Sunday, August 24, 2008

RAHBAR : PEMERINTAHAN AHMADINEJAD ADALAH LAMBANG KESETIAAN TERHADAP REVOLUSI ISLAM

Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-'Udzma Sayyid 'Ali Khamenei, menganggap sikap penentangan di hadapan kuasa besar dunia yang angkuh sebagai lambang kesetiaan pemerintah Iran terhadap slogan dan seruan Revolusi Islam Iran.
Dalam pertemuannya dengan Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad berserta para anggota kabinetnya, Rahbar menegaskan bahawa dekad ke-4 revolusi merupakan dekad kemajuan dan keadilan. Seluruh perencanaan dan usaha perlu dilaksanakan dalam konteks ini. Rahbar menilai usaha mengembalikan kehormatan dan kebebasan hakiki negara Iran dan bangsanya sebagai kebijaksanaan pemerintah Iran yang patut dihargai sambil menekankan bahawa keyakinan dan kebanggaan terhadap kehormatan serta identiti sebenar Iran merupakan asas kepada kebebasan yang hakiki.
Rahbar turut menjelaskan bahawa di peringkat antarabangsa, pemerintahan Islam Iran menganggap bahawa kesetiaan terhadap seruan revolusi Islam sebagai kebanggaannya dan berjaya membendung arus budaya barat yang merosakkan serta melumpuhkan kecenderungan terhadap fahaman sekularisme. Beliau menambah, sikap yang konsisten dan keteguhan bangsa Iran dalam menangani isu nuklear merupakan salah satu bukti perjuangan dalam mempertahankan identiti negara Iran.
Tambah beliau lagi, sejumlah negara kuasa besar dunia mahu memaksakan kehendak mereka terhadap Iran namun bangsa dan pemerintah Republik Islam Iran berdiri tegak menentang sebarang ketamakan dan kerakusan musuh dan melangkah maju ke hadapan.
Rahbar turut menganggap bahawa dokumen prospek pembangunan 20 tahun Iran sebagai sebuah peta kemajuan yang sebenar sambil menekankan betapa perlunya disegerakan pengawasan terhadap seluruh program dan agensi kerajaan yang berkaitan.
Ya Allah ! Peliharalah Negara & Pemimpin Yang Penuh Dengan Keberanian Ini !

No comments: