Perenang Iran, Mohammad Ali Rezaei, telah membatalkan penampilannya dalam acara 100 meter gaya kuak dada di Sukan Olimpik Beijing 2008 setelah diundi untuk bertanding dengan perenang Israel, Tom Beeri.
Keputusan membatalkan penyertaan Ali Rezaei berlaku hanya beberapa minit sebelum acara tersebut bermula. Lorong pertama yang sepatutnya diduduki oleh Ali Rezaei kosong ketika acara dimulakan.
Atlet-atlet sukan Iran selama ini sering menolak setiap pertandingan yang membabitkan atlet-atlet sukan dari Israel sebagai lambang perpaduan terhadap perjuangan bangsa Palestin. Akibat penarikan diri dalam pelbagai acara sukan antarabangsa itu, para atlet Iran sering menghadapi pelbagai sekatan. Meskipun demikian, pasukan Iran menyatakan pembatalan penyertaan Ali Rezaei adalah disebabkan perenang itu sakit dan perlu dibawa segera ke hospital.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Iran, 'Ali Kafashian menegaskan bahawa tidak ada masalah untuk atlet Iran tampil dalam acara renang tersebut kerana beliau tidak berada dalam posisi "berhadapan satu lawan satu" dengan perenang Israel. Ali Rezaei sepatutnya berada di lorong pertama sementara perenang Israel Tom Beeri berada di lorong ke tujuh.
"Ali Rezaei berenang di lorong pertama dan wakil negara regim zionis itu berada di lorong ke tujuh. Jadi, mereka tidak berhadapan antara satu sama lain," tegas Kafashian. Ali Rezaei adalah perenang pertama Iran yang layak ke Sukan Olimpik.
Pada Sukan Olimpik di Athen pada tahun 2004, seorang atlet Judo Iran yang memegang status juara dunia ketika itu, Arash Miresmaeili telah menolak untuk bertanding menentang peserta Judo dari Israel, Ehud Vaks pada pusingan yang pertama. Penolakan itu dilakukan sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada bangsa Palestin yang hingga ke saat ini masih terus berada di bawah cengkaman Zionis Israel.
Demi perpaduan yang ditunjukkan itu, Iran rela kehilangan potensi untuk meraih pingat emas yang menjadi idaman setiap atlet di Sukan Olimpik termasuk Arash Miresmaeili. Allahu Akbar !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
Beza sekali beriman dgn Islam Muhammadi dgn Islam al Sunni,kekuatan iman mereka lebih teguh dari tembok China,meletakan Allah mengatasi segala2 nya...hebat Takbir dan selawat
afuan al fadhl, suatu komentar yg tidak peka dgn permasalahan sejagat. kesatuan muslimin adalah amat vital.
Post a Comment