"Saya yakin bahawa ummat Islam dan negara-negara Islam merupakan sebuah kesatuan yang utuh yang dalam istilah para fuqaha' dinamakan sebagai "Darul Islam". Atas dasar ini, menjaga seluruh kepentingan ummat Islam hukumnya adalah wajib dan Republik Islam Iran adalah sebahagian daripada “Darul Islam”."
Demikian penegasan Syeikh Yusuf Qardhawi, salah seorang ulama besar Ahlus Sunnah dan Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa sambil menambah, "Kita menentang segala bentuk kewenangan dan kezaliman daripada negara-negara dunia ke atas negara-negara Islam ataupun bukan."
Wawancara dan pernyataan penting Yusuf Qardhawi ini telah dimuatkan dalam akhbar “al-'Arab” di negara Kuwait. Ketika menjawab pertanyaan "al-'Arab" tentang apakah dengan memiliki reaktor nuklear, Iran menimbulkan ancaman dan berbahaya terhadap negara-negara serantau, beliau menjawab : "Sekiranya Iran merupakan ancaman dan berbahaya terhadap negara-negara serantau, nescaya Presiden Iran tidak akan menghadiri Persidangan Kerjasama Negara-Negara Teluk Parsi (GCC)."
Tambah beliau, "Malah ketika Dr Mahmoud Ahmadinejad berpidato di Persidangan Kerjasama Negara-Negara Teluk Parsi, beliau telah mengusulkan kepada semua ketua negara-negara serantau supaya bekerjasama dalam membina perpaduan dan persatuan di kalangan negara-negara Teluk Parsi. Oleh kerana itu, kenapa Iran perlu menjadi ancaman?."
Untuk kesekian kalinya Syeikh Yusuf Qardhawi menegaskan dukungannya ke atas hak Iran untuk memiliki reaktor nuklear.
Katanya lagi, "Iran berhak memiliki reaktor nuklear sebagaimana negara-negara lain juga berhak untuk memilikinya. Kenapa Iran yang perlu dinafikan haknya? Apakah kerana Iran adalah sebuah negara Islam? Ketika ini, Israel tidak sekadar memperkuatkan bala tenteranya, bahkan Israel turut memiliki dan memajukan teknologi senjata-senjata pemusnah massa dan bom atom. Kenapa tidak ada sebuah negara pun yang memprotes dan membantah mengenai isu bom nuklear Israel? Lantas, kenapa hanya kepada Iran kita harus memprotes?."
Dalam wawancara tersebut, beliau turut menegaskan bahawa : "Saya sering ditanya berkenaan isu nuklear Iran dan didesak untuk menganggap bahawa Iran adalah ancaman besar terhadap negara-negara serantau, sedangkan Amerika Syarikat memeras keringatnya setiap saat untuk memperbesarkan isu dan masalah ini dan dijadikan alasan untuk menyerang Iran, akan tetapi apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Amerika Syarikat adalah suatu kesalahan yang nyata dan dalam hal ini saya menyokong Iran sepenuhnya."
Beliau seterusnya dengan lebih tegas menyatakan bahawa, "Iran yang bermazhab Syiah tidak menjadi sebarang penghalang sama sekali atas sokongan saya terhadap hak mutlak Iran. Oleh kerana itu, saya berkeyakinan bahawa musuh ummat Islam adalah musuh kita semua, samada Sunni ataupun Syi'i. Menjaga kelangsungan Islam dan memelihara perpaduan dari gangguan serta konspirasi jahat musuh-musuh Islam hukumnya adalah wajib."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Akhirnya dia akui juga izzah yg ada pada negara Ahlul Bait ni....sebelumnya sering kita dngr suara dia menghentam Iran tapi dia lupa ini lah negara yg bnyk membantu utk membebaskan Al Aqsa,ape pun semuga dgn wilayah Ahlul Bait,khususnya Imam Zaman a.s,Allah bukakan hatinya utk terima Ahlul Bait Rasulullah...Selawat dan Salam
Post a Comment