Monday, April 13, 2009

BARAK SERTAI NETANYAHU

BAITULMAQDIS - Bakal Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak mencapai persetujuan untuk membentuk perikatan antara Parti Likud dan Buruh dalam menubuhkan kerajaan.
Perjanjian awal perikatan bergantung kepada pengesahan oleh eksekutif Buruh namun ramai dari mereka menentang kedudukan sebagai rakan sekutu kepada Likud yang kurang berminat terhadap rundingan damai dengan penduduk Palestin.
Laporan yang disiarkan oleh Radio Tentera Israel itu juga menyatakan bahawa Barak akan dikekalkan jawatan di bawah perjanjian tersebut. Netanyahu sudahpun mempunyai sekutu dari pihak ultranasionalis iaitu Parti Yisrael Beitenu dan Shas yang ultra ortodoks, namun mahu mengelakkan kerajaan berfahaman pelampau kanan yang dibimbangi bertentangan haluan dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Sokongan oleh Buruh membolehkan Netanyahu menguasai 66 daripada 120 kerusi Parlimen.

No comments: