Friday, August 8, 2008

Presiden Libya Remehkan Kekuatan Iran,Peringatkan Supaya Tidak Sombong & Desak Agar Tunduk Kepada Barat

Presiden Libya Mu'ammar al-Gaddafi mengingatkan Republik Islam Iran bahawa sikap sombong hanya akan mengakibatkan negara tersebut dimalukan secara ketenteraan. Keadaan yang pernah dialami oleh Iraq mampu berlaku di Iran.
Demikian amaran yang disampaikan oleh Gaddafi ketika berkunjung ke Tunisia baru-baru ini. Perkara ini boleh terjadi sekiranya Iran menolak tuntutan negara-negara maju untuk mencari penyelesaian damai dalam isu program nuklear.
Libya juga pernah diserang oleh Amerika Syarikat di bawah kepemimpinan Presiden Ronald Reagan.
"Apa yang Iran lakukan benar-benar datang dari kesombongan," kata Gaddafi setelah Tehran mengabaikan tempoh waktu yang diminta oleh Barat untuk menerima pakej insentif yang ditawarkan oleh mereka jika Iran bersedia untuk bersikap lebih telus dalam isu program nuklearnya.
"Ketika keputusan untuk menyerang dibuat, negara ini akan menderita sebanding dengan yang pernah dialami oleh Iraq. Iran tidaklah sekuat Iraq dan tidak memiliki persenjataan yang cukup untuk melawan dengan kemampuannya sendiri," tegas Gaddafi lagi.
"Serangan yang akan muncul jauh lebih besar berbanding kesediaan Iran untuk memberikan jawaban memadai kepada Barat," sambung Gaddafi dalam kunjungan hari ketiga ke Tunisia.
Sebelum Iran dan Iraq, Libya juga pernah menghadapi tekanan selama bertahun-tahun dari Barat kerana isu program nuklear dan hasrat untuk mengembangkan program senjata kimia. Namun pada tahun 2003, Libya bersikap lunak dan bersedia bekerjasama dengan Barat.
Meskipun demikian, Iran berkali-kali menekankan bahawa negaranya tidak memiliki ketakutan terhadap sebarang ancaman serangan ketenteraan oleh Barat. Iran juga menegaskan bahawa mereka memiliki kemampuan yang mencukupi untuk memusnahkan sebarang serangan dari pihak musuh. Allahu Akbar !!!




1 comment:

Al Fadhl said...

Salam,
Cehh!! si Gadaffi cakap macam tak de tuhan...ni la akidah umat Islam sekarang bersikap terlalu lembut dgn musuh2 Islam...Gadaffi tu dah nyanyuk kot....Ya Shahibaz Zaman adrikni..adrikni...adrikni