Monday, August 4, 2008

Sempena Menyambut Bulan Sya'ban, 40,000 Tentera Dikerah ke Karbala'


40,000 orang tentera Iraq telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan di kota suci Karbala' yang terletak di barat daya Baghdad sempena menyambut hari-hari besar dan penting dalam bulan Sya'ban. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Agensi Berita Jerman,DPA, Jurucakap Komando Operasi Karbala, Mashawi menyatakan, "Sempena menyambut Nisfu Sya'ban dan pelaksanaan operasi keselamatan di kota suci Karbala, kota ini dibahagikan kepada lapan bahagian dan 40,000 orang tentera Iraq telah dikirim ke seluruh pelusuk kota. Selain pengerahan 40,000 orang tentera, pasukan Angkatan Tentera Udara Iraq turut mengambil bahagian dan bekerjasama dalam melaksanakan operasi keselamatan di kota Karbala.
Hampir setiap tahun pada bulan Sya'ban, ratusan ribu penduduk Iraq dan negara-negara lainnya akan memenuhi kota suci Karbala' dalam rangka memperingati hari kelahiran Imam Husain (as) pada 3 Sya'ban, hari kelahiran Imam 'Ali Zainal Abidin (as) pada 5 Sya'ban dan hari kelahiran Imam Mahdi (as) pada 15 Sya'ban.

1 comment:

Al Fadhl said...

Salam,

Salam & selawat buat Rasul saaw dan keluarganya as...YA HUSSIEN..!!!!