BAITULMAQDIS - Pesawat-pesawat perang Israel mengebom sempadan Gaza-Mesir, dengan sasaran ke atas terowong-terowong yang digunakan oleh kerajaan Hamas untuk menyeludup bekalan dan senjata, sebagai serangan balas kepada serangan roket Palestin terhadap wilayah Yahudi.
Keganasan terbaru itu berlangsung ketika para perunding Mesir berusaha menganjurkan gencatan senjata berjangka panjang, dengan negara-negara Arab mendesak Hamas untuk mematuhinya minggu ini.
Sebutir roket Grad meletup di Ashkelon yang memiliki penduduk Yahudi seramai 122,000 orang kira-kira 16 kilometer ke utara Gaza, memusnahkan kenderaan dan bangunan. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ia adalah kali pertama pejuang Palestin melancarkan roket Grad sejak serangan ganas rejim Zionis ke atas Gaza selama tiga minggu yang berakhir pada 17 Januari lalu. Lain-lain roket yang dilancarkan selama ini adalah bersaiz kecil dan merupakan yang direka sendiri oleh pejuang Palestin.
Israel kemudiannya menyerang balas pada waktu malam dengan membedil sempadan Gaza-Mesir selepas memberi amaran kepada penduduk untuk keluar dari kawasan tersebut. Tentera Yahudi itu mendakwa pesawatnya berjaya memusnahkan lima terowong di sempadan sepanjang 14 kilometer tersebut, termasuk lokasi pelancaran roket Hamas.
Di sebalik serangan-serangan tersebut, kedua-dua pihak, Israel dan Hamas kelihatan mempunyai hasrat jelas untuk mengawalnya daripada menjadi peperangan terbuka sekali lagi.
Hamas mahu perjanjian damai diwujudkan bagi membolehkan sempadan Gaza dengan Israel dan Mesir dibuka semula bagi memulihkan bekalan makanan kepada 1.5 juta penduduk di Gaza. Sekatan di sempadan dilaksanakan pada Jun 2007 apabila Hamas merampas kuasa kerana Israel menganggapnya sebagai kumpulan pengganas manakala Mesir bimbangkan pengaruh Hamas merebak ke negaranya.

No comments:
Post a Comment