Kebimbangan negara-negara Barat terhadap program nuklear Iran semakin besar. Perancis, Jerman dan Britain menyarankan supaya sekanan yang lebih keras dikenakan terhadap Iran setelah Teheran berjaya dalam ujian penghasilan kuasa elektrik dari tenaga nuklearnya di Bushehr.
Dokumen rahsia ketiga negara itu telah didedahkan oleh akhbar Financial Times. Dokumen tersebut mengandungi tuduhan terhadap 34 organisasi di Iran dan sepuluh orang yang mempunyai kaitan dengan program rahsia nuklear atau senjata biologi. "Para Diplomat Eropah memberikan pelbagai penjelasan berhubung alasan di sebalik tuduhan tersebut," demikian menurut akhbar FinancialTimes.
Sebahagian diplomat mengatakan, dokumen tersebut dibuat untuk memberikan Presiden Amerika Serikat, Barack Obama sebuah 'tongkat besar' dalam mengambil pendirian terkini terhadap Iran. Diplomat lain pula mengatakan bahawa ketiga negara Kesatuan Eropa itu ingin mempengaruhi hasil kajian dasar Washington ke atas Iran yang akan selesai pada bulan depan.
“Antara mereka yang termasuk dalam senarai itu ialah komandan dan timbalannya dari pasukan tentera Basij. Organisasi milik negara yang turut tersenarai ialah Sharif University of Technology, Iran Insurance Company, Iran Air Cargo, Iran Space Agency dan Razi Institute for Serum and Vaccine Production,” tulis akhbar harian itu lagi.
Sementara itu, Israel sangat berang dengan kejayaan Teheran menguji tenaga nuklear tersebut. “Kami sebuah negara yang kuat dan kami memiliki kemampuan ketenteraan yang sukar untuk dibayangkan. Kami telah mengerahkan segala daya upaya untuk menghasilkan kemampuan yang sebegini hebat,” kata Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

No comments:
Post a Comment