Friday, April 24, 2009

HUKUMAN PENJARA MUNTAZHAR DIKURANGKAN 2 TAHUN

BAGHDAD - Wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun sebelum ini dikurangkan hukuman kepada penjara satu tahun sahaja.
Muntazhar az-Zeidi, 30, didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Baghdad pada 12 Mac lalu kerana menyerang Bush ketika lawatan perpisahannya ke ibu kota Iraq Disember tahun lalu.
Peguam Dhiya al-Sa'adi berkata, Mahkamah Rayaun memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada satu tahun atas beberapa sebab.
"Mereka telah mempertimbangkan motif serangan terbabit dan umur Muntazhar yang masih muda serta tidak memiliki rekod jenayah sebelum ini. Muntazhar juga telah berkelakuan baik ketika dalam penjara," kata Dhiya al-Sa'adi. Muntazhar dijadualkan akan dibebaskan pada 14 September ini kerana telah ditahan selama tiga bulan sebelum ini dan mengikut undang-undang Iraq yang menetapkan hanya sembilan bulan dalam hukuman penjara selama satu tahun.

No comments: