Wednesday, August 6, 2008

ISRAEL JADIKAN KUBURAN UMMAT ISLAM & KRISTIAN SEBAGAI PUSAT PENTERNAKAN LEMBU

Pihak berkuasa Israel telah mengubah sebuah kawasan perkuburan Islam dan Kristian untuk rakyat Palestin menjadi pusat penternakan lembu.
Keputusan ini dibuat selepas Mahkamah Agung Israel menolak tuntutan Pertubuhan al-Aqsa.
Sekumpulan tokoh rakyat Palestin yang terdiri daripada tokoh Muslim dan Kristian telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Mahkamah Agung Israel seraya menganggap pihak pemerintah Zionis Israel telah melakukan penodaan terhadap agama.
Al-Jazeera memetik sumber daripada Pertubuhan al-Aqsa bahawa
sejak bermulanya penjajahan, Israel telah mengubah banyak masjid dan gereja menjadi tempat ibadah Yahudi dan sebahagian yang lain pula dihancurkan.

No comments: