Thursday, August 7, 2008

Dr Mahmud Ahmadinejad Enggan Meletakkan Bunga Di Pusara Kamal Attaturk Dalam Lawatannya Ke Turki

Dr Mahmud Ahmadinejad terus menimbulkan kegemparan yang menarik perhatian seluruh dunia. Sebuah akhbar di Britain, The Guardian telah melaporkan bahawa pada minggu hadapan Presiden Iran itu akan mengunjungi Istanbul atas undangan parti pemerintah iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan.
Tidak seperti peraturan protokol rasmi negara Turki, kunjungan Ahmadinejad akan dilakukan di Istanbul, ibu negara Dinasti Uthmaniah dan bukan Ankara, ibu negara Turki sekarang demi mengelakkan upacara wajib mengunjungi pusara Kamal Attaturk, Pengasas Turki Moden. Sikap yang diambil itu adalah bersesuaian dengan ketegasan Ahmadinejad yang menolak untuk memberikan jambangan bunga di atas pusara seorang tokoh yang pernah dikagumi oleh Reza Syah, ayah kepada Syah Iran yang telah digulingkan oleh Imam Khomeini (qs) dalam peristiwa revolusi 1979.
Oleh kerana menyedari kedudukan penting Republik Islam Iran di rantau Timur Tengah dan dunia, kerajaan Turki telah melakukan pengecualian dan menerima kunjungan Ahmadinejad di Istanbul tanpa upacara tersebut. Selain itu, kerajaan Turki juga ingin meningkatkan peranannya di rantau Eropah dengan menawarkan diri sebagai penghubung di antara Iran dan Barat.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh al-Jazeera, media-media pro-sekular telah menimbulkan pertanyaan terhadap sikap pemerintah yang dianggap terlalu lunak dan kurang menunjukkan sikap nasionalisme yang sewajarnya. Namun ternyata, ianya tidak mempengaruhi keputusan pemerintah yang dipimpin oleh Erdogan, Perdana Menteri Turki. Allahu Akhbar ! Ya Ali Madad !

3 comments:

Al Fadhl said...

Salam,

Ni baru nama pemimpim Muslim yg sebenar,pandai membezakan mana halal dan yg haram jangan jadi pemimpin Islam lain main 'langgar' aje...Pemimpin Islam lain kena contohi 'Singa'baru ni..
Selawat....

Abu_Wajihah said...

Salam..

Berada dalam BAHTERA AHLUL BAIT adalah pra syarat utama.

Al Fadhl said...

Salam..

Betui...syarat utama kena bermazhab Ahlul Bait baru nampak nikmat iman dan kehebatan Islam...Ya Hussien