Friday, August 8, 2008

LEBIH 1000 KELAS AL-QURAN DI TURKI DIHENTIKAN


Majlis Agama Turki telah menghentikan 1,817 kelas pembelajaran al-Quran dengan alasan pihak penganjur kelas-kelas tersebut tidak memiliki keizinan rasmi daripada pihak berkuasa.
Laman web Agensi Berita IQNA melaporkan bahawa berdasarkan laporan akhbar berbahasa Turki yang bernama "Milli Gaztah", Majlis Agama Turki telah menyebutkan perkara itu dan sekaligus membuat pengumuman rasmi penutupan kelas-kelas al-Quran tersebut.
Di dalam pengumuman itu dinyatakan bahawa berdasarkan undang-undang yang berjalan di Turki, hanya Majlis Agama sahaja yang memiliki autoriti untuk melaksanakan kelas pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, semua pihak lain samada secara peribadi atau persatuan tidak berhak untuk menubuhkannya.

2 comments:

Al Fadhl said...

Salam,
Malang betoi la buat turki,apela nak jadi ngan turki ni tegar betoi sekular dia orng ni

Abu_Wajihah said...

Salam al-Fadhl!

Contoh jelas kepada para pengamal sekularisme...