Sunday, August 31, 2008

PESANAN RAHBAR : ELEMEN UTAMA REVOLUSI ISLAM TIDAK BOLEH BERUBAH

Pemimpin Spiritual Revolusi Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah Al-'Uzma Sayyid 'Ali Khamenei menjelaskan bahawa tuntutan keadilan, kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang sebenarnya adalah asas kepada Revolusi Islam. Kenyataan itu dikemukakan dalam pertemuannya dengan ketua dan ahli-ahli "Majlis Khubregon" (Badan Pakar) di Tehran. Ketika menghuraikan tentang elemen utama Revolusi Islam, Rahbar menegaskan :
  1. Tuntutan keadilan, kemerdekaan, kebebasan yang hakiki, penentangan terhadap imperialisme dan tidak bersikap pasif di hadapan musuh merupakan sebahagian dari prinsip penting Revolusi Islam yang tidak mungkin boleh diubah. Nilai kekuatan dan kemurnian prinsip-prinsip tersebut adalah bersumber dari ajaran al-Quran dan logika Islam.

  2. Sejak 30 tahun yang lalu, pihak musuh sering berusaha untuk menghancurkan Revolusi Islam Iran yang akhirnya menjadi faktor munculnya pelbagai masalah. Semua pihak perlu menyedari peri pentingnya memelihara prinsip-prinsip tersebut.

  3. Politik jahat pihak asing ini telah berlaku sejak awal Revolusi Islam ke atas setiap pemerintahan. Setiap pemerintahan yang menganggap bahawa segala usaha pihak asing itu adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar Revolusi Islam akan bakal menjadi sasaran utama serangan pihak musuh.

  4. Di hadapan musuh imperialis, Republik Islam Iran tidak boleh bersikap lemah bahkan wajib berdiri teguh, kuat dan kebal sehingga musuh merasakan mereka tidak mampu melaksanakan apa jua perancangan jahat.
  5. Prinsip-prinsip asas Revolusi Islam tidak boleh ditentang.

Ketika menyentuh mengenai gerakan serius dalam bidang ilmiah di Iran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Rahbar menyatakan bahawa kini tidak ada satu pun masalah rumit yang tidak dapat dipecahkan oleh para pemuda negara ini dan kemampuan ini merupakan salah satu faktor utama kekuatan Iran.
Rahbar juga menegaskan bahawa "Majlis Khubregon" (Badan Pakar) memiliki kedudukan yang sangat penting dan menjadi tumpuan kepercayaan masyarakat dan pemerintah Republik Islam Iran. Tambahnya, salah satu tugas Badan Pakar adalah melantik seorang Rahbar dan mengawasi secara tetap syarat-syarat kepemimpinan yang merupakan salah satu faktor lain yang mengangkat kedudukan badan tersebut dan atas dasar inilah Badan Pakar merupakan sebuah badan terpenting dalam memecahkan sebarang kebuntuan dalam Republik Islam Iran.

No comments: