WASHINGTON - Diplomasi 'ping pong' sebelum ini telah berjaya mengatasi hubungan dingin Amerika Syarikat-China dan diplomasi 'YouTube' pula diharap akan dapat melakukan perkara serupa dalam hubungan Amerika-Iran.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menggunakan Internet untuk melonjakkan dirinya menuju ke White House semasa kempen pilihan raya Presiden Amerika pada tahun lalu, sekali lagi menggunakannya untuk melancarkan inisiatif diplomatik besar dalam usahanya memulihkan hubungan dengan Iran, walaupun baru saja menjadi Presiden.
Dalam rakaman sebuah mesej video kepada rakyat Iran ketika sambutan Tahun Baru Nuruz yang disebarkan di dalam talian, Obama menggunakan sekali lagi kemudahan internet yang pernah digunakannya secara berkesan ketika berkempen pada pilihan raya Presiden Amerika pada tahun lalu.
Obama ketika menjadi calon Presiden, bergantung kepada usaha penyokongnya untuk menyebarkan e-mel dan video kepada rakan dan keluarga dan White House berharap rakyat Iran akan melakukan perkara serupa menyebarkan mesej Presiden Amerika itu menerusi YouTube.
Trita Parsi, Presiden Majlis Iran-Amerika Kebangsaan berkata, langkah itu dilihat berjaya dan 'merebak seperti kebakaran' di internet. "Bilangan e-mel yang saya terima daripada penduduk Amerika dan Iran yang saling mengucapkan selamat tahun baru, kemudian menghantar pautan pada mesej Presiden Obama amat banyak sekali," ujarnya.
Video bertajuk 'A New Year, A New Beginning' selama tiga minit 35 saat itu turut dimuatkan dalam laman web White House di whitehouse.gov/Nowruz dengan keterangan gambar dalam bahasa Parsi dan juga saluran YouTube White House di youtube.com/user/whitehouse.

No comments:
Post a Comment