Wednesday, April 29, 2009

WARTAWAN AMERIKA SYARIKAT DIPENJARA DI IRAN

*Gambar : Roxana Saberi.

TEHERAN - Mahkamah revolusi Iran menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang wartawan Amerika Syarikat berketurunan Iran, Roxana Saberi kerana menjadi pengintip bagi pihak Amerika.
Seorang ahli keluarga Roxana memaklumkan bahawa bapa kepada Roxana, Reza Saberi memaklumkan kepadanya mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Roxana.
Roxana, 31, yang ditahan di negara Iran sejak Januari lalu, dibicarakan secara tertutup atas tuduhan mengintip bagi pihak Amerika. Peguam wanita itu ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai hukuman penjara tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, tidak menunjukkan sebarang reaksi berhubung keputusan itu, walaupun terdapat usaha tawaran diplomatik dari Presiden Barack Obama untuk membebaskan Roxana.

No comments: