

Rakaman menyebut membuktikan bahawa Israel mampu melakukan kemusnahan besar-besaran dan menghentam sasaran dengan tepat kerana maklumat dalaman daripada apa yang dikatakan Hamas sebagai 'kerjasama Fatah'. Seorang pegawai keselamatan Hamas mendakwa ejen Fatah menyampaikan maklumat sensitif, termasuk menggunakan Google Earth untuk menunjukkan sasaran di Semenanjung Gaza, kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang kemudian menyampaikannya kepada pasukan udara Israel.
"Dengan bantuan program Google Earth, kumpulan berkenaan menyediakan peta menunjukkan masjid, institusi, terowong atau bengkel kerja," kata Abu Abdillah, pegawai kanan perisikan Hamas. Katanya, maklumat termasuk pelan rumah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh, selain lokasi terowong dan kubu senjata. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas memberitahu sidang video berkenaan mengandungi pengakuan sebenar, bukan propaganda.
No comments:
Post a Comment