Saturday, August 9, 2008

IRAN BIMBANG TERHADAP SITUASI TERKINI DI MAURITANIA


*gambar : Ketua Tentera Mauritania, Jeneral Mohamed Ould Abdel Aziz
Jurucakap Republik Islam Iran mengungkapkan kekhuatiran terhadap situasi dalaman yang terkini di Mauritania dan menegaskan bahawa Iran menentang keras penggunaan sebarang bentuk kekerasan yang bersifat ketenteraan
. Ketika menyentuh situasi terkini di Mauritania, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Hasan Qashqavi menegaskan, "Suara rakyat Mauritania mengenai pemilihan Presiden, wakil rakyat di parlimen dan ahli dewan negara perlu dihormati".
Jurucakap tersebut mengharapkan agar keamanan pulih semula dan kekuasaan dikembalikan ke tangan pemerintahan yang sah dan mendapat mandat daripada rakyat Mauritania.
Ketua Tentera Mauritania, Jeneral Mohamed Ould Abdel Aziz yang dipecat pada 6 Ogos 2008 yang lepas telah melancarkan rampasan kuasa secara ketenteraan dan mengepung istana Presiden. Mereka juga telah menangkap Presiden dan Perdana Menteri. Majoriti negara-negara di dunia dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa telah mengecam keras rampasan kuasa tersebut.

No comments: