Monday, April 13, 2009

MENTERI LUAR ISRAEL DISIASAT KES RASUAH

*Gambar : Avigdor Lieberman.

BAITUL MAQDIS - Selepas dua hari dilantik sebagai Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, seorang tokoh pelampau Yahudi disoal siasat selama lebih tujuh jam oleh pihak polis berhubung tuduhan rasuah.
Ketika akhbar menghebohkan berita berkenaan soal siasat tersebut, ketua Parti Beiteinu itu telah mencetuskan kejutan di dalam dan di luar negara berikutan pendirian keras berhubung proses damai dengan Palestin. Ini berikutan kenyataan kerasnya bahawa Israel tidak terikat dengan perjanjian 2007 yang disokong oleh Amerika Syarikat untuk memulakan rundingan damai dengan Palestin.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, Lieberman yang baru memulakan tugas disoal siasat oleh jabatan rasuah berhubung tuduhan melakukan rasuah, penipuan, menggelap wang dan pecah amanah.
Menurut laporan akhbar, Lieberman menerima wang tunai yang banyak dari luar negara bagi membiayai kempen pilihan rayanya, baru-baru ini.

No comments: