Sunday, April 12, 2009

ISRAEL CABUL TATA ETIKA PERUBATAN

BAITULMAQDIS - Sebuah pertubuhan hak asasi manusia Israel mendakwa tentera rejim Zionis telah mencabul tata etika perubatan semasa melancarkan kempen serangan ke atas Genting Gaza pada Disember dan Januari lalu.
Doktor bagi Hak Asasi Manusia-Israel (PHR) menggambarkan beberapa insiden yang 'menunjukkan tentera bukan sahaja gagal memindahkan keluarga-keluarga Palestin yang terkepung dan cedera, tetapi juga menghalang pasukan perubatan Palestin daripada merawat mangsa yang cedera'.
Laporan PHR itu menyusuli dakwaan yang dibangkitkan oleh pertubuhan hak asasi lain dan pihak Palestin bahawa tindakan tentera Israel sepanjang 23 hari serangan ke atas Gaza mewajarkan siasatan jenayah perang.
Tentera Israel berkata, Mahkamah Tinggi telah menolak petisyen yang difailkan oleh PHR pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas serangan berakhir dan dakwaan berkenaan masih disiasat.
PHR memetik angka yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan 16 kakitangan perubatan Palestin terbunuh dalam serangan Israel, manakala 25 lagi cedera sewaktu menjalankan tugas.

No comments: