Monday, August 18, 2008

TERKINI : SEMPENA WILADAH IMAM MAHDI (AF), IRAN BERJAYA MELANCARKAN ROKET PEMBAWA SATELIT "SAFIR" KE ANGKASA LEPAS



Republik Islam Iran berjaya melaksanakan ujian pelancaran roket pembawa satelit "SAFIR" (Utusan) yang disaksikan secara langsung oleh Presidennya, Dr. Mahmoud Ahmadinejad. Pelancaran roket pembawa satelit Iran ini dijalankan bertepatan dengan hari kelahiran Imam Mahdi (af) dan dikendalikan sepenuhnya oleh para pakar dalam negara Iran. Roket ini mampu diguna pakai untuk menempatkan satelit di orbit bumi.
Ujian itu dilancarkan untuk menguji kemampuan roket, pengaturan jarak jauh, perangkat pusat bumi, stesen telemeter bumi, kawalan jarak jauh dan penentuan posisi orbit satelit. Ujian tersebut juga berjaya memenuhi seluruh matlamat yang telah ditetapkan sebelumnya.
Dengan kejayaan itu, Iran bakal mampu menempatkan satelit "OMID" (Harapan) buatannya sendiri di orbit bumi dan akan meletakkan negara Republik Islam Iran sebagai salah satu dari 10 buah negara pemilik teknologi pelancar satelit di dunia. YA SAHIBAZ ZAMAN ! ADRIKNA !

1 comment:

Unknown said...

Salam,

Tahniah buat Shahibuz Zaman atas ulang tahunnya,tak lupe tahniah buat Rahbar dan kerajaan Iran di atas kejayaan pelancaran satelit"safir" ke angkasa lepas.

Tahniah juga buat Presiden Iran buat Yahudi laknatullah tu Melopong.