TEHERAN: Seorang lelaki Iran membunuh enam orang termasuk isteri pertama dan seorang anak perempuannya dalam kejadian amuk selepas satu pertengkaran keluarga. "Isteri pertama suspek, anak perempuan dan empat yang lain berusia antara 10 hingga 24 tahun terbunuh dalam kejadian itu," lapor agensi berita Isna, yang memetik komander polis wilayah, Alireza Akhbar Shahi. Alireza berkata, lelaki bersenjata itu adalah seorang pengamal poligami yang dikenali sebagai Mohammad A.Lelaki itu turut mencederakan 11 yang lain termasuk isteri keduanya dan seorang anak lelaki mereka. "Dalam kejadian tersebut, kami menerima panggilan mengenai kejadian tembakan di kawasan penduduk Qods, di bandar Shahir," kata Akhbar Sani sambil menambah lelaki berusia 65 tahun itu juga merancang membunuh semua isterinya kerana mempunyai masalah keluarga. Semua mangsa tinggal di bangunan yang sama dengan lelaki bersenjata terbabit, kata komander polis sambil menambah bahawa lelaki itu hilang kawalan dan mula menembak orang di sekeliling beliau. Polis juga merampas beberapa senjata api.






.jpg)
















Ahmadinejad berikrar untuk melindungi perlembagaan Republik Islam itu tetapi ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah disampaikan dengan nada yang lembut. Ia luar biasa bagi pemimpin Iran itu yang lazimnya gemar menyampaikan ucapan berapi-api.
"Saya dengan ini bersumpah dengan nama Allah untuk melindungi sistem Revolusi Islam dan perlembagaan dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi sempadan Iran," katanya.
"Kita tidak akan berdiam diri, kita tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan biadab, campur tangan dan penghinaan," katanya.
Majlis angkat sumpah itu dihadiri oleh para pegawai tinggi kerajaan dan ulama tetapi 