Profesor Datuk Dr Harun Din telah menghuraikan tentang sejarah pahit Perang Siffin dalam sebuah ceramah beliau di Perlis pada 27 Disember 2000. Beliau mengingatkan supaya ummat Islam tidak melupakan sejarah tersebut yang telah memberi pengajaran penting dan perlu mengambil iktibar daripadanya. Tegas beliau, antara punca utama masalah yang dihadapi oleh ummat Islam adalah adanya golongan yang tidak senang dengan Islam yang sebenar. Ini bukanlah merupakan perkara yang baharu. Sejak zaman Sayyidina ‘Ali lagi sudah ada golongan yang tidak senang dengan Islam yang sebenar. Peperangan Siffin tercetus apabila Mu'awiyah, Gabenor Syam telah menentang pelantikan Sayyidina 'Ali sebagai khalifah yang sah dan sebaliknya telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai khalifah. Dalam peperangan tersebut, tatkala tentera Mu'awiyah berada di ambang kekalahan kepada tentera-tentera Sayyidina 'Ali, maka Mu'awiyah telah dinasihatkan oleh 'Amru bin 'As (yang terkenal dengan putarbelitnya ) untuk menggunakan tipu helah dengan menyeru kepada perdamaian dan perpaduan semula ummah. Maka tentera Mu'awiyah telah meletakkan al-Quran di hujung pedang mereka lalu meminta dihentikan peperangan dan kembali kepada hukum Allah (swt). Pihak Mu'awiyah yang hampir kalah itu meminta diadakan rundingan untuk menyatupadukan semula ummah. Mu'awiyah yang hendak kalah itu yang meminta.Penasihat kepada Sayyidina Ali adalah seorang tua yang warak, 'alim dan lurus yang bernama Abu Musa al-Asy'ari. Memandangkan kononnya Mu'awiyah hendak kembali ke jalan Allah (swt), maka Abu Musa telah menasihatkan supaya diterima cadangan tersebut. Sayyidina Ali pada mulanya hendak meneruskan peperangan kerana beliau sedar ianya sekadar taktik perang si Mu'awiyah. Lagi pun Sayyidina Ali kenal wajah-wajah yang tidak ikhlas dan putarbelit itu ( iaitu Mu'awiyah dan 'Amru bin 'As). Namun begitu, sebagai seorang yang berpegang kuat kepada hukum, Sayyidina Ali telah menerima nasihat Abu Musa. Maka berlakulah gencatan senjata dan rundingan perdamaian yang dicadangkan itu. Sekumpulan tentera Sayyidina Ali tidak bersetuju kerana dalam firasat mereka Mu'awiyah dan 'Amru bin 'As adalah dari kalangan orang yang tidak jujur dan hanya mahu melepaskan diri dari keadaan terdesak yang dihadapi. Melihat kepada wajah-wajah Mu’awiyah dan 'Amru bin 'As pun sudah dapat diagak bahawa mereka adalah manusia yang tidak boleh dipercayai. Pasukan tentera di bawah Sayyidina Ali yang tidak bersetuju itu telah keluar dari barisan dan telah menubuhkan kumpulan Khawarij.
Wakil Mu’awiyah adalah penasihat beliau, 'Amru bin 'As yang muda, licik dan terkenal dengan putarbelitnya. Sayyidina 'Ali pula diwakili oleh Abu Musa al-Asy'ari, seorang tua yang alim, warak dan lurus orangnya. Dalam pertemuan tersebut, 'Amru bin 'As telah mengutarakan cadangan yang sangat menarik tetapi mempunyai agenda jahat yang tersembunyi. Menurut 'Amru bin 'As, oleh kerana perpecahan ummat Islam berpunca dari adanya dua orang khalifah pada satu masa, maka perlu dipecat kedua-duanya dan setelah itu dilantik semula salah seorang dari mereka. Orang yang akan dilantik semula sebagai khalifah itu adalah 'Ali. Cadangan yang memihak kepada 'Ali itu memanglah menarik dan telah diterima oleh Abu Musa al-Asy'ari. Maka diaturkanlah majlis untuk memecat kedua-duanya, 'Ali dan Mu'awiyah dan seterusnya melantik semula 'Ali yang dilakukan di hadapan khalayak ramai. Tetapi apa yang telah dilakukan oleh 'Amru bin 'As sebagai wakil Mu’awiyah dalam majlis tersebut berlainan sama sekali dengan apa yang beliau sendiri telah cadangkan sebelum itu. Dalam majlis tersebut, 'Amru bin 'As yang licik telah berkata, dengan berpegang kepada adab dalam Islam yang memberi keutamaan kepada orang tua, maka wajarlah kalau Abu Musa al-Asy'ari yang lebih tua itu untuk memulakan dulu pengisytiharan. Abu Musa tanpa mensyakki apa-apa telah naik ke atas pentas dan mengisytiharkan pemecatan 'Ali. Ketika tiba gilirannya pula, 'Amru bin 'As tidak memecat Mu'awiyah bahkan telah memutarbelit. 'Amru bin 'As telah berkata, oleh kerana punca perpecahan adalah disebabkan adanya dua orang khalifah dalam satu masa dan memandangkan Abu Musa telah pun memecat 'Ali maka kini hanya tinggal seorang khalifah iaitu Mu'awiyah dan dengan itu Mu'awiyah kekal sebagai khalifah. Jelas pihak Sayyidina 'Ali telah ditipu secara nyata sekali. Akibat dari penipuan puak Mu'awiyah itu maka peperangan dan perpecahan telah tercetus semula dengan lebih hebat lagi. Peperangan Siffin adalah merupakan sebuah sejarah yang amat pahit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
betoi ka camtu dr harun din cakap??? penulis blog ni terang2 menghina saidina muawiyah r.a...ang syiah laknatullah ka????
celakalah puak Syiah yang memutarbelitkan ucapan ulama yang ikhlas seperti Dr Haron Din
UMMUABIHA ADALAH PENGIKUT TEGAR MAZHAB JAAFARIYYAH, AJARAN AGAMA PARSI SYIAH....
Jadi tak hairanlah bila dia gembira menghentam para sahabat terutama muawiyyah dan amru serta memuji giler Saidina Ali dan Penyokongnya...
Kalau dibaca semua penulisan tentang perang siffin ini kita dapati kedua-belah pihak dikelirukan oleh golongan penderhaka yang bernama SYIAH!
Post a Comment