Friday, August 15, 2008

KEZUHURAN SEORANG PENYELAMAT AKHIR ZAMAN MENURUT AHLUL BAIT

Sekiranya penantian itu adalah sejati, maka ia akan membina perjalanan kehidupan seorang insan dan menjelma sebagai keyakinan hati yang kesannya dapat dirasai secara teori dan praktikal. Menaruh harapan terhadap masa depan yang gemilang dan bahagia akan menjadi penggerak dan pencetus semangat dalam setiap gerakerja seseorang insan. Sebaliknya sifat putus asa akan mewujudkan insan yang pasif dan malas berusaha. Oleh itu, di mana harapan yang sejati tersebut berada dan boleh dicapai?
Menurut keyakinan yang dianut oleh beberapa agama, seorang “Penyelamat” akan pasti muncul. Agama Yahudi meyakini bahawa “Messiah” adalah “Penyelamat” yang akan muncul. Namun ketika ditanya berkenaan ciri dan identitinya, mereka akan menjawab, “Kami tidak tahu.”
Di dalam kitab Injil disebutkan bahawa ‘Isa al-Masih (as) akan datang namun ketika ditanya berkaitan agenda yang akan dilaksanakan di bumi, mereka akan menjawab, “Kami tidak tahu.” Bahkan mereka turut menyatakan bahawa tercatat di dalam kitab Injil bahawa hari Kiamat akan berlaku ketika Nabi ‘Isa (as) muncul. Dengan demikian, penganut agama Kristian merasa bingung menghadapi masa depan mereka. Ini bererti penantian mereka tidak bersifat hakiki dan sejati. Pada hakikatnya, mereka sedang menanti kematian kerana hari kiamat yang akan menjelang tiba.
Majoriti pengikut Ahlus Sunnah juga menyatakan bahawa Imam Mahdi (af) akan datang. Cuma baginda belum lahir di muka bumi ini. Ketika ditanya tentang identiti baginda dan para pembantunya, mereka tidak dapat menjawab dengan benar dan meyakinkan. Atas dasar ini, penantian mereka juga tidak hakiki dan masih membingungkan.
Inilah penantian dari pelbagai aliran dan penganutnya yang selalu diliputi dengan keraguan, kecemasan dan ketidakpastian.
Sedangkan lain halnya dengan penantian yang dilakukan dan dirasakan oleh pengikut Ahlul Bait. Mereka meyakini bahawa Imam Mahdi (af) telah lahir ke dunia. Kedudukan ayah dan ibunya juga sudah jelas. Sekarang baginda wujud di balik tabir ghaib (Ghaib Kubra). Allah (swt) sentiasa memeliharanya. Tidak sedikit para solihin yang telah melihat, bertemu dan membuktikan keberadaannya. Atas dasar ini, penantian di kalangan pengikut Ahlul Bait adalah merupakan penantian yang positif dan menyumbang banyak motivasi diri dalam kehidupan mereka. YA SAHIBAZ ZAMAN ! ADRIKNA !

2 comments:

Al Fadhl said...

Assalamualaikum Ya Rasulullah,Assalamualaikum Ya Ahlal Bait,Assalamualikum Ya Shahibaz Zaman....
Selamat Menyambut Hari Lahir buat
Imam Zaman Al Mehdi a.s dan buat semua pengikut ajaran Ahlul Bait di Malaysia dan di seluruh dunia terutama kepada Rahbar Imam Ali Khemenai

elfan said...

Masalah kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangannya sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Injil masih disebut issu Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Nama Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi karena penutup para nabi hanyalah Nabi kita Muhammad SAW.

Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) kini dan yang akan datang ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.