Saturday, August 9, 2008

2 PESAWAT TEMPUR RUSIA JATUH DI GEORGIA


* Gambar : Tentera Georgia Sewaktu Serangan Udara Tentera Rusia di sebuah pangsapuri di bandar Gori, Georgia yang membunuh sekurang-kurangnya 5 orang.
Dua buah pesawat tempur Rusia telah jatuh di wilayah Georgia. Seperti yang dilaporkan oleh ibu pejabat berita AFP dari Moskow, Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia ketika diwawancara oleh sebuah stesen televisyen mengakui bahawa dua buah pesawat tempur jenis Sukhoi 22 dan Tupolev 22 telah jatuh di Georgia.
Menurut sumber tersebut, sehingga kini belum ada maklumat yang jelas mengenai nasib juruterbang kedua buah pesawat itu. Sementara itu, Georgia mendakwa sebanyak enam buah jet tempur Rusia telah melanggar zon udara di negara itu.

No comments: