Monday, April 13, 2009

IRAN TOLAK TENTERA ASING DI AFGHANISTAN

*Gambar : Mohammad Mehdi Akhoundzadeh.
THE HAGUE, Belanda - Iran menolak kehadiran tentera asing di Afghanistan, sekali gus menentang strategi baru Amerika Syarikat bagi menyelesaikan konflik di negara itu.
Pendirian tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Luar Iran, Mohammad Mehdi Akhoundzade sebelum bermulanya persidangan pertama mengenai konflik di Afghanistan sejak Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan strategi beliau.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berharap untuk mendapatkan sokongan daripada 90 negara yang menghadiri persidangan itu supaya mereka meningkatkan penglibatan tentera masing-masing di Afghanistan.
Beliau juga meminta sumbangan tambahan untuk membangunkan ekonomi Afghanistan serta melatih tentera dan polis negara itu bagi menewaskan gerila al-Qaeda dan Taliban. Hillary yang tidak merancang untuk mengadakan rundingan langsung dengan pegawai Iran di sini berkata, beliau mengharapkan bantuan Iran berhubung keselamatan di sempadan dan kempen memerangi dadah di Afghanistan.
Berbeza dengan dasar pentadbiran bekas Presiden George W. Bush sebelum ini, Obama melihat Iran boleh memainkan peranan penting dalam usaha mencari penyelesaian berpanjangan dalam konflik di Afghanistan.

No comments: