Friday, April 24, 2009

MAYELIKOHAN DIPANGGIL SEMULA LATIH SKUAD BOLASEPAK IRAN

*Gambar : Ali Da'ei

TEHERAN - Persekutuan bola sepak Iran memanggil semula Mohammad Mayelikohan untuk menjadi ketua jurulatih negara itu bagi menggantikan Ali Da'ei yang dipecat selepas kekalahan mengejut kepada Arab Saudi pada kelayakan Piala Dunia bulan lalu.
Media Iran melaporkan bahawa Mayelikohan yang pernah melatih pasukan Iran pada tahun 1995-1997, menggantikan Da'ei iaitu penjaring gol terbanyak dunia di peringkat antarabangsa dengan 109 gol dari 148 penampilan.
Da'ei dipecat selepas tewas kepada Arab Saudi 2-1 pada perlawanan yang berlangsung pada 28 Mac di Teheran yang menyebabkan pasukan itu berada di tempat keempat dalam Kumpulan Dua di belakang Korea Utara, Korea Selatan dan Arab Saudi.

No comments: