Angin perubahan di seluruh Lebanon terus menghembus segar. Isteri mantan Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri yang terbunuh dalam insiden serangan bom beberapa tahun lalu, telah mengirimkan sepucuk surat kepada Pemimpin Tertinggi Hizbullah, Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah.
Dalam surat tersebut, beliau menyampaikan pujian dan penghargaannya kepada Hizbullah di atas kemenangan gemilang yang berjaya diraih dalam proses pertukaran tawanan dengan regim Zionis Israel baru-baru ini.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Agensi Berita Fars di Iran yang memetik dari web al-Manar, Nazik Hariri, janda al-marhum Rafik Hariri dalam suratnya menyatakan bahawa kembalinya para tawanan dan jenazah para syuhada' muqawamah setelah sekian lama berada jauh dari negara mereka, merupakan kemenangan yang besar bagi Lebanon dalam menghadapi kezaliman dan thaghut. Nazik Hariri turut menambah bahawa dalam kemenangan ini asy-syahid Rafik Hariri juga memainkan peranannya.
Kepada Sayyid Hasan Nasrullah, janda al-marhum Rafik Hariri itu mengungkapkan, “Kami semua bersandar pada kebijakan dan kearifan anda. Anda adalah orang yang paling memahami erti pengorbanan dan anda telah melakukannya termasuk dengan kesyahidan puteramu, Hadi Nasrullah di jalan ini.”
Nazik Hariri juga berharap agar kesatuan dan keutuhan di antara parti-parti politik Lebanon yang ada dapat diwujudkan. “Kami tetap menyandarkan harapan kepada kearifan rakyat Lebanon dalam mewujudkan persatuan dan perpaduan demi perdamaian,” tegas beliau lagi.

2 comments:
Salam,
Selawat & Salam buat Rasul saaw dan keluarganya,Tahniah buat HIZZBULLAH !! HIDUP IRAN,SELAWAT...
Salam al fadhl!
Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Sayyid Hasan Nasrullah baru-baru ini. Hizbullah kini telah memasuki era baru...era kemenangan dan tidak akan mengalami sebarang kekalahan...Allahu Akbar!
Post a Comment