahabat2 dah dijamin syurga.Kita ni belum tentu lagi

azman adalah said...

Confirm penulis blog ni syiah... Ya Allah berikanlah hidayah pd aku dan penulis blog ini. Moga kami menjadi org2 yg beriman. Amin

azman adalah said...

Confirm penulis blog ni syiah... Ya Allah berikanlah hidayah pd aku dan penulis blog ini. Moga kami menjadi org2 yg beriman. Amin