
Ahmadinejad berkata, pelancaran itu tetap akan diteruskan meskipun pelancaran satelit pertama Iran pada Februari lalu telah mencetuskan banyak kebimbangan. "Iran merancang untuk melancarkan lebih banyak satelit sofistikated ke angkasa lepas," katanya pada mesyuarat bersama sekumpulan pegawai luar Iran. Beliau bagaimanapun tidak menyebut bila pelancaran itu akan dilakukan.
Ahmadinejad berkata, roket membawa satelit yang akan dilancarkan pada jarak sekitar 700 hingga 1,500 kilometer itu akan berada pada altitud lebih tinggi daripada yang terdahulu.
Peningkatan program pelancaran roket sofistikated Iran dalam rancangan melancarkan lebih banyak satelit ke angkasa pada masa depan hanya akan menambahkan lagi kebimbangan negara-negara barat untuk terus menuduh Iran membangunkan senjata nuklear.
Iran bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa program pembangunan teknologi angkasa dan nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan.

Merujuk kepada Amerika Syarikat yang menjadikan satelit untuk mengawasi Afghanistan dan Iraq, para pegawai Iran berkata, mereka juga memerlukan kemudahan yang serupa untuk tujuan keselamatan.
Pada tahun 2005, Iran telah melancarkan satelit komersial pertama menggunakan roket Rusia dalam projek kerjasama dengan Moscow melalui rakan dalam pemindahan teknologi angkasa untuk negara berkenaan.
Pada tahun yang sama, Iran telah memperuntukkan sebanyak USD500 juta untuk projek angkasa lepas dalam tempoh lima tahun. Malah, Iran merancang melancarkan tiga lagi satelit menjelang tahun 2010 dan menghantar seorang lelaki di orbit dalam tempoh 10 tahun itu.
No comments:
Post a Comment