Monday, June 15, 2009

2 WARGA IRAN DITAHAN DI KLIA, SYABU BERNILAI RM5.1 JUTA DIRAMPAS

*Gambar : Md. Hassim Pardi (dua dari kiri) bersama Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Mohd. Subri Awang (dua dari kanan) menunjukkan dadah eramin-5 dan ekstasi yang dirampas pada sidang akhbar di Nilai, Negeri Sembilan.

NILAI - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu oleh dua lelaki warga Iran setelah merampas 20.4 kilogram dadah itu bernilai RM5.1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Kesemua dadah tersebut ditemui disorokkan dalam lapisan rahsia bagasi kedua-dua lelaki terbabit yang baru tiba dari Dubai, pada pukul 4.15 petang.
Penolong Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan), Datuk Md. Hassim Pardi berkata, lelaki rakyat Iran yang berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan sebaik sahaja tiba dengan sebuah pesawat di KLIA.
Beliau memberitahu, sebaik sahaja kandungan bagasi mereka itu diperiksa, ia dikesan mengandungi barangan seludup yang kemudiannya disahkan dadah jenis syabu.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui dadah jenis syabu seberat 20.4 kilogram dengan harga pasaran yang dianggarkan bernilai RM5.1 juta dalam bagasi yang dibawa mereka. Penangkapan kedua-dua lelaki dari Iran itu merupakan yang pertama membabitkan rakyat negara tersebut yang dikesan menyeludup dadah melalui negara ini," katanya.
Menurut Md. Hassim, kedua-dua lelaki berkenaan kini direman tujuh hari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

1 comment:

ibn harun said...

Mai sini selain bawak duit untuk sebar revolusi Syiah, kitab-kitab Syiah bawak sekali Syabu dan perempuan2 mut'ah. konon masuk belajar kat universiti di malaysia. lepas daftar cabut hilang entah ke mana. agen2 mut'ah ni bersepah di damansara