Monday, September 29, 2008

SAYYID HASAN NASRULLAH : HIZBULLAH TIDAK PERNAH MINTA IZIN SESIAPA UNTUK MENGANGKAT SENJATA

Pemimpin Tertinggi Hizbullah, Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah, menganggap perjuangan bersenjata merupakan pilihan terakhir bagi rakyat Lebanon dan Palestin untuk mengambil semula kawasan yang diduduki oleh regim Zionis Israel. Kenyataan tersebut dikemukakan pada 27 September 2008 sempena majlis memperingati 'Hari al-Quds Sedunia' di Beirut Selatan.
Tindakan pencerobohan ke atas Baitul Maqdis dan tempat-tempat suci Islam dan Kristian oleh Zionis Israel merupakan penghinaan terbesar terhadap ummat Islam dalam tempoh satu abad terakhir.
Majlis memperingati 'Hari al-Quds Sedunia' pada tahun ini dianjurkan serentak dengan tarikh runtuhnya kepemimpinan Olmert sebagai Perdana Menteri di mana beliau turut terlibat secara langsung dalam peperangan selama 33 hari dengan Hizbullah di musim panas pada tahun 2006. Selepas berakhir peperangan 33 hari tersebut, Olmert sendiri mengakui bahawa mimpi untuk melaksanakan 'Israel Raya' telah berakhir. Dua tahun sebelumnya, bekas Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu juga mengemukakan kenyataan yang sama.
Sewaktu menyentuh tentang hasrat Amerika untuk melengkapkan sistem persenjataan ketenteraan Lebanon, Nasrullah menegaskan, "Terpulang kepada negara tersebut yang berperanan besar dalam mewujudkan negara haram Israel dan ia merupakan sebuah cadangan yang amat mengelirukan."
Nasrullah turut menyebut kebimbangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap gerakan perjuangan rakyat Lebanon, "Hizbullah tidak pernah meminta izin dari mana-mana pihak untuk mengangkat senjata demi memperjuangkan kepentingan rakyat Lebanon."
Menurutnya lagi, "Meskipun program-program gerakan perjuangan rakyat bukan sekadar menjurus ke arah mewujudkan perang, namun andaikata berlaku serangan dari pihak Israel, maka Hizbullah akan membalas balas dengan dahsyat."
Beliau turut memberi amaran, "Sebelum ini, Olmert pernah mendakwa akan mengirim 5 hingga 8 batalion pasukan tentera untuk menyerang Lebanon namun saya ingin katakan bahawa sekalipun 9 batalion yang anda kirim, maka desa-desa dan kampung-kampung di Lebanon Selatan akan menjadi kuburan buat mereka." Allahu Akhbar!!!

OLMERT : ISRAEL TIDAK MUNGKIN MAMPU SERANG IRAN

Mantan Perdana Menteri regim Zionis Israel, Ehud Olmert menganggap serangan ketenteraan Israel terhadap Iran amat sukar menjadi kenyataan. Tegasnya, kemungkinan serangan ketenteraan Israel terhadap Iran adalah 0% dan anggapan bahawa Israel mampu menyerang Iran merupakan sebuah pendapat yang amat mengelirukan.
Berhubung isu transformasi di rantau Timur Tengah, Olmert menyatakan bahawa bagi menyelesaikan permasalahannya dengan Palestin dan Syria, Israel tidak mempunyai pilihan lain kecuali keluar dari wilayah penjajahannya di Palestin dan Bukit Golan, Syria.

ISRAEL GEMENTAR BERHADAPAN DENGAN IRAN, HIZBULLAH DAN HAMAS





Ketua Pegawai Tentera regim Zionis Israel, Gabi Ashkenazi menyatakan bahawa Iran, Hizbullah dan Hamas merupakan tiga kuasa yang memberi ancaman besar terhadap kedaulatan regim Zionis Israel.
Tegas beliau lagi, kedaulatan Israel sering terancam dari tiga arah, Hamas dari Selatan, Hizbullah dari Utara dan Iran dari Timur. Oleh sebab itu, Ashkenazi menyatakan bahawa ketiga kuasa itu perlu sentiasa dipantau.
Akhbar 'Maariv' terbitan Tel Aviv menulis, kekuatan Hizbullah Lebanon di arena politik dan ketenteraan semakin pesat berkembang dan ancaman keselamatan pertama yang bakal dihadapi oleh Tzipi Livni, Ketua Parti Kadima, pasca pembentukan kabinetnya adalah kemungkinan tercetusnya peperangan dengan Hizbullah Lebanon.

Sunday, September 28, 2008

RAHIM SAFAVI : IRAN NEGARA TERKUAT DAN PALING STABIL DI TIMUR TENGAH



Penasihat Ketenteraan Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Jeneral Rahim Safavi menegaskan bahawa Iran memiliki sistem pemerintahan yang terkuat dan paling stabil di rantau Timur Tengah serta menjadi contoh terbaik dari sudut penentangan terhadap negara-negara kuasa besar yang angkuh.
Jelasnya lagi, "Kemampuan bangsa Iran dalam menghadapi pelbagai ancaman dan penindasan musuh telah terbukti dalam 'Perang Pertahanan Suci' menentang pencerobohan Iraq selama 8 tahun. Kejayaan ini berjaya dicapai berkat bimbingan Imam Khomeini (qs) dan Rahbar serta pengorbanan para syuhada'."
Menurutnya, "Kekalahan Amerika Syarikat di Irak dan Afghanistan membuktikan kelemahan ketara sistem ketenteraan Amerika meskipun secara lahiriahnya kelihatan amat kukuh dan fakta ini telah disedari oleh seluruh masyarakat dunia."

SYRIA DIGEGAR SERANGAN PENGGANAS...17 ORANG AWAM TERBUNUH

17 orang awam terbunuh dan 14 orang cedera parah akibat letupan bom kereta di sebuah kawasan yang padat dengan penduduk berhampiran makam Sayyidah Zainab al-Kubra (as) yang terletak di selatan Damsyik.
Televisyen rasmi kerajaan Syria melarang pihak media asing untuk membuat liputan dan mengambil gambar di tempat kejadian bagi memudahkan proses pemeriksaan dan penyiasatan.
Syria termasuk negara di Timur Tengah yang amat stabil kerana memiliki sistem perisikan yang cukup mantap. Namun peristiwa ini membuktikan bahawa negara sekutu Iran itu akan bakal menjadi sasaran aksi-aksi keganasan daripada kumpulan al-Qaeda, kumpulan pembangkang atau kumpulan perisikan Mossad Israel.
Beberapa bulan lalu, Panglima Tentera Hizbullah Lebanon yang merupakan orang kedua yang paling diburu oleh Amerika Syarikat, Jeneral Emad Mughniah, gugur syahid akibat letupan bom yang diletakkan di sisi keretanya sebaik selesai menghadiri sebuah majlis di Pusat Kebudayaan Iran di Damsyik.
Beberapa hari lepas, sempena memperingati peristiwa 11 September, Ayman Zawahiri dalam pesanan videonya yang dikirim ke televisyen al-Jazeera mengancam akan menyerang Iran dan sekutunya.

Friday, September 26, 2008

PEMIMPIN HAMAS UCAP TERIMA KASIH KEPADA IRAN

Perdana Menteri pilihan rakyat Palestin, Ismail Haniyeh mengungkapkan penghargaannya di atas sokongan yang berterusan dari Republik Islam Iran terhadap seluruh cita-cita bangsa Palestin. Dalam perutusan khasnya kepada Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei, beliau memuji Imam Khomeini (qs) kerana telah menetapkan hari Juma'at terakhir dalam bulan suci Ramadhan sebagai 'Hari al-Quds Sedunia'. Beliau menganggap sokongan yang berterusan dari Iran terhadap bangsa dan cita-cita Palestin merupakan suatu kegembiraan dan kebahagiaan bagi rakyat Palestin seluruhnya.
Pada hari Juma'at terakhir dalam bulan Ramadhan setiap tahun, ummat Islam di seluruh pelusuk dunia akan memperingati 'Hari al-Quds Sedunia' dengan menganjurkan perarakan dan tunjuk perasaan di jalan raya bagi menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestina.

ISRAEL INGIN HANCURKAN NUKLEAR IRAN TAHUN INI !

Israel sedang serius menimbangkan untuk mengebom tempat-tempat nuklear Iran dalam tempoh terdekat. Namun, Presiden Amerika Syarikat George W Bush menolak permintaan Israel supaya memberi sokongan terhadap serangan tersebut.
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengemukakan masalah itu kepada Bush dalam pertemuan peribadi mereka pada 14 Mei 2008 yang lalu.
Bush menyatakan bahawa dia tidak menyokong serangan itu kerana bimbang terhadap serangan balas terutama ke atas tentera-tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Bush juga cemas sekiranya Israel akan gagal menghapuskan fasiliti nuklear Iran.
Israel ingin memaksa diri tanpa dukungan Washington namun pesawat-pesawatnya tidak akan mampu sampai ke Iran tanpa melalui ruang udara Iraq yang dikuasai oleh Amerika.
Israel menganggap Iran sebagai ancaman terbesar kerana program nuklear Tehran. Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad juga berulang kali meramalkan bahawa negara Yahudi itu akan lenyap dari peta dunia.
Israel dan Amerika menuduh Iran berusaha memajukan senjata-senjata nuklear, sedangkan Tehran menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa program nuklearnya semata-mata digunakan untuk keperluan awam. Amerika dan Israel terus berkempen supaya program nuklear Iran dimusnahkan meskipun dunia memaklumi bahawa Israel merupakan satu-satunya negara di Timur Tengah yang memiliki senjata nuklear namun tidak pernah mengisytiharkannya.
Jurucakap Olmert, Mark Regev menyatakan, "Tuntutan Israel bagi menghalang Iran dari memiliki senjata-senjata nuklear telah dikemukakan dalam setiap pertemuan di antara Perdana Menteri Israel dan pemimpin-pemimpin luar negara. Israel menggunakan penyelesaian secara diplomasi untuk mengatasi masalah ini namun semua pilihan seharusnya dibuka di meja rundingan.
Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika, Gordon Johndroe menegaskan bahawa beliau tidak akan memberikan sebarang komentar mengenai kenyataan peribadi Presiden Amerika.

Thursday, September 25, 2008

RAHBAR : MARI BERGABUNG BERSAMA PERARAKAN HARI AL-QUDS

Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei menyeru ummat Islam di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi 'Hari al-Quds Antarabangsa' secara besar-besaran sempena hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan.
"Negara dan rakyat Iran yang berani dan prihatin terhadap 'hari al-Quds' akan menumpahkan perasaannya di jalanan dan membela hak-hak negara bangsa Palestin yang tertindas bersama-sama dengan ummat Islam di seluruh dunia yang cintakan kebebasan," tegas Rahbar dalam khutbah Juma'at kedua di hadapan jema’ah di kampus Universiti Tehran.
Sambil menganggap isu Palestin sebagai masalah utama serantau, Rahbar mengatakan, "Hari al-Quds memberikan kesempatan kepada dunia Islam untuk meningkatkan tahap kekuatannya dalam menentang penjajah al-Quds yang mulia."
Rahbar turut menjelaskan, "Regim Zionis yang menyerang dan berlaku tidak adil terhadap bangsa Palestin, baik di Gaza ataupun di Tebing Barat, merupakan bukti nyata kelemahan dalaman mereka di samping kekalahan yang memalukan mereka hadapi ketika berhadapan dengan para pejuang Hizbullah dan Palestin."
Katanya lagi, "Kerajaan Hamas di Gaza adalah sebuah kerajaan yang sah dan popular, yang terbentuk melalui pilihanraya umum. Namun, mereka yang kononnya adalah pembela peradaban dan demokrasi menolak kenyataan tersebut bahkan menyokong kejahatan dan kekejaman regim Zionis Israel."
Sambil memuji inisiatif al-Marhum Imam Khomeini (qs) yang mengisytiharkan hari Juma’at terakhir bulan Ramadhan sebagai 'Hari al-Quds Antarabangsa', Rahbar mengatakan, "Insya-Allah, masyarakat Islam di Iran dan negara-negara Islam yang lain akan memberikan perhatian mereka terhadap Palestin dan berusaha membantu kerajaan Hamas dan pembentukan negara Palestin. Allahu Akhbar !!!

AMERIKA TIDAK IZINKAN AHMADINEJAD BERKUNJUNG KE LOS ANGELES DAN CALIFORNIA

Kerajaan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan visa kepada Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad dan rombongannya untuk membuat lawatan ke Los Angeles dan California.
Ibu Pejabat Perwakilan Iran di PBB telah mengemukakan visa kepada kerajaan Amerika untuk kunjungan Ahmadinejad dan rombongannya ke New York bagi menyertai Perhimpunan Agung PBB serta California dan Los Angeles untuk menghadiri acara-acara lainnya namun pihak kerajaan tidak memberikan visa kepada Ahmadinejad dan rombongannya untuk berkunjung ke California dan Los Angeles.

Wednesday, September 24, 2008

AHMADINEJAD VS LARRY KING (CNN)

Larry King adalah seorang pengacara terkenal di CNN. Programnya meraih rating tertinggi dan merupakan satu-satunya 'talk show' interaktif yang menjangkau siarannya di seluruh dunia. Ia sudah berpengalaman dalam profesion sebagai pengacara samada di radio, televisyen, seminar dan lain-lain lagi selama lebih dari 40 tahun.
Raja 'talk show' CNN ini telah memperoleh kesempatan untuk menemuramah tokoh paling popular di dunia ketika ini iaitu Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad sewaktu berkunjung ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB.
Peristiwa seumpama ini jarang berlaku kerana selama ini CNN disifatkan sebagai media yang tidak objektif dan tidak adil dalam setiap laporannya meskipun tidak boleh disamakan dengan 'Fox News' yang menurut banyak pihak lebih sesuai dianggap sebagai televisyen Zionis.
Perbincangan tersebut pasti menarik perhatian seluruh dunia kerana kedua tokoh yang terlibat mewakili dua dunia yang amat berbeza. Larry King mewakili dua kelompok manusia dalam programnya iaitu selebriti dan modenis. Ahmadinejad pula mewakili dunia Islam tanpa gegak gempita kelompok modenis dengan penampilan yang penuh kesederhanaan dan kesantunan, yang digabungkan dengan keberanian serta sifat patriotik tulen yang berasaskan pada pandangan dunia ketauhidan.

GILIRAN AHLUL BAIT MENGGODAM LAMAN WEB WAHABI

Hanya beberapa jam selepas 'server' terbesar mazhab Ahlul Bait digodam oleh para penggodam Wahabi, 'server' terbesar Wahabi yang dikenali dengan nama 'مدرسه الرمس' (Madrasatul Rams) pula digodam oleh para penggodam bermazhab Ahlul Bait. Tindakan itu dibuat sebagai tindak balas atas apa yang mereka lakukan terhadap 'server' 'al-Baith' yang mengandungi laman-laman web para Maraji' dan Yayasan-Yayasan Ahlul Bait.
Para penggodam bermazhab Ahlul Bait yang bergelar 'Behrooz_Ice - Q7x - Sha2ow - r00t_b0x - tHe.Mo3tafA - Nitrojen26' telah menulis pesanan khusus di halaman utama 'server' 'Madrasatul Rams', "Kelmarin penggodam anda telah berada di 'server' Ahlul Bait...hari ini kami berada pula di 'server' anda." (Rujuk laman web tersebut, www.alramsschools.ae)
Sementara itu, beberapa orang penggodam bermazhab Ahlul Bait yang lain turut menggodam laman-laman web yang berkaitan dengan Wahabi dan meninggalkan pesanan khas di halaman utamanya, antaranya, 'Kullu Yaumin 'Asyura' (Setiap Hari Adalah 'Asyura).

285 LAMAN WEB AHLUL BAIT DIGODAM OLEH KUMPULAN WAHABI


Sekumpulan penggodam (hacker) Wahabi yang bergelar 'Group_Xp', mengaku telah menggodam 'server' mazhab Ahlul Bait yang terbesar di dunia iaitu 'server Al-Baith'. Dalam serangan tersebut, sebanyak 285 laman web terkenal dalam dunia Ahlul Bait seperti laman web Ayatullah al-Uzma Sayyid Sistani, Ayatullah al-Uzma Syeikh Makarim Syirazi, Ayatullah al-Uzma Syeikh Ja'far Subhani, al-Marhum Ayatullah al-Uzma Syeikh Jawad Tabrizi dan lain-lain lagi telah digodam oleh mereka.
Menurut sumber yang layak dipercayai, antara 200 hingga 250 orang para penggodam telah diupah dengan kos USD300 untuk melaksanakan tindakan jahat tersebut sejak beberapa bulan yang lepas.
Kumpulan penggodam tersebut turut meninggalkan pesanan berbentuk sya'ir dalam bahasa Arab dan gambar-gambar yang bertujuan menghina para Maraji', mazhab Ahlul Bait serta para pengikutnya sambil mengaku bahawa mereka adalah dari kumpulan Wahabi yang berpengkalan di Emirate Arab Bersatu (UAE). Mereka juga mengaku telah merosakkan semua laman web mazhab Ahlul Bait yang mereka sifatkan sebagai 'Rafidhah'.
Serangan para penggodam itu adalah seiring dengan serangan terkini secara terbuka oleh Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi terhadap mazhab Ahlul Bait dengan menuduh para pengikutnya sebagai 'pelaku bid'ah' dan mengkritik usaha menyebarkan mazhab Ahlul Bait di dunia Ahlus Sunnah.
Ayatullah al-Uzma Syeikh Makarim Syirazi dalam kuliah tafsir al-Qurannya di Haram Sayyidah Fatimah al-Maksumah (as) menegaskan, "Kumpulan Pelampau Wahabi berusaha melalui kaedah ini untuk menghalang suara para ulama Ahlul Bait dari didengari oleh dunia Islam. Penggodaman laman web itu menjadi bukti penting atas kebenaran mazhab Ahlul Bait kerana mereka menyangka bahawa dengan usaha tersebut, mereka mampu untuk menghalang perkembangan mazhab Ahlul Bait yang suci. Kumpulan Wahabi juga menyedari bahawa golongan muda dari mazhab Ahlus Sunnah kini lebih cenderung kepada mazhab Ahlul Bait berbanding masa lalu. Ummat Islam di seluruh dunia khususnya golongan muda akan berfikir dan menilai tindakan kumpulan Wahabi ke atas laman web Ahlul Bait yang sarat dengan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu tindakan yang amat keji. Perkembangan mazhab Ahlul Bait di dunia Islam kini amat pesat sekali khususnya di Mekah dan Madinah. Justeru kumpulan Wahabi yang bersikap lebih buruk berbanding golongan Musyrikin di zaman Jahiliyyah berusaha gigih untuk memadamkan cahaya Ahlul Bait dari tersebar ke seluruh dunia Islam." Allahu Akhbar !!!

ARAB SAUDI TINDAS MASYARAKAT BERMAZHAB AHLUL BAIT

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Antarabangsa atau Human Right Watch (HRW) dalam laporannya menyatakan bahawa kerajaan Arab Saudi melaksanakan tindakan diskriminasi terhadap ratusan ribu masyarakat bermazhab Ahlul Bait yang tinggal di negara itu.
Dalam laporan setebal 90 mukasurat, HRW turut menyentuh tentang sikap para pegawai kerajaan Arab Saudi yang sering mengeluarkan kenyataan yang buruk terhadap masyarakat minoriti itu bahkan sebahagian ulama negara tersebut sanggup mengkafirkan mereka.
Timbalan Pengarah HRW di Timur Tengah, Joe Stork juga menjelaskan, "Kerajaan Arab Saudi bertindak demikian hanya disebabkan wujudnya perbezaan keyakinan dengan pengikut mazhab Ahlul Bait di negara itu. Kerajaan Riyadh perlu mengubah sikapnya terhadap masyarakat bermazhab Ahlul Bait."

Tuesday, September 23, 2008

AYATULLAH SYEIKH ALI TASKHIRI : AHLUL BAIT JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENENTU KESAHIHAN HADIS

Ayatullah Syeikh Ali Taskhiri, Ketua Pertubuhan Pendekatan Antara Mazhab Sedunia telah memberi jawaban tegas terhadap tuduhan liar Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi tentang keyakinan mazhab Ahlul Bait kepada al-Quran. Dalam sebuah wawancaranya dengan website 'al-Yaum' di Mesir, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi menuduh bahawa mazhab Ahlul Bait meyakini akan adanya 'tahrif' (pengubahan) dalam al-Quran.
Ayatullah Syeikh Ali Taskhiri menegaskan, "Tuduhan itu bukan sahaja tidak terbukti kebenarannya malah terbukti ketidakbenarannya. Para Imam suci Ahlul Bait (as) sentiasa mengajarkan kepada kita supaya menjadikan al-Quran sebagai ukuran dan penentu kesahihan sesebuah hadis."
Menurutnya lagi, "Amat menyedihkan kerana tuduhan yang tidak berasas itu keluar daripada mulut Qaradhawi sedangkan beliau adalah Ketua Persatuan Ulama Sedunia."
Taskhiri yang juga merupakan Timbalan Ketua Persatuan Ulama Sedunia turut menambah, "Apa yang disampaikan oleh Qaradhawi tidak akan menambah apa-apa kecuali perselisihan dan perpecahan di kalangan ummat Islam. Kenyataan beliau juga amat tidak sesuai dengan visi dan misi Persatuan Ulama Sedunia padahal kita telah berusaha dengan penuh kegigihan untuk menjalin persaudaraan dan perpaduan di kalangan ummat Islam dengan mengesampingkan berbagai perbezaan pendapat. Qaradhawi juga menggunakan istilah "Tabsyir" untuk merujuk kepada gerakan menarik pengikut mazhab Ahlus Sunnah supaya berpindah kepada mazhab Ahlul Bait sedangkan istilah tersebut hanya digunapakai oleh 'Missionary' (para pendakwah) agama Kristian."
Menurut Taskhiri, "Dr Yusuf Qaradhawi telah memperolehi maklumat yang tidak benar daripada pihak yang fanatik dan bersifat anti kepada mazhab Ahlul Bait serta tidak menginginkan wujudnya perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummat Islam."
Taskhiri menegaskan, "Ketika ini, kita sepatutnya berusaha untuk merumuskan hukum hakam Feqah yang memiliki persamaan pandangan di sisi para ulama Islam, samada Ahlus Sunnah mahupun Ahlul Bait di samping menghindari tuduhan 'Takfir' (pengkafiran) terhadap mazhab lain yang tidak sefahaman dengan kita. Tuduhan kafir itu tidak lain hanya akan menggembirakan pihak musuh Islam dan golongan imperialis antarabangsa yang sememangnya tidak menginginkan ummat Islam bersatu dengan melakukan berbagai serangan budaya songsang."
Di akhir bantahannya, Ayatullah Taskhiri mengharapkan dari Dr Yusuf Qaradhawi supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang seperti itu pada masa akan datang dan berharap beliau kembali kepada sikap sederhana serta meninggalkan sikap melampau dan fanatik.

AHMADINEJAD SEDIA BERDIALOG DENGAN CALON PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad dalam wawancaranya dengan akhbar 'Los Angeles Times' menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan calon-calon Presiden Amerika Syarikat.
Tegasnya, "Kami adalah bangsa yang mengutamakan dialog, logika dan keadilan. Kami yakin ia amat bermanfaat bagi seluruh ummat. Kerajaan Amerika perlu mengadakan hubungan dengan negara-negara lain berdasarkan sikap saling menghormati."
Beliau juga menjelaskan, "Kerajaan Amerika bukan sekadar kalah dalam menghadapi bangsa Iran tetapi juga tewas di tangan bangsa Iraq, Afghanistan dan Palestin."
Ketika menyentuh isu nuklear Iran, beliau mengingatkan, "Berdasarkan dokumen yang terdapat di Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Iran merupakan negara yang paling banyak menjalinkan kerjasama dengan IAEA. IAEA sudah mengumumkan sebanyak 12 kali bahawa Iran tidak melakukan sebarang penyimpangan dalam program nuklearnya. Kita perlu melihat kepada fakta bahawa kerjasama di antara Iran dan IAEA adalah berdasarkan undang-undang dan kesepakatan dua hala. Iran merupakan satu-satunya negara yang telah melaksanakan seluruh perjanjiannya dengan IAEA."

Monday, September 22, 2008

AHMADINEJAD : "PERANG PERTAHANAN SUCI" ADALAH SIMBOL JATI DIRI BANGSA IRAN

Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad yang berucap sempena memperingati 'Minggu Pertahanan Suci" menegaskan bahawa pertahanan adalah suatu bentuk reaksi dan tindakbalas yang menjadi simbol untuk mengembalikan semula keyakinan dan jati diri serta menguatkan tekad bangsa Iran untuk mencapai impiannya.
Ketika menyentuh tentang usaha kuasa-kuasa besar dunia untuk menguasai seluruh manusia, beliau dengan sinis berkata di hadapan Unit Angkatan Bersenjata Iran, "Amat wajar jika musuh merasa marah terhadap Revolusi Islam Iran kerana mereka menyangka bahawa dengan kemampuan ekonomi, ketenteraan dan propaganda yang mereka miliki, mereka mampu menenggelamkan matahari yang terbit dari Iran."
Tambah beliau, 'Perang Pertahanan Suci' bangsa Iran telah membuka babak baru dan mengakhiri era kekuasaan negara-negara imperialis serta bermulanya era keimanan yang mampu mengalahkan seluruh persenjataan dan teknologi canggih.
Sewaktu mengulas berkaitan propaganda dan perang saraf pihak musuh untuk menutup kekalahan mereka, beliau menjelaskan, "Jika pihak musuh memiliki rencana untuk melakukan pencerobohan dan serangan terhadap bumi Iran, maka pasukan tentera Iran sentiasa bersiap sedia untuk menghancurkan usaha tersebut."
Sementara itu, Presiden Iran bersama delegasinya telah tiba di New York untuk menghadiri Sidang Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali yang ke-63 . Ahmadinejad dijadualkan menyampaikan pidato di Sidang Majlis Umum PBB di hadapan para pemimpin dan pegawai tinggi dari seluruh dunia.
Selain itu, beliau juga dijangka akan bertemu dengan beberapa orang pemimpin utama dunia. Pertemuan dengan para mahasiswa, cendekiawan, budayawan dan tokoh-tokoh agama di Amerika Syarikat juga turut menjadi agenda lawatan Ahmadinejad kali ini di New York.

Sunday, September 21, 2008

EHUD OLMERT LETAK JAWATAN



Ehud Olmert meletakkan jawatan secara rasmi sebagai Perdana Menteri Regim Zionis Israel. Katanya, surat peletakan jawatannya akan diserahkan secepat mungkin kepada Presiden Israel, Shimon Perez.
Selepas pengundurannya, Perez akan bermesyuarat dengan berbagai kelompok di Parlimen 'Knesset' untuk menentukan pengganti Olmert.
Banyak pihak melihat bahawa kekalahan Israel dalam perang musim panas pada tahun 2006 di Lebanon Selatan dan isu rasuah yang menghantui Perdana Menteri Israel itu sebagai faktor utama yang memaksa Olmert mengundurkan diri.
Sementara itu, pemimpin baru Parti Kadima, Tzipi Livni dalam sebuah sidang akhbar partinya mengatakan, saat pengunduran Olmert telah tiba seperti yang telah dijanjikannya dan sebaik sahaja diumumkan keputusan pemilihan dalam Parti Kadima.
Untuk membentuk pemerintahan gabungan, Livni memiliki tempoh selama 40 hari untuk mengemukakan calon-calon kabinetnya.

SERANGAN SYEIKH DR YUSUF QARADHAWI TERHADAP MAZHAB AHLUL BAIT

Pada 13 Ramadhan 1429H yang lalu, Agensi Berita Iran, 'Mehr' telah melancarkan serangan terhadap ulama besar dalam dunia Islam, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di atas dialog beliau yang disiarkan oleh sebuah akhbar Mesir, 'al-Misri Al-Yaum' yang telah membangkitkan rasa tidak senang di kalangan para pengikut mazhab Ahlul Bait.
Kata al-Qaradhawi : "Saya tidak mengkafirkan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bid'ah.

Beliau mengatakan, "Barangsiapa yang mengucap 2 kalimah syahadah, mereka masih lagi di anggap Islam."
Beliau telah memberi amaran berhubung perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh pengikut mazhab Ahlul Bait seperti menghina dan mengeji para sahabat Nabi (saw) serta tindakan Syiah mencucuk jarum doktrinnya ke dalam masyarakat Ahlus Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan berjuta malah berbilion USD untuk melatih para pendakwah bagi menyebarkan doktrin ajaran Ahlul Bait sedangkan menurutnya perkara ini tidak dilakukan oleh mazhab Ahlus Sunnah.
Berikut adalah ringkasan pandangan dan pendirian Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai mazhab Ahlul Bait :
  1. Saya memiliki kepercayaan pada prinsip perpaduan ummat Islam, samada ianya melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau mazhab, mereka beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, arah Kiblat yang satu dan meskipun terdapat khilaf namun tidaklah sehingga membawa kepada perpecahan.
  2. Saya meyakini bahawa hanya satu golongan sahaja yang selamat di antara 73 golongan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis. Selain dari golongan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap golongan meyakini bahawa mereka adalah golongan yang selamat dan sementara yang lain adalah golongan yang sesat. Saya percaya bahawa mazhab Ahli Sunnah sahaja yang terselamat sementara semua golongan yang lain melakukan bid'ah dan sesat. Saya berpandangan bahawa mazhab Ahlul Bait telah terlibat dengan pelbagai amalan-amalan 'BID'AH' tetapi mereka 'TIDAK KAFIR'. Sesungguhnya kebenaran itu tidak pelbagai dan beragam. Syukur kepada Allah kerana 9/10 ummat Islam pada hari ini adalah bermazhab Ahlus Sunnah. Justeru mereka berhak untuk memperkatakan tentang apa yang mereka yakini.
  3. Saya mengambil sikap sederhana terhadap mazhab Ahlul Bait dan tidak membenarkan 'takfir' (pengkafiran) dilakukan ke atas mereka meskipun mereka memiliki beberapa pandangan yang mengelirukan. Antaranya, sikap mereka terhadap al-Quran dan as-Sunnah, pendirian mereka terhadap para sahabat Rasulullah (saw), mereka memuliakan Imam 12 dan mempertahankannya sehingga Imam itu dikatakan mengetahui perkara-perkara ghaib sedangkan Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Persoalan ini telah berulangkali dibangkitkan di dalam buku 'Dialog dan Pendekatan Antara Mazhab'. Saya tidak bersetuju dengan pegangan mereka dan berpendapat bahawa pegangan ini adalah salah, iaitu Nabi (saw) telah memilih Ali (ra) sebagai penggantinya untuk menjadi 'Khalifah'. Para sahabat menyembunyikan berita ini sehingga mengkhianati Nabi (saw) dan menafikan kebenaran yang berpihak kepada Ali (ra) serta melakukan konspirasi jahat terhadapnya. Yang peliknya, Ali (ra) sendiri tidak pernah mengumumkan perkara tersebut kepada khalayak awam atau cuba untuk menegakkan kebenaran itu. Malahan, beliau berbai'ah kepada Abu Bakar, Umar dan Uthman. Maka persoalannya, kenapa Ali (ra) tidak berjuang demi menuntut haknya? Kenapa beliau tidak bercakap benar? Kenapa pula anaknya, al-Hasan (ra) bersetuju memberikan jawatan 'Khalifah' kepada Mu'awiyah? Bagaimana dengan pujian Nabi (saw) terhadap apa yang al-Hasan (ra) lakukan? Kata Nabi (saw), "Sesungguhnya Allah (swt) mendamaikan dua orang Islam yang hebat!." Mazhab Ahlul Bait melakukan pelbagai bid'ah dalam amalannya. Misalnya, memperbaharui tragedi kematian a-Husain (ra) pada setiap tahun dengan menampar wajah, dada dan memukulnya sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad mereka meneruskan bencana ini! Mengapa mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik? Terdapat juga amalan syirik yang mereka lakukan di kubur. Kubur tempat dikebumikan para Imam Ahlul Bait dijadikan sebagai tempat untuk memohon pertolongan dari mereka dan berdo'a tanpa melalui Allah (swt). Terdapat juga di kalangan pengikut Ahlus Sunnah yang melakukan perkara seperti itu akan tetapi para ulama mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan saya ini adalah untuk mengaitkan mazhab Ahlul Bait dengan 'bid'ah' namun tidak menghukum mereka sebagai 'kafir' atau 'kufur akbar' atau terkeluar dari agama.
  4. Sesungguhnya perbezaan di sisi mazhab-mazhab hanyalah dalam perkara 'cabang'. Contohnya, permasalahan amalan, hukum hakam ibadah dan mu'amalat Ini semua bukanlah merupakan satu masalah. Di antara kami Ahlus Sunnah dan Ahlul Bait tidaklah memiliki perselisihan yang besar sebagaimana yang dialami oleh mazhab-mazhab dalam Ahlus Sunnah sendiri. Syeikh kami, Syeikh Mahmud Shaltut (rh), bekas Syeikhul Azhar di Mesir, pernah mengeluarkan fatwa membenarkan dan mengesahkan 'Mazhab Ja'fari' di atas perkara yang berkaitan dengan cabang hukum hakam amalan dan ibadah. Mereka berbeza dari segi solat, puasa dan lain-lain lagi namun semua ini masih boleh ditoleransikan.
  5. Apa yang saya nyatakan di dalam akhbar Mesir 'al-Yaum' adalah merupakan sesuatu yang telus dan penegasan yang kuat sebagaimana persidangan yang pernah saya hadiri, samada di Maghribi, Bahrain, Syria dan Qatar dan berdasarkan apa yang saya telah dengar dari ulama-ulama mazhab Ahlul Bait dan juga apa yang telah saya lontarkan semasa melawat Republik Islam Iran 10 tahun yang lalu. Di sana terdapat 'garisan merah' yang perlu kita ikuti dan tidak boleh melepasinya. Antaranya ialah mengeji para sahabat Rasulullah (saw), penyebaran doktrin mazhab Ahlul Bait ke atas negara-negara Ahlus Sunnah yang tulen dan semua para ulama mazhab Ahlul Bait telah bersetuju dengan saya mengenai perkara tersebut.
  6. Walaupun saya mempunyai beberapa tanggapan mengenai sikap mazhab Ahlul Bait berhubung usahanya untuk menembusi masyarakat Ahlus Sunnah, saya tetap berdiri teguh di belakang Republik Islam Iran dalam menuntut haknya untuk memiliki tenaga nuklear dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika Syarikat terhadap mereka. Kami berdiri teguh menentang Amerika jika Iran diserang. Iran adalah sebahagian dari Darul Islam. Perkara ini tidak boleh dikompromikan. Undang-undang Islam kami mewajibkan kami untuk mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam oleh orang luar. Semua agensi media Iran telah memaklumi mengenai pendirian saya ini dan beberapa orang pegawai rasmi kerajaan Iran telah menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih dan menghargai pendirian saya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong dan membantu seorang Muslim yang lain.

Thursday, September 18, 2008

19 RAMADHAN 40H...PERISTIWA KESYAHIDAN IMAM ALI BIN ABI THALIB (as)

Pada 21 Ramadhan tahun 40H, Imam Ali bin Abi Thalib (as), manusia suci yang memiliki keperkasaan batin dan jasmani menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dua hari sebelumnya, pedang manusia munafik dari kelompok Khawarij menghunjamnya sewaktu menunaikan solat Subuh. Pada malam 19 Ramadhan 40H, Imam Ali (as) yang masih belum terlepas dari tanggungjawabnya di tengah-tengah masyarakat sebagai 'Amirul Mukminin', membawa kantung yang berisi kurma dan roti terakhirnya ke rumah yatim piatu, lalu beliau kembali ke rumahnya untuk mempersiapkan dirinya sebelum larut dalam munajat kepada Allah (swt). Kisah menyayatkan hati ini dilanjutkan oleh seorang ulama bermazhab Hanafi, 'Allamah al-Qunduzi dalam kitabnya 'Yanabi'ul Mawaddah' sebagai berikut :
"Di malam kesyahidannya, Imam Ali (as) seringkali keluar rumah, menatap langit dan berkata : 'Demi Allah ! Aku tidak berkata bohong dan mereka (Rasululllah dan Malaikat) tidak pernah berdusta kepadaku. Sesungguhnya malam ini adalah malam yang pernah mereka janjikan.'
Sampai satu saat, azan Subuh pun berkumandang, menggugah kesenyapan malam. Imam Ali (as) dengan langkah perlahan menuju ke masjid. Sesampainya di masjid, tatapan Imam Ali (as) sempat tertuju kepada Ibnu Muljam yang terlelap dalam tidurnya. Beliau membangunkannya, kemudian melangkah memasuki mihrab dan memulai solat Subuhnya. Di belakang baginda tampak barisan-barisan jema'ah yang begitu teratur dan kali ini kewibawaan wajah Imam Ali (as) menyeret perhatian dan perasaan orang-orang yang hadir di sekitarnya.
Sesuai dengan ketentuan solat berjemaah, para makmum mengikuti segala gerakan solat Imam Ali (as). Para makmum melakukan ruku' ketika beliau ruku' dan bersujud ketika beliau sujud. Namun ketika sampai pada sujud itu, seseorang yang berada di belakang Imam Ali (as) kelihatannya belum menjatuhkan kepalanya untuk sujud. Tangannya disembunyikan di balik pakaiannya. Seketika kemudian, tampak kilauan cahaya berkelebat di dinding masjid. Imam Ali (as) masih tenggelam dalam suasana 'ubudiyyah. Cahaya tersebut rupa-rupanya adalah kilauan mata pedang yang kemudian terangkat dan tanpa di duga pedang itu menghunjam ke arah kepala mulia Imam Ali (as). Imam Ali (as) jatuh tersungkur. Dahinya pecah bersimbah darah. Pedang itu dihunjamkan oleh Ibnu Muljam, lelaki yang dibangunkan oleh Imam Ali (as) di masjid dari tidurnya baru sebentar tadi.
Di tengah hiruk pikuk jema'ah masjid, Ibnu Muljam segera ditangkap. Ketika itu kedengaran suara Imam Ali (as) dari mihrab. Dari mulutnya yang mulia, terdengar suara ayat suci al-Quran yang ertinya : 'Kamu telah kami ciptakan dari tanah dan akan kami kembalikan ke tanah dan akan kami bangkitkan kembali dari tanah.'
Tiga hari kemudian, manusia yang paling berjaya dalam menerima pendidikan langsung daripada Rasulullah (saw) ini akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Baginda menemui Tuhannya dalam keadaan beribadah.
Setelah peristiwa kesyahidannya, diriwayatkan bahawa suatu hari, Sa'udah puteri Ammar bin Yasir, sahabat Rasul, mendatangai Mu'awiyah, Khalifah Pertama dari Bani Umayyah. Oleh kerana wanita ini dikenali sebagai pendukung Imam Ali (as) sepenuhnya, maka Mu'awiyah terus menyambut kedatangannya dengan caci maki dan kata nista. Kemudian Mu'awiyah bertanya tentang maksud kedatangannya. Namun Sa'udah malah menjawab : 'Allah (swt) pasti akan mengazab penguasa yang tidak memperhatikan hak-hak hambaNya. Memilih gabenor yang melakukan penganiayaan terhadap rakyat jelata pasti akan mengundang kemurkaan Allah (swt). Sekarang engkau telah menetapkan gabenor yang berkuasa ke atas kami, di mana laki-laki kami dibunuh dan harta kami dirampas, oleh itu turunkanlah dia dari jawatannya itu. Jika tidak, kami akan bangkit.' Mendengar ucapan Sa'udah itu, Mu'awiyah lantas merasa amat marah lalu berkata : 'Kamu cuba menakut-nakutkan aku dengan kabilahmu, sekarang aku akan mengirimmu kepada gabenor itu dan terserah kepadanya untuk melakukan apa sahaja yang dia suka terhadapmu.'
Sa'udah terdiam seketika. Dia teringat sebuah peristiwa yang sangat membekas dalam sanubarinya. Dan secara spontan ia mengucapkan kata-kata : 'Sungguh, kurniaan Allah tercucur ke atas jiwa suci yang sekarang sedang terbaring dalam kubur dan dengan ketiadaannya, keadilan turut terkubur dalam bumi. Dia adalah penegak kebenaran dan hak, kebenaran menurutnya tidak mampu digantikan dengan apa jua. Hak dan keimanan telah dijalinkan dalam satu tempat.'
Mendengar ucapan tersebut, Mu'awiyah kebingungan lalu bertanya, 'Kamu sedang berbicara tentang siapa?.' Jawab Sa'udah, 'Tentang Imam Ali (as). Aku teringat suatu ketika, sewaktu aku pergi mengadapnya untuk mengadukan tentang karenah para 'amil zakat. Ketika aku tiba, baginda dalam keadaan siap sedia untuk memulakan solat. Akan tetapi baginda menangguhkannya sebaik sahaja melihat kedatanganku dan dengan ramahnya bertanya tentang maksud kedatanganku. Ketika aku menjelaskan aduanku, air mata bergenang di kelopak matanya. Baginda bersabda : 'Ya Allah ! Engkau Maha Mengetahui dan Maha Menyaksikan bahawa sama sekali aku tidak pernah memberi perintah kepada para petugasku agar mereka melakukan penganiayaan ke atas hamba-hambaMu.' Setelah itu Imam Ali (as) langsung menangani pengaduanku dan memecat para petugas yang mengumpulkan zakat yang terbukti telah bersikap aniaya.' "
Berdasarkan kisah ini, kita dapat melihat betapa sensitifnya Imam Ali (as) terhadap sebarang tindak tanduk yang zalim. Oleh kerana itulah, matlamat utama dari pemerintahan Imam Ali (as) ialah untuk menegakkan keadilan dan membela hak manusia. Baginya, pemerintahan dalam Islam merupakan sebuah media yang perlu diolah demi mewujudkan nilai-nilai Ilahi dan kemanusiaan. Oleh sebab itu, orang yang berkhidmat sebagai petugas dalam sebuah pemerintahan Islam, wajib mengerahkan segenap usahanya dalam melayani keperluan masyarakat. Inilah Imam Ali (as). Baginda hanya akan merasa puas menyaksikan sebuah masyarakat apabila harta, jiwa, citra dan kewibawaan setiap individu masyarakat itu benar-benar dilindungi agar setiap orang mampu menikmati ketenangan dan ketenteraman serta segala tugas individu dan sosial dapat ditunaikan dengan sempurna.

Lailatul Qadr...Malam Kesyahidan Imam Ali b Abi Thalib (as)

‘Demi Tuhan Ka’bah, Aku Telah Mencapai Kejayaan’ (Ali bin Abi Thalib)

19 Ramadhan 40 H, di saat fajar menyingsing, ketika Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersiap sedia untuk memimpin pasukannya menuju ke Shiffin untuk kembali memerangi Mu'awiyah, Abdul Rahman bin Muljam al-Muradi telah menghunjamkan pisau belati ke kepalanya yang suci di mihrab Masjid Kufah ketika sedang memimpin solat Subuh. Imam syahid tiga hari kemudian iaitu pada 21 Ramadhan 40H... Innaa lillaah wa innaa ilaihi raaji'uun...
Menurut riwayat Ibnu Sa’ad, tiga orang Khawarij bernama Abdul Rahman bin Muljam, Burak bin Abdullah at-Tamimi dan Amru bin Bukair at-Tamimi telah bersumpah di Mekah untuk membunuh Imam Ali (as), Mu'awiyah dan 'Amru bin al-'Ash. Untuk mengunjungi sahabat Khawarijnya, Abdul Rahman pergi ke Kufah. Ketika dia dalam perjalanan untuk menemui sekelompok bani Taim ar-Rabab, dia melihat seorang gadis bernama Qutsam binti Syajannah bin 'Adi yang ayah dan saudara-saudaranya telah terbunuh dalam perang Nahrawan. Ketika Ibnu Muljam melamarnya, dia meminta mahar sebesar 3000 (Dinar) berserta pembunuhan ke atas Imam Ali (as). Dia pernah bercerita, kerana alasan inilah dia tanpa rencana sebelumnya datang ke Kufah. Dia menyapu pada pedangnya dengan racun berbisa lalu menyerang kepala Imam Ali (as). Akibat dalamnya luka yang dideritainya, ditambah dengan racun yang disapukan di pedang tersebut menyebabkan kesyahidannya. Berdasarkan riwayat, pada malam pembunuhan itu, Ibnu Muljam ada di rumah Asy’ats bin Qais.
Berbagai riwayat menunjukkan bahawa Imam diserang oleh Ibnu Muljam ketika berada di dalam masjid. Menurut riwayat yang lain, baginda diserang ketika sedang membangunkan para sahabatnya untuk solat Subuh. Banyak sumber sejarah mendukung kenyataan itu meskipun ada riwayat yang menyebutkan bahawa baginda diserang ketika sedang melakukan solat Subuh. Maitsam bin Tammar meriwayatkan bahawa Imam baru sahaja memulakan solat Subuh. Tidak lama kemudian, ketika beliau sedang membaca sebelas ayat dari Surah Muhammad, Ibnu Muljam menyerang dan melukakan kepala Imam. Menurut riwayat dari keturunan Ju’dah bin Hubairah, Imam terluka ketika sedang melakukan solat. Ju’dah adalah putera dari Ummu Hani (saudari Imam) yang sering mengimami solat bagi menggantikan Imam dan diriwayatkan bahawa beliau meneruskan solat ketika Imam (as) tercedera akibat serangan Ibnu Muljam itu. Syeikh Thusi juga menguatkan riwayat di atas. Namun, Muttaqi al-Hindi melaporkan bahawa Ibnu Muljam menyerang Imam sewaktu Imam kembali sujud. Ahmad bin Hanbal mahupun Ibnu 'Asakir menguatkan riwayat ini. Ibnu 'Abdil Barr menyatakan bahawa tidak ada kesepakatan tentang apakah Imam diserang ketika sedang melaksanakan solat atau sebelumnya dan apakah ada yang menggantikan Imam memimpin solat atau Imam sendiri yang mengimami solat sampai selesai. Banyak pendapat menyatakan bahawa Imam meminta Ju’dah menjadi Imam solat untuk meneruskan solat yang belum selesai.
Sejumlah besar hadis telah diriwayatkan dari jaluran Ahlul Bait dan Ahlus Sunnah mengenai perasaan Imam pada malam sebelum terjadinya peristiwa itu. Ibnu Abi Dunya mengutip daripada Imam Baqir (as) yang bersabda bahawa Imam Ali (as) amat menyedari kesyahidan yang bakal menjemputnya. Sewaktu terluka, Imam (as) langsung berseru,

فُزْتُ وَ رَبِّ الْكَعْبَةِ
“Demi Tuhan Ka’bah, Aku Telah Mencapai Kejayaan.”

Ibnu Abi Dunya juga meriwayatkan wasiat Imam (as) dari beberapa jalur sanad termasuk wasiat tentang kewangan dan pesanan-pesanan agama. Pesanan paling penting yang disampaikan oleh Imam adalah sebagai berikut :
"Peliharalah hubungan kekerabatan, perhatikanlah faqir miskin dan jiran tetangga, ikutilah tuntutan al-Quran, dirikanlah solat sebagai tiang agama, haji, puasa, jihad, zakat menurut ajaran Ahlul Bait Nabi yang maksum, layanilah hamba-hamba Allah, laksanakanlah perkara makruf dan cegahlah kemungkaran." Diriwayatkan, pada 21 Ramadhan menjelang wafatnya, beliau menggumamkan zikir “لا إله إلا الله” (Tidak ada Tuhan selain Allah) lalu beliau membaca ayat,


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

"Barangsiapa membuat kebajikan seberat zarrah, dia akan melihat (hasilnya), dan barangsiapa melakukan kejahatan seberat zarrah, dia akan melihat (akibatnya).(al-Zalzalah : 7-8) dan menghembuskan nafas terakhirnya.


Menurut riwayat lain, setelah kesyahidannya, Imam Hasan (as), Imam Husain (as), Muhammad bin Hanafiyyah, Abdullah bin Ja’far dan beberapa orang anggota keluarga Ahlul Bait membawa jenazah Imam (as) keluar dari kota Kufah di malam hari dan menyemadikan Imam (as) secara rahsia. Ini dilakukan kerana bimbang kelompok Khawarij dan pengikut Umayyah akan menggali maqam Imam (as).

RUJUKAN :

Thabaqât al-Kubrâ : 3/35-38
Maqtal al-Imâm Amîr al-Mu’minîn : 36/13
Ibid. 29, no. 4; 35 no. 12
Ibid. 28,33 no.11
Ibid. 30 no.5
Ibid. 30 no.6
al-Amâli : 3/18
Kanz al-`Ummâl : 17/170 (edisi kedua);

al-Amâli fî Âtsâr ash-Shahab : 103-104
al-Fadâ’il : 38/63 (terbitan Qom)
Tarjamât al-Imâm `Alî bin Abî Thâlib : 3/361 (edisi kedua)
Al-Isti`âb (catatan pinggir Ishâbah) : 3/39
Al-Isti`âb : 33-34 ni.12; Abu Nu1aim bersama beberapa ahli hadis lainnya meriwayatkan bahawa Nabi saw telah menjelaskan tentang kesyahidannya yang bakal berlaku.

Ma’rifat ash-Shahabah : 1/295-296
Ibid. 39 no. 20; catatan kaki,

Imâmah wa as-Siyâsah : 160,
Anshâb al-Asyrâf : 2/499
Maqtal al-Imâm Amîr al-Mu’minîn : 45-46Ibid. 79 no.68

Wednesday, September 17, 2008

HIZBULLAH : PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS PASTI AKAN MENJADI KENYATAAN

*Berikut adalah ringkasan temuramah dengan Ahli Parlimen Hizbullah Lebanon, Mohammad Ra'ad baru-baru ini :

  1. Sebagaimana banyak perkara yang dinilai mustahil namun bertukar menjadi kenyataan, maka pembebasan Baitul Maqdis dari belenggu Regim Zionis Israel pasti akan turut menjadi sebuah kenyataan. Regim Zionis dan kebanyakan pihak menyangka bahawa beberapa peristiwa seperti pembebasan Lebanon Selatan, kekalahan tentera Israel dan pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza adalah mustahil terjadi. Namun hakikatnya, semua itu telah benar-benar terjadi.
  2. Melalui pengisytiharan hari Jumat terakhir di bulan Ramadan sebagai 'Hari al-Quds Sedunia', Imam Khomeini (qs) telah mewasiatkan tanggungjawab ummat Islam sedunia untuk membebaskan Baitul Maqdis yang merupakan sebahagian dari tugas mereka. Ketika ini, kita dikejutkan dengan demonstrasi jutaan ummat Islam di seluruh penjuru dunia pada Hari al-Quds. Ini merupakan hasil dari langkah revolusioner dan bersejarah yang dilakukan oleh Imam Khomeini (qs).
  3. Pengusiran 5 juta orang rakyat Palestin dari negara nenek moyang mereka dan tekanan ke atas negara-negara yang sanggup membela dan memberi tempat perlindungan kepada para pelarian Palestin adalah sebahagian dari kesan penjajahan Zionis Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun yang lalu.
  4. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa hendaklah segera bertindak bagi melaksanakan resolusi yang antara isi kandungannya mengakui hak kepulangan para pelarian Palestin ke tanah air mereka.

Tuesday, September 16, 2008

RAHBAR PIMPIN SOLAT JUMAAT DI TEHRAN

Bersamaan dengan hari Jumaat yang ketiga dalam bulan Ramadan, Solat Jumaat di Tehran pada 19 September 2008 ini bakal dipimpin oleh Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Ali Khamenei.
Pegawai pelaksanaan Solat Jumaat di Tehran mengumumkan, "Pada hari Jumaat yang ketiga dalam bulan Ramadhan yang juga bertepatan dengan malam Lailatul Qadar dan hari kesyahidan Imam Ali bin Abi Thalib (as), Solat Jumaat di Tehran akan dipimpin oleh Ayatullah al-'Uzma Sayyid Ali Khamenei yang bakal dihadiri oleh seluruh warga mukminin dan mukminat yang sedang menunaikan ibadah puasa."

SHIMON PEREZ : ISRAEL MILIKI KEKUATAN AKAL FIKIRAN

Sempena memperingati 60 tahun angkatan bersenjatanya, Israel menganjurkan pameran senjata terbesar dalam sejarahnya di Tel Aviv. 3 orang pemimpin tertinggi Israel berpidato dan setiap seorang telah mengemukakan surat secara berasingan yang bakal ditujukan kepada 3 buah negara iaitu Iran, Hizbullah dan Hamas.
Pemidato pertama adalah Shimon Perez, Presiden Israel. Dalam pidatonya, Shimon mengatakan, "Negara-negara musuh Israel memiliki kekuatan minyak sedangkan Israel memiliki kekuatan akal fikiran. Minyak adalah sebuah anugerah tanpa usaha sementara teknologi adalah hasil kerja akal yang cerdas. Sekiranya perlu dibuat pilihan, maka Israel akan memilih akal yang cerdas."
Ehud Olmerd adalah pemidato kedua. Perdana Menteri yang bakal berundur kerana isu rasuah itu mengatakan bahawa Israel akan melakukan apa sahaja usaha dan tindakan bagi melancarkan serangan ke atas Iran.
Sementara itu pemidato ketiga, Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel secara terang-terangan memberi ancaman keras terhadap Iran.
Dalam pameran tersebut, semua jenis persenjataan dan peralatan mengintip satelit dan pesawat tempur tercanggih telah dipamerkan. Israel adalah negara pengeksport senjata ke-5 terbesar di dunia.

PILIHANRAYA PRESIDEN IRAN 2009 : ULAMA VS BUKAN ULAMA

Pada bulan Jun 2009 yang akan datang, Republik Islam Iran akan mengadakan pesta demokrasi terbesar. Ada enam orang calon presiden setakat ini yang dijangka bertanding. Pilihanraya Presiden Iran sering menarik perhatian untuk diamati kerana beberapa alasan :

  1. Parti politik tidak memainkan peranan penting kecuali sebagai alat berkempen. Setiap orang, lelaki mahupun wanita boleh mencalonkan diri masing-masing tanpa terikat dengan parti. Meskipun demikian, kumpulan yang menyokongnya adalah mencerminkan visi dan arah tuju politiknya.
  2. Setiap bakal calon wajib melalui verifikasi serta ujian kecergasan dan kelayakan yang dilakukan oleh Badan Pengawal Revolusi Islam yang merupakan pertubuhan rasmi negara dan sekaligus bersifat keagamaan. Selain meneliti kelayakan dari segi pentadbiran, badan turut melakukan ujian dari aspek kelayakan moral dan akhlak.
  3. Kerajaan tidak terlibat sama sekali dalam membiayai dana kempen parti mahupun para calon.

Uniknya, dalam pilihanraya kali ini, calon yang dijangka memiliki peluang cerah untuk menang adalah 3 orang lelaki yang bukan ulama. Mereka adalah Dr Mahmoud Ahmadinejad, Dr Ali Larijani (Ketua Parlimen) dan Mohsen Kalibaf. Sementara 3 orang calon lain adalah dari kalangan ulama iaitu Hujjatul Islam Syeikh Mehdi Karrubi, Hujjatul Islam Sayyid Mohammad Khatami dan Hujjatul Islam Syeikh Abdullah Nuri.
Nama Mohammad Khatami, mantan Presiden turut tersenarai dalam pemilihan kali ini.
Mehdi Karrubi, mantan Ketua Parlimen dan Ketua Pertubuhan Ulama Reformasi hampir pasti akan mencalonkan dirinya kerana menerima sokongan para ulama reformasi yang selama ini sering mengkritik cara pengurusan ekonomi di bawah pentadbiran Ahmadinejad. Namun banyak pihak menganggap peluangnya untuk menang kali ini amat tipis.
Abdullah Nuri, mantan Menteri Dalam Negeri adalah tokoh ulama yang kontroversi kerana sering memberikan kenyataan-kenyataan yang menimbulkan pro dan kontra bahkan kadangkala menyentuh autoriti tertinggi di Iran. Namun, sehingga kini pencalonannya belum disahkan.
Ali Larijani, mantan Ketua Perunding Iran dalam rundingan berkaitan nuklear dan mantan Ketua Badan Keselamatan Kebangsaan, merupakan anak seorang ulama besar di Qom, Iran.
Mohsen Qalibaf, Datuk Bandar Tehran adalah teknokrat yang memiliki kekuatan yang tersendiri. Meskipun pernah kalah dalam pilihanraya yang lalu, ia dianggap sebagai 'kuda hitam' yang mampu menjadi 'presiden kejutan' seperti Ahamdinejad empat tahun yang lepas.
Walau bagaimanapun, Ahmadinejad tetap dianggap sebagai seorang calon utama yang memiliki peluang cerah untuk terus menerajui jawatan presiden, meskipun sering dinilai agak kurang berjaya dalam mengatasi masalah inflasi dan pengangguran.

Monday, September 15, 2008

GILIRAN HONDURAS TOLAK DUTA BESAR AMERIKA SYARIKAT

Gambar : Presiden Honduras, Manuel Zelaya
Kerajaan Honduras telah menangguhkan pelantikan rasmi ke atas Duta Besar Amerika Syarikat. Langkah ini dibuat sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada protes kerajaan Bolivia terhadap Duta Besar Amerika Syarikat di negara tersebut yang diyakini menjadi dalang di sebalik aksi keganasan di Bolivia.
Presiden Honduras, Manuel Zelaya mengatakan bahawa Honduras tidak memutuskan hubungan dengan Amerika tetapi memberikan sokongan untuk Venezuela dan Bolivia. Pemimpin Bolivia yang beraliran kiri, Evo Morares mengusir Duta Besar Amerika yang mencetuskan krisis diplomatik di rantau tersebut baru-baru ini. Presiden Venezuela, Hugo Chavez turut mengusir Duta Besar Amerika di negaranya dan memanggil pulang Duta Besarnya di Washington.
Jurucakap Jabatan Luar Negara Amerika, Sean McCormack mengecam tindakan mengusir Duta Besar Amerika di negara-negara Amerika Selatan akhir-akhir ini.
Tegas Zelaya, "Negara-negara kecil amat perlu bersama dan bersatu. Dunia harus bersikap adil dan sentiasa menghormati kami."
Zelaya sebelum itu dijadualkan menerima surat watikah pelantikan daripada Duta Besar Amerika, Hugo Llorens. Namun demikian, beliau memberi isyarat bahawa pihaknya mungkin akan menerima penyerahan surat watikah pelantikan tersebut.
Presiden Nicaragua, Daniel Ortega, yang juga merupakan sekutu kuat Morales mengatakan bahawa negaranya turut mendukung Bolivia namun belum mengumumkan apakah ia juga akan mengambil langkah yang serupa terhadap Duta Besar Amerika di Nicaragua.

Sunday, September 14, 2008

SELEPAS MORALES, HUGO CHAVEZ TURUT USIR DUTA BESAR AMERIKA DI VENEZUELA

Presiden Venezuela, Hugo Chavez telah mengarahkan Duta Besar Amerika Syarikat di negaranya, Patrick Duddy untuk meninggalkan Venezuela dalam tempoh 72 jam. Tindakan tersebut diambil sebagai tanda sokongan dan lambang perpaduan dengan Bolivia yang terlebih dahulu mengusir Duta Besar Amerika Syarikat di negaranya.
"Mulai dari sekarang Duta Besar Amerika Syarikat di Caracas memiliki 72 jam untuk meninggalkan Venezuela," demikian tegas Chavez dalam sebuah majlis umum, merujuk kepada Patrick Duddy.
Washington turut mengambil langkah mengusir Duta Besar Bolivia di Amerika Syarikat.

EVO MORALES USIR DUTA AMERIKA DI BOLIVIA

Duta Besar Amerika Syarikat di Bolivia, Philip Goldberg telah diperintahkan untuk meninggalkan negara tersebut oleh Presiden Evo Morales.
Morales menuduh Goldberg melakukan konspirasi untuk menentang demokrasi dan menyebarkan perpecahan di negara itu.
Jurucakap Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat menyatakan bahawa pihaknya telah menerima penolakan tidak rasmi itu dan berpandangan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap Goldberd adalah tidak berasas sama sekali.
Bolivia telah diwarnai oleh pelbagai tunjuk perasaan besar akhir-akhir ini yang dianjurkan oleh pihak pembangkang kerana mengecam dasar ekonomi dan sosial Morales.
Tegasnya, Menteri Luar Negeri akan memaklumkan kepada Goldberg bahawa dia perlu meninggalkan negara Bolivia dengan segera.
Morales tidak mengemukakan apa-apa bukti untuk menguatkan tuduhannya namun mendakwa telah memperolehi sokongan pihak kerajaan.
Pengumuman itu dibuat setelah tercetusnya tunjuk perasaan selama hampir 2 minggu yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang Morales.
Para penunjuk perasaan telah menutup jalan dan menduduki kilang-kilang di Wilayah Timur yang menjadi pilihan untuk membangunkan projek gas asli Bolivia.
Pihak pembangkang menginginkan autonomi yang lebih besar dan penguasaan ke atas pendapatan gas asli di wilayah mereka.
Mereka menentang rancangan Morales untuk memberi kekuasaan yang lebih meluas kepada warga peribumi dan komuniti miskin dengan melakukan reformasi tanah dan pembahagian kembali hasil pendapatan gas.
Baru-baru ini kerajaan Bolivia telah mengumumkan untuk mengirim tentera bagi melindungi sektor gas dan infrastrukturnya dari gangguan para penunjuk perasaan serta menjamin eksport ke negara-negara jiran.

Saturday, September 13, 2008

AYATULLAH SAYYID AHMAD KHATAMI : ISU KESELAMATAN DI RANTAU TELUK PERLU DITANGANI DENGAN BIJAKSANA

Imam dan Khatib Solat Jumaat di Tehran, Ayatullah Sayyid Ahmad Khatami dalam khutbahnya menegaskan bahawa melalui kerjasama dengan Republik Islam Iran, negara-negara Arab mampu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mewujudkan keamanan di rantau tersebut. Khatami menggesa negara-negara Arab supaya tidak tunduk dan melutut kepada Amerika Syarikat tetapi menjalin hubungan persahabatan yang akrab dengan Iran. Tindakan itu katanya bakal membuka jalan untuk mengusir pihak asing untuk keluar dari rantau tersebut.
Beliau turut mengingatkan
nasib mantan diktator Iraq, Saddam Husain yang berakhir dengan kehinaan dan mati di tali gantung. Tegasnya lagi, negara-negara Arab hendaklah mengambil iktibar terhadap apa yang pernah menimpa Saddam itu.
Sewaktu menyentuh tentang isu keselamatan di antara Baghdad dan Washington, beliau menyatakan bahawa apa jua ikatan dan perjanjian yang dijalin dengan Amerika Syarikat dalam jangka masa panjang hanya bakal menghadiahkan kehinaan kepada rakyat Iraq.

Friday, September 12, 2008

SYEIKH NAIM QASIM : HIZBULLAH AKAN JADIKAN LEBANON NEGARA YANG KUAT

Timbalan Pemimpin Tertinggi Hizbullah Lebanon, Syeikh Naim Qasim menegaskan bahawa Hizbullah ingin membangunkan negara Lebanon menjadi sebuah negara yang kuat. Jelasnya, "Tanpa gerakan 'Muqawamah' (penentangan), Lebanon akan hancur di tangan golongan Zionis dan akan menjadi sebuah negara di bawah telunjuk Amerika Syarikat."
Katanya lagi, " 'Muqawamah' tidak akan menjadi penghalang bagi Lebanon untuk bergerak maju. 'Muqawamah' telah membuktikan kebenaran ini setelah Israel keluar dari wilayah Lebanon Selatan pada tahun 2000 di mana Hizbullah berjaya membina semula negara yang hampir musnah ini."
Tambahnya, "Kunci kejayaan dialog di peringkat kebangsaan adalah dengan meyakini bahawa golongan Zionis adalah musuh bersama, keinginan untuk membangun negara, tekad untuk membebaskan wilayah yang masih diduduki oleh musuh dan semangat untuk membela Lebanon.

Thursday, September 11, 2008

HELIKOPTER "COBRA" ISRAEL TERHEMPAS, 2 TERBUNUH





*Gambar : Mejar Shai Danor, salah seorang juruterbang yang terbunuh.

Sebuah helikopter tentera Zionis Israel jenis 'Cobra' telah terhempas di utara Palestin yang diduduki, membunuh dua juruterbangnya. Kejadian itu berlaku ketika helikopter tersebut sedang melakukan latihan ketenteraan bersama sebuah lagi helikopter yang lain. Helikopter tersebut jatuh hanya 10 minit sebaik sahaja berlepas meninggalkan Pengkalan Udara Ramat David.
Radio Zionis Israel melaporkan, "Oleh kerana membawa bahan-bahan letupan dalam kuantiti yang banyak, helikopter itu terbakar sewaktu terhempas."
Menurut sumber lain, ada juga kemungkinan bahawa helikopter tersebut bertembung dengan helikopter lain yang turut sama menyertai latihan ketenteraan itu. Pada awalnya, kejadian tersebut dianggap berpunca dari masalah teknikal. Turut dinyatakan bahawa helikopter 'Cobra' ini pernah digunakan untuk menyerang para pejuang Hizbullah di Lebanon. ALLAHU AKBAR !

Wednesday, September 10, 2008

ISRAEL ANCAM UNTUK CULIK AHMADINEJAD


* Gambar di atas : ADOLF EICHMANN
* Gambar di sebelah kiri : RAFI EITAN


Kerajaan Zionis Israel mengancam untuk menculik dan membawa Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad ke pengadilan antarabangsa. Ahmadinejad dikenali sebagai tokoh yang amat berani mengkritik Israel dan mengancam akan menghapuskan Israel dari peta dunia.
"Manusia seperti Ahmadinejad yang mengancam akan melakukan 'genosid' wajib dibawa ke pengadilan antarabangsa di The Hague, Belanda," ujar Menteri Kabinet Israel, Rafi Eitan.
"Dan semua pilihan adalah terbuka tentang bagaimana cara untuk menghadirkan Ahmadinejad," jelasnya.
Ketika ditanya apakah ada kemungkinan penculikan akan dilaksanakan, beliau menjawab, "Ya, semua kaedah yang dapat membawanya ke pengadilan The Hague boleh dilakukan."
Semua kenyataan tersebut menurut Eitan merupakan pendapat peribadi. Eitan merupakan Menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam hal ehwal 'pencen'.
"Ahmadinejad sepatutnya khuatir dengan operasi Mossad yang akan menculiknya," ujarnya. Eitan memberi amaran bahawa sesiapa pun di dunia ini yang berusaha untuk melenyapkan sesebuah bangsa, perlu menghadapi akibatnya.
Rafi Eitan, 81 tahun adalah bekas agen Mossad yang menculik Adolf Eichmann, seorang pemimpin utama Nazi dari Buenos Aires, Argentina pada tahun 1960 dan menerbangkannya ke Israel. Eichmann kemudiannya diadili oleh mahkamah kerana melaksanakan perintah Adolf Hitler untuk menghapuskan bangsa Yahudi.
Tegasnya lagi, "Era pemburuan Nazi telah selesai dan ianya merupakan operasi masa lampau. Kini tiba saatnya untuk memburu dan menculik Ahmadinejad."

Tuesday, September 9, 2008

SERI DENGAN ARAB SAUDI, PASUKAN BOLASEPAK IRAN DAPAT HADIAH "UMRAH"



*Setelah berjaya mengekang pasukan kebangsaan Arab Saudi dengan keputusan seri 1-1 dalam pertandingan bolasepak pra Piala Dunia, pasukan kebangsaan Republik Islam Iran terus diterbangkan menuju ke Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah sebagai hadiah istimewa dari kerajaan.

PRINSIP ASAS REVOLUSI ISLAM TIDAK AKAN MENGHALANG KEMAJUAN





Dalam pertemuan dengan 3 badan eksekutif dan para pegawai kerajaan Iran, pemimpin tertinggi Republik Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-'Uzma Sayyid 'Ali Khamenei menyentuh beberapa perkara penting dan bersifat dasar. Antaranya :

  1. Penolakan total Republik Islam Iran terhadap kezaliman dan imperialisme menjadi punca utama permusuhan negara-negara kuasa besar dunia terhadap Republik Islam Iran.
  2. Berpegang teguh dengan prinsip asas Revolusi Islam tidak akan bertentangan dengan usaha untuk mencapai kemajuan.
  3. Musuh-musuh Iran sentiasa berusaha mempropagandakan bahawa Islam adalah sebuah agama yang menghalang sesuatu bangsa untuk mencapai kemajuan namun sebaliknya kemajuan yang dicapai oleh Iran adalah berkat daripada pelaksanaan ajaran Islam yang sebenar.
  4. Kemajuan yang dicapai oleh Iran dalam bidang sains dan teknologi amat besar sekali. Iran ketika ini merupakan salah sebuah dari negara yang memiliki teknologi tinggi. Contoh dari kemajuan sains dan teknologi yang berjaya dicapai oleh Iran adalah teknologi nuklear.
  5. Selain daripada itu, Iran turut mengalami kemajuan yang pesat dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Dalam pertemuan tersebut juga, Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad yang turut berucap menyatakan bahawa sistem pemerintahan Islam memperoleh kedudukan dan perhatian di seluruh dunia meskipun para musuh Islam berusaha gigih dalam melancarkan propaganda anti Islam, tekanan politik dan ekonomi. Tegasnya, para pegawai kerajaan Iran dengan penuh kesedaran dan keimanan yang tinggi serta cintakan perpaduan akan sentiasa mempertahankan nilai-nilai Islam.